COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Thursday, December 18, 2014

Doku-Drama AmanahRaya













Baru-baru ini Amanah Raya Berhad telah siap menjalankan kerja-kerja penggambaran bagi Doku-Drama AmanahRaya bertajuk ‘Wasi’. Ia merupakan doku-drama 13 episod dan setiap episod mengambil masa tayangan selama 30 minit di TV1.  Drama ini yang memaparkan kisah benar telah diolah menjadi lebih berinfomasi dan sesuai untuk tontonan segenap peringkat usia dan latar belakang masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

Drama berdasarkan kes sebenar yang dialami oleh kebanyakkan daripada masyarakat kita ini, dijangka dapat memberi pendedahan meluas dan secara holistik mengenai proses dan permasalahan berkaitan perancangan dan perwarisan harta pusaka di Malaysia.

Dikategorikan sebagai Doku-Drama, drama berkisar permasalahan perwarisan harta ini, akan ditayangkan setiap Isnin jam 10.00 malam bermula 27 Oktober 2014 di TV1. Oleh yang demikian, demi menjayakan objektif penggambaran & tayangan ini, pihak AmanahRaya menyeru semua pihak untuk sama-sama mewar-warkan jadual tayangan.

Semoga dengan usaha kita untuk mewar-warkan tayangan ini, dapat sekaligus memberi kesedaran kepada saudara mara & sahabat taulan tentang proses & permasalahan perwarisan harta pusaka.

Rujukan selanjutnya Di Sini

Sunday, November 30, 2014

Perlunya ANDA membuat Wasiat

















Wasiat ialah satu cara untuk memberikan aset kita kepada bukan waris seperti kepada anak angkat, ibu-bapa angkat serta sebagainya. Boleh juga diberikan kepada badan atau persatuan untuk tujuan kebajikan. 

Ia terhad kepada kadar 1/3 sahaja. 

Bahagian wasiat 1/3 ini akan didahulukan agihannya sebelum agihan Faraid.Maka dengan itu jika anda mempunyai hajat ingin bersedekah atau wakaf ia boleh dilaksanakan dengan membuat dokumen wasiat dan menyatakan didalamnya 1/3 aset anda akan diberikan kepada penerima tertentu yang bukan dikalangan waris Faraid Anda.

Sedangkan dalam Islam, yang DISEBUT DI DALAM AL-QURAN DAN HADITH NABI, SECARA JELAS DAN TERPERINCI BAGAIMANA UMAT ISLAM SEHARUSNYA BERTINDAK & BERAMAL dalam menguruskan Pentadbiran Harta Pusaka Ini!

Baca selanjutnya di SINI

Sunday, November 9, 2014

Susah ke belajar Ilmu Faraid?

Ramai yang saya temui mengatakan belajar Ilmu Faraid ini susah. Banyak perkara yang nak dihafal, dan banyak angka-angka yang nak diingat. Dan yang paling mencabar dan paling ramai gagal ialah nak mengira sehingga dapat jawapan @ penyelesaiannya.

Sebenarnya, belajar Ilmu Faraid ini tak susah kalau kita tahu teknik dan caranya yang betul. Serupalah juga macam nak belajar ilmu-ilmu yang lain, contohnya nak menghafal sifir atau menyelesaikan kes-kes matematik. Kalau tahu teknik dan pendekatan yang mudah, semuanya akan jadi senang.

Contoh lain, anak-anak ketika belajar membaca atau mengaji. Kalau masa dulu, kita mengambil masa yang lama untuk dapat membaca atau mengaji. Tapi sekarang, dengan pelbagai teknik dan cara, dalam masa yang singkat sehari dua, dan ketika usia yang masih rendah dah lancar membaca dan mengaji. Bukan begitu?

Begitulah juga dengan belajar Ilmu Faraid ini. Kalau kita tahu kaedah dan teknik yang betul, dengan alat-alat bantuan yang bersesuaian, InsyaALLAH semuanya menjadi mudah!

Bagaimana caranya? Baca seterusnya… Apa Itu FARAID


Tuesday, October 28, 2014

JANGAN AMBIL MUDAH

Jangan Ambil Mudah Isu Harta Pusaka.

JANGAN AMBIL MUDAH!


Pengurusan harta pusaka di kalangan umat Islam di Malaysia masakini
SEMAKIN JAUH KEBELAKANG dan
SEMAKIN MEMBIMBANGKAN
berbanding dengan apa yang dituntut dalam agama!


Isu-isu berbangkit berkaitan Pengurusan Harta Pusaka seperti BERBILION HARTA BEKU, HARTA YANG TIDAK DAPAT DIBANGUNKAN, PERTELINGKAHAN WARIS, HUTANG TIDAK BERBAYAR serta HUKUM FARAID YANG TIDAK DILAKSANAKAN ialah di antara isu yang melanda umat Melayu dan Islam SEHINGGA KE HARI INI!


HARUS DIINGAT, isu ini telah BERLANJUTAN SEJAK BERPULUH-PULUH TAHUN YANG LALU dan telah melalui dari Satu Generasi ke Satu Generasi SEHINGGALAH KE HARI INI!
http://tinyurl.com/p3mq6v9


Tuesday, October 21, 2014

PENTADBIRAN HARTA PUSAKA TANPA WASIAT


Mungkin ada yang bertanya, apa perbezaan di antara ‘Pentadbiran Harta Pusaka Tanpa Wasiat’ dengan ‘Pentadbiran Harta Pusaka Dengan Wasiat’?

Apabila berlaku kematian, pelbagai aktiviti terhenti secara tiba-tiba, antaranya pembekuan akaun-akaun di bank, unit amanah saham, saham-saham syarikat, perlindungan insuran, takaful, Tabung Haji, urusan hartanah tergendala, penjualan kereta tidak boleh dilakukan, termasuk timbulnya persoalan bila pengeluaran KWSP boleh dilakukan.

Hanya apabila Surat Kuasa (Letter of Administration) diperolehi daripada badan-badan tertentu, barulah proses pembahagian asset dapat dilakukan. Untuk mendapat Surat Kuasa tadi, ia adalah satu proses yang rumit dan memakan masa yang agak lama (antara 1 – 2 tahun). Ini tidak termasuk masa untuk pembahagian yang bergantung kepada bentuk harta (antara 1 – 15 tahun lagi). Sekiranya tiada wasiat, proses permohonan dan pembahagian membawa kepada pelbagai akibat dan boleh menggendalakan pelbagai urusan waris yang hidup.

Di Malaysia, tempat permohonan untuk mendapat Surat Kuasa bergantung kepada bentuk dan jumlah aset simati iaitu:

Amanah Raya Berhad: Untuk jumlah aset yang kurang dari RM600,000 DAN bentuk aset simati sama sekali tiada mengandungi hartanah (Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad 1995); atau

Pejabat Tanah Bahagian Pusaka Kecil: Untuk jumlah aset yang kurang dari RM600,000 dan aset simati mengandungi hartanah (Akta Pembahagian Harta Pusaka Kecil 1955); atau

Mahkamah Tinggi: Untuk semua bentuk aset di mana nilainya melebihi RM600,000 (Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980).

Mahkamah Syariah: Untuk orang Islam sahaja iaitu di mana Sijil Faraid dikeluarkan dahulu dan dikepilkan bersama semua permohonan di atas.

Di dalam proses meluluskan permohonan untuk mendapatkan Surat Kuasa kepada pentadbir aset simati, Mahkamah Tinggi akan meminta dikemukakan dua orang penjamin yang setiap seorang mempunyai nilai aset bersamaan dengan nilai aset simati. Setelah memperolehi Surat Kuasa, tugas pentadbir yang seterusnya ialah untuk mentadbir (jual aset sekiranya perlu) dan membahagikan aset-aset simati. Jumlah masa menguruskannya bergantung kepada bentuk harta dan kerjasama waris-waris.

Untuk orang bukan Islam, pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1959 di mana telah ditentukan menurut undang-undang sivil. Bagi orang Islam, pembahagian adalah mengikut hukum syarak iaitu menurut hukum Faraid, tetapi sekiranya semua waris yang layak bersepakat atau bermuafakat maka pembahagian boleh mengikut persetujuan bersama.


Rajah Pusaka

Wednesday, October 15, 2014

KAEDAH PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ISLAM (HUKUM FARAID)

Kaedah untuk melakukan pembahagian pusaka Islam ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.



1. Ashabul-Furud

Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

2. Asabah

Asabah merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan Ashabul-Furud mendapat bahagian masing-masing seperti yang telah ditetapkan. Terdapat 3 jenis asabah iaitu:

(a) Asabah Binafsih

Pembahagian pusaka secara menghabisi semua harta, atau mengambil semua baki untuk waris-waris lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.

(b) Asabah Bil Ghoir

Pembahagian pusaka secara menghabisi semua harta, atau mengambil semua baki untuk waris-waris perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.

(c) Asabah Maal Ghoir

Pembahagian pusaka secara menghabisi semua harta, atau mengambil semua baki untuk waris-waris perempuan sebab beserta waris perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung  dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).

3. Dzawil-Arham

Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan Dzawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit  (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.

(a) Hijab Nuqson

Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.

(b) Hijab Hirman

Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya, saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.

Baca selanjutnya di warisanmukmin.com/?ref=9

Friday, October 10, 2014

MEMBINA KERJAYA SEBAGAI PERUNDING HARTA PUSAKA BERTAULIAH AMANAHRAYA

Nota#1 (perkhidmatan yang sangat diperlukan untuk mereka dalam bidang perancangan kewangan
seperti perunding takaful dan unit amanah bagi melengkapkan perkhidmatan mereka)

Nota#2 (Latihan akan diberi oleh pihak Amanah Raya dan Warisan Mukmin, Ejen Korporat AmanahRaya)























ANDA ingin membina kerjaya profesional sebagai Perunding Harta Pusaka dan memberi khidmat perundingan dalam bidang Harta Pusaka, Wasiat, Hibah, Amanah dan Faraid? Anda ingin menjadi perunding profesional yang diiktiraf AmanahRaya sebagai badan tertinggi kerajaan dalam bidang ini?
Bagaimana caranya nak jadi Perunding Bertauliah AmanahRaya?
Anda hanya perlu berdaftar sebagai Perunding Harta Pusaka, Wasiat & Hibah Warisan MUKMIN (Ejen Korporat AmanahRaya) melalui Mukmin Network, dan nama anda akan dikemukakan kepada AmanahRaya untuk pengiktirafan sebagai Perunding Harta Pusaka, Wasiat & Hibah AmanahRaya dan anda akan diberi Kod Ejen AmanahRaya sebagai lesen untuk berurusniaga. Kursus dan latihan akan diberi oleh pihak Warisan MUKMIN dan Amanah Raya.
Apakah kategori Perunding yang ada?

Terdapat 4 kategori Perunding Wasiat & Hibah Warisan MUKMIN iaitu:
(1) Perunding Eksekutif (PE)
(2) Pengurus Kumpulan (PK)
(3) Wakil (WL)
(4) Rakan Bersekutu (RB)
BAGAIMANA UNTUK MENJADI PERUNDING HARTA PUSAKA, WASIAT & HIBAH WARISAN MUKMIN?





Dapatkan maklumat di http://warisanmukmin.com/perunding-harta-pusaka-wasiat-hibah/?ref=9 atau e-mail ke efaraid2u@elitemail.org [ Pertanyaan ]

Thursday, October 2, 2014

CIRI-CIRI WASIAT ISLAM

Terdapat beberapa ciri dan prinsip wasiat Islam yang perlu dipatuhi:

1. Harta yang hendak diwasiatkan mestilah tidak lebih daripada sepertiga (1/3) daripada harta pusaka bersih kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris.

2. Penerimanya hendaklah bukan waris iaitu mereka yang tiada hak faraid ke atas pusaka simati kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris yang lain.

3.  Jika penerima wasiat meninggal dunia semasa hayat pewasiat, maka wasiat tersebut adalah terbatal.

4. Jika penerima wasiat meninggal dunia selepas menerima wasiat dan selepas kematian pewasiat, maka haknya boleh diwarisi oleh waris penerima.

5. Selepas kematian pewasiat, perlu ditolak dahulu kos perbelanjaan pengkebumian dan pembayaran hutang simati.


6. Wasiat boleh ditarikbalik pada bila-bila masa kerana ia hanya berkuatkuasa selepas kematian pewasiat dan wasiat tersebut perlulah dibuat secara sukarela.


SIAPA PERLU BERWASIAT?

Semua individu yang berhasrat supaya hartanya dapat diagih dengan betul dan cepat, haruslah membuat dokumen wasiat, namun ianya amat wajar dilakukan oleh:

Mereka yang bimbang harta pusaka mereka ‘terbeku’ atau tidak dapat diuruskan dengan licin dan tidak menepati syariat
Mereka yang memiliki harta
Mereka yang mempunyai hutang (kepada ALLAH atau manusia) yang belum dijelaskan
Lelaki yang berpoligami
Ibu dan bapa tunggal
Mereka yang mempunyai anak angkat/anak tiri
Mereka yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun
Mereka yang menjalankan perniagaan
Mereka yang ingin membuat amal jariah melalui wasiat

APAKAH HARTA / TANGGUNGAN YANG MEMERLUKAN DOKUMEN WASIAT?


  • Rumah, Tanah, Kereta
  • Akaun Bank (akaun simpanan dan semasa)
  • Takaful, Insuran, KWSP, Tabung Haji, Akaun Saham Amanah
  • Saham syarikat persendirian dan tersenarai
  • Hutang-hutang agama (zakat, haji, nazar, fidyah, kifarah) yang belum ditunaikan
  • Hutang-hutang sesama manusia yang belum ditunaikan


APAKAH MASALAH & RISIKO TANPA WASIAT?

Pembekuan Harta

Kini sebanyak 1 juta kes harta pusaka dianggar bernilai RM38 bilion tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan akibat tiada perancangan harta dilakukan semasa hidup.

Tempoh Pengagihan Pusaka Yang Lama

Terdapat kes harta pusaka yang mengambil masa sehingga 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun atau 50 tahun untuk diselesaikan

Pentadbir Yang Tidak Amanah

Tanpa perlantikan Wasi yang berkredibiliti seperti ARB, harta pusaka akan terdedah kepada risiko ditadbir oleh pentadbir yang tidak amanah

Harta Sepencarian

Tuntutan harta sepencarian perlu dikemukakan di Mahkamah Syariah dan mengambil masa yang lama, malah mungkin tidak mendapat sepertimana yang diharapkan

Hutang Tidak Berbayar

Hutang yang ditanggung oleh si mati tidak dapat dibayar disebabkan pentadbir yang tidak amanah, atau harta yang ada tidak mencukupi untuk menanggung hutang, atau pentadbir/waris-waris tidak mengetahui hutang-piutang si mati, terutamanya hutang-hutang yang tidak bertulis.

Pertelingkahan Keluarga

Pertelingkahan dan perbalahan di kalangan ahli waris mudah berlaku sehingga menjejaskan hubungan silaturrahim sesama mereka.

JANGAN AMBIL MUDAH!

Rujukan >>> http://warisanmukmin.com/wasiat/?ref=9

Daftar PERCUMA >>> warisanmukmin.com/?ref=9




Sunday, September 21, 2014

Info Mengenai Hibah

PENGERTIAN HIBAH
Hibah ialah anugerah, pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan atau tukaran.
 DALIL MENGHARUSKAN HIBAH
 Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 177:
Dan memberi seseorang akan harta yang dikasihinya kepada keluarga terdekat, anak-anak yatim, orang miskin, orang musafir, orang yang berhajat dan hamba.
Hadis riwayat Ahmad, Sabda Rasulullah saw:
Berilah hadiah (hibah), nescaya kamu dikasihi.
SIFAT DAN CIRI-CIRI HIBAH
Hibah tidak boleh ditarik balik kecuali pemberian bapa kepada anaknya atau daripada datuk kepada cucunya.
RUKUN HIBAH
    1. Penerima hibah (wahib)
    2. Penerima hibah (mauhub-lahu)
    3. Harta yang dihibahkan (mauhub)
    4. Sighah kontrak (penawaran dan persetujuan)
JENIS-JENIS HIBAH
Terdapat dua jenis hibah iaitu Hibah Terus (Pindahmilik) dan Hibah Beramanah (menggunakan Pemegang Amanah).
hibah-amanah

KONTRAK HIBAH BERSYARAT
1. Al-’Umra
Istilah ini diambil dari perkataan al-’Umur. Kontrak hibah jenis ini meletakkan umur sebagai syarat hibah sama ada berkait dengan umur pemberi atau penerima.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Al-’Umra dibenarkan.”
Muslim juga meriwayatkan bahawa Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Jagalah harta kamu dan janganlah kamu merosakkannya. Sesiapa yang mengucapkan ‘umra, ia adalah hak orang yang ditujukan ‘umra itu, hidup atau mati dan kepada keturunannya.
Hibah secara ‘umra menjadi hakmilik sepenuhnya dan tidak akan dikembalikan semula kepada pemberi selama-lamanya.
2. Al-Ruqba
Istilah ini diambil dari perkataan Arab, ruqub atau taraqqub yang bermaksud menunggu. Iaitu masing-masing menunggu kematian siapa terlebih dahulu. Kontrak ini juga diterima sebagai kontrak hibah yang diakui oleh syara’.
Ini berpandukan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Umra dibenarkan untuk pemiliknya, begitu juga ruqba dibenarkan untuk pemiliknya.”
Kebenaran berdasarkan hadis ini bererti bahawa pengecualian diberikan kepada kedua-dua jenis kontrak ini terhadap anugerah bersyarat yang tidak dibenarkan.
Menurut Mughni al-Muhtaj, al-Subki berkata: Kesahihan al’umra dan al-ruqba bukan berpandukan kepada qias, tetapi hadis lebih diutamakan berbanding segala usul dan segala qias.
KEISTIMEWAAN HIBAH
Harta yang telah dihibah terkeluar daripada harta pusaka
Apabila seseorang meninggal dunia maka harta yang ditinggalkan akan dikategorikan sebagai harta pusaka. Jika simati mempunyai dokumen hibah, maka harta yang dihibahkan itu tidak tertakluk kepada pembahagian harta pusaka.
Harta yang telah dihibah tidak boleh dituntut oleh waris lain
Seseorang pemilik harta yang sah berhak memberikan hartanya kepada siapa yang dikehendaki semasa hayatnya. Hibah adalah satu akad yang sangat kuat untuk seseorang memberi harta kepada orang lain. Harta yang telah dihibahkan adalah menjadi hakmilik penerima hibah. Waris yang lain tidak berhak untuk menuntut harta yang telah dihibahkan itu.
Pewarisan harta dapat dibuat dengan pantas
Dengan adanya dokumen pengisytiharan hibah, maka pemindahan harta dapat dibuat dengan lebih pantas kerana harta yang telah dihibahkan tidak perlu melalui prosedur pentadbiran harta pusaka.
SIAPAKAH YANG PERLU MEMBUAT DOKUMEN HIBAH?
  • Mereka yang mempunyai anak angkat
  • Anak angkat tidak mendapat bahagian pusaka di bawah hukum faraid. Dengan adanya dokumen hibah maka anak angkat akan dapat memiliki harta.
  • Suami yang ingin mewariskan harta kepada isterinya secara mutlak
  • Suami dapat membuktikan kasih sayang terhadap isterinya dengan membuat hibah. Dengan adanya dokumen hibah, isteri akan dapat memiliki harta dengan cepat dan dapat membantu isteri bagi menyara kehidupan dirinya dan anak-anaknya.
  • Ibubapa yang ingin mewariskan harta kepada anak
  • Ibubapa yang ingin membuat pembahagian harta selain daripada pembahagian menurut faraid atas sebab-sebab yang dibenarkan syara’, misalnya kesusahan hidup seseorang anaknya berbanding anak-anaknya yang lain, atau bagi tujuan pewarisan perniagaan, maka hibah ketika hidup boleh dilakukan.


Ingin Mendapatkan Khidmat Penyediaan Dokumen Hibah?

JANGAN BERLENGAH @ BERTANGGUH! LAKUKAN SEKARANG!
KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI? SIKAP BERTANGGUH, SELALUNYA TAK MENJADI!!
HUBUNGI RAKAN PERUNDING HIBAH KAMI
atau BUAT PESANAN SECARA ONLINE
atau HANTAR MESEJ/PERTANYAAN ONLINE
atau hubungi talian hotline: 03-5512 5886 / 0164125989
e-mail terus ke - efaraid2u@elitemail.org

Friday, September 19, 2014

Isu nya ialah HUTANG TIDAK BERBAYAR!



Dalam pengurusan harta pusaka Islam, melunaskan tanggungan hutang si mati merupakan satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh pentadbir atau waris-waris si mati dan hendaklah disegerakan!

hutang-beban-dunia-azab-akhirat

Cuba kita lihat beberapa hadis Nabi s.a.w. mengenai pelunasan atau penyelesaian hutang selepas kematian ini.

Rujuk LINK

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Roh seseorang Mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutang itu dijelaskan (oleh saudara-maranya)”.
Riwayat At-Tirmidzi, Imam Ahmad dan Imam Ibnu Hibban

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Demi Tuhan yang diriku di tanganNYA, jika seseorang lelaki itu terbunuh di jalan ALLAH, kemudian dia dihidupkan semula, kemudian dia terbunuh lagi, kemudian dia dihidupkan lagi, kemudian dia terbunuh lagi dalam keadaan dia menanggung hutang, dia tetap tidak akan dapat masuk Syurga selagi hutangnya belum dijelaskan”.
Riwayat An-Nasa’i

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang”.
Riwayat Muslim

Dapatkan maklumat selanjutnya, DI SINI

Friday, September 12, 2014

TERBUKA KEPADA BUKAN ISLAM


Di bawah undang-undang probet dan pentadbiran, waris perlu melantik peguam untuk membuat permohonan geran probet daripada mahkamah tinggi untuk harta yang berwasiat dan surat kuasa pentadbir dari mahkamah tinggi untuk harta alih dan/atau tidak alih berjumlah lebih RM2 juta, di mana proses ini mengambil masa yang agak lama.

Bagi harta kurang daripada RM2 juta di mana sebahagian atau kesemua harta pusaka merupakan harta tidak alih, waris perlu mendapat surat kuasa pentadbir daripada pejabat tanah.

Sebagai alternatif, untuk harta alih yang bernilai kurang daripada RM600,000 waris boleh juga mendapatkan perintah daripada Amanah Raya Berhad. Walau bagaimanapun, kedua-dua proses ini juga memakan masa yang agak lama.

Bagi menyelesaikan isu harta pusaka yang tidak dituntut, ASNB kini menawarkan kemudahan Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah kepada semua 11 juta pemegang unit bagi membantu mempercepatkan pengagihan harta pemegang unit dalam bentuk pelaburan dalam tabung-tabung unit amanah ASNB selepas kematian pemegang unit.

Kedua-dua Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah adalah berkuatkuasa dari tarikh surat ikatan Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah itu dimeterai. Berdasarkan surat ikatan Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah, pemegang unit masih boleh berurus niaga dan menerima faedah daripada pelaburan dalam tabung-tabung unit amanah ASNB semasa hayatnya.

Pengagihan pelaburan tersebut hanya akan dilaksanakan setelah tuntutan dibuat oleh penerima Hibah atau Pengisytiharan Amanah selepas kematian pemegang unit. Proses pengagihan tersebut boleh diselesaikan selapas 21 hari notis kematian pemegang unit diserahkan kepada ASNB.

Di bawah fasiliti-fasiliti ini, pemegang unit dalam kesemua tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB boleh menamakan sehingga 10 orang sebagai Penerima Hibah atau Pengisytiharan Amanah. Pemegang unit boleh membuat permohonan Hibah Amanah atau Pengisytiharan Amanah ini di mana-mana pejabat cawangan ASNB.


Saturday, September 6, 2014

Jangan Ambil Mudah Isu Harta Pusaka

Pengurusan harta pusaka di kalangan umat Islam di Malaysia masakini

SEMAKIN JAUH KEBELAKANG dan

SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

berbanding dengan apa yang dituntut dalam agama!

Isu-isu berbangkit berkaitan Pengurusan Harta Pusaka seperti BERBILION HARTA BEKU, HARTA YANG TIDAK DAPAT DIBANGUNKAN, PERTELINGKAHAN WARIS, HUTANG TIDAK BERBAYAR serta HUKUM FARAID YANG TIDAK DILAKSANAKAN ialah di antara isu yang melanda umat Melayu dan Islam SEHINGGA KE HARI INI!
HARUS DIINGAT, isu ini telah BERLANJUTAN SEJAK BERPULUH-PULUH TAHUN YANG LALU dan telah melalui dari Satu Generasi ke Satu Generasi SEHINGGALAH KE HARI INI!
Sedangkan dalam Islam, yang DISEBUT DI DALAM AL-QURAN DAN HADITH NABI, SECARA JELAS DAN TERPERINCI BAGAIMANA UMAT ISLAM SEHARUSNYA BERTINDAK & BERAMAL dalam menguruskan Pentadbiran Harta Pusaka Ini!
Dalam hal ini, Islam mempunyai pelbagai instrumen yang sudah cukup lengkap dan terperinci seperti FARAID,WASIYYAH, WISOYAH, HIBAH, AMANAH, WAKAF, HARTA SEPENCARIAN dan banyak lagi instrumen muamalah yang boleh digunakan, namun APA SUDAH JADI? Semuanya sebab SIKAP orang kita yang SUKA AMBIL MUDAH dan MALAS NAK BELAJAR walaupun dalam ILMU-ILMU YANG SEBEGINI PENTING!
APA TINDAKAN KITA? Bilakah perkara ini dapat dihentikan?
Ya.. Selagi kita, khususnya Orang-Orang Melayu dan Islam mengambil SIKAP SAMBIL LEWA dan AMBIL MUDAH atau TAK AMBIL KESAH dalam soal-soal perancangan seperti ini dan TIDAK MENGUBAH SIKAP UNTUK BERTINDAKSELAGI ITULAH ISU-ISU INI AKAN BERTERUSAN TANPA HENTI MALAH SEMAKINBERTAMBAH BURUK!
JOM! BERSAMA WARISAN MUKMIN…
KALI INI KITA UBAH SIKAP!
klik >>>goo.gl/1i1oDA

Tuesday, August 19, 2014

MANFAATKAN WAKAF UNTUK SEMUA

HARTA wakaf, sama ada harta tak boleh alih atau boleh alih, tidak akan habis kerana manfaat atau pulangan daripada penggunaan harta itu akan berterusan sampai bila-bila, walaupun pemilik asalnya telah lama meninggal dunia.

Selaras dengan itu, tujuan berwakaf seperti yang telah digariskan dalam al-Quran dan sunnah tidak hanya tertumpu kepada wakaf khas seperti pembinaan masjid, kubur atau sekolah agama semata-mata.

Hakikatnya, wakaf boleh diperluaskan kepada aktiviti-aktiviti yang bukan sahaja memperkasakan kedudukan ekonomi umat Islam, malah turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara.

Bayangkan tanah wakaf di Malaysia yang nilai keseluruhannya kini melebihi RM60 juta, jika dapat diurus dan ditadbir dengan baik oleh pihak yang diamanahkan, sudah pasti ia mampu menjana ekonomi negara pada masa depan.

Persoalannya sejauh manakah mereka yang diamanahkan atau pewaris, mampu merealisasikan impian pewakaf berikutan wujudnya pelbagai kekangan dalam melicinkan pentadbiran harta wakaf?

Baca seterusnya >>> http://muamalah.info/2014/02/13/manfaatkan-wakaf-untuk-semua/?ref=9

Tuesday, August 5, 2014

SOLUSI PENTADBIRAN HARTA PUSAKA

tuliswasiatarb

DOKUMEN WASIAT KOMPREHENSIF
‘Wasi’, ‘Wisoyah’ & ‘Wasiyyah’

Salah satu kaedah dan persediaan yang boleh dilakukan sewaktu hayat kita ialah dengan menyediakan satu dokumen yang akan menjadi 
‘Rujukan Penting’ suatu ketika setelah ‘ketiadaan’ kita nanti iaitu 
“Dokumen Wasiat Komprehensif”
 yang mengandungi 3 komponen utama iaitu

‘Wasi’, ‘Wisoyah’ dan ‘Wasiyyah’!


 KAMI NAK ULANG SEKALI LAGI..
..supaya anda benar-benar faham mengenai Dokumen kami..
Dokumen Wasiat kami adalah ‘Komprehensif’ iaitu mengandungi
3 Komponen Utama:

Wasi, Wisoyah & Wasiyyah!  

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat”

– Hadis riwayat Ibnu Majah -


Jangan Ambil Mudah !!!

Saturday, July 12, 2014

BERSEDEKAH DI BULAN RAMADHAN















Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

'Barang siapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, 
maka ia memperoleh pahala sama dengan orang yang berpuasa; sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikitb pun' [ Hadis At Tirmidzi ].

Hadis ini mendorong kita sebagai umat Islam supaya tidak mementingkan diri sendiri pada bulan Ramadhan, akan tetapi menggalakkan umatnya menjaga kepentingan orang lain.

RENUNGAN - 'Spare Tyre' , JAKET / PELAMPUNG KESELAMATAN DAN DOKUMEN WASIAT

Kita sering bersiap sedia menghadapi suatu risiko / musibah yang 'mungkin' akan berlaku. Sebagai contohnya: Setiap kereta ada 'spare tyre' ; kapal terbang dan kapal laut dibekalkan jaket / pelampung keselamatan.

Tapi berapa ramai di antara kita yang bersiap sedia menghadapi RISIKO YANG "PASTI" AKAN BERLAKU iaitu KEMATIAN yang boleh tiba pada BILA-BILA MASA?

Bersiap sedialah dengan 'DOKUMEN WASIAT' kerana ia adalah satu DOKUMEN YANG "PASTI AKAN DIGUNAKAN" satu hari nanti!

TOLONG JANGAN AMBIL MUDAH SOAL KEMATIAN!
Tak akan ada lagi peluang kedua setelah berada di sana!

>>> warisanmukmin.com/?ref=9





















                       TIADA LAGI PELUANG KEDUA!

Tuesday, July 8, 2014

Bentuk-bentuk Infaq pada jalan Allah


  • Pembinaan masjid atau menyelenggaranya
  • Pembinaan institusi-institusi yang melairkan insan yang bertakwa
  • Segala saha dalam memartabatkan syair Islam
  • Memenuhi hajat/keperluan individu
  • Wakaf barang yang boleh diguna pakai oleh orang Islam

Tuesday, July 1, 2014

Rancanglah Legasi Anda Mulai Sekarang!

Bersama-sama lah dengan kami bagi merealisasikan impian serta perancangan ANDA.

Print

Bermulanya di sini. KLIK

Friday, June 27, 2014

KEMELUT HARTA SEPENCARIAN

Rebutan harta sepencarian antara suami isteri yang bercerai semakin banyak dan menarik perhatian ramai. Ini boleh berlaku jika isu itu disebarluaskan oleh akhbar tempatan.

Dahulu kita tidak pernah pun mendengar kes mengenai tuntutan harta. Apa yang kita dengar bila berlaku perceraian ialah isteri dihalau sehelai sepinggang, tiada tempat tinggal dan anak-anak terbiar.

Namun hari ini dengan perubahan masa dan cara kehidupan, kes tuntutan harta sepencarian, harta pusaka dan sebagainya semakin bertambah.

Apakah dia harta sepencarian? Harta sepencarian adalah harta yang diperoleh dalam masa perkahwinan seorang suami dengan isterinya hasil daripada sumber-sumber atau usaha mereka bersama.

Harta sepencarian juga dikenali sebagai carian laki bini, pencarian, Gono-gina, hareuta sihreukat, harta Suarang dan lain-lain.

Sebenarnya di Malaysia harta sepencarian ini berasal daripada amalan adat dalam kalangan masyarakat Melayu iaitu adat Temenggung dan adat Perpatih.

Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan sebahagian kecil Melaka manakala adat Temenggung diamalkan di negeri-negeri selain dari negeri di atas.

Adat Temenggung mentakrif harta sepencarian sebagai harta yang diperoleh oleh kedua-dua suami dan isteri semasa perkahwinan. Seandainya perkahwinan itu telah mencapai usia tiga tahun dan pasangan telah mempunyai anak, maka harta sepencarian adalah harta yang pasangan peroleh atau miliki sebelum mereka berkahwin.

Mengikut prinsip asasnya, jika pasangan bercerai atau salah seorang daripada pasangan meninggal dunia maka kedua-dua pihak berhak mendapat bahagian di dalam harta sepencarian tersebut (dalam hal perceraian) atau pasangan yang masih hidup berhak mendapatkan harta sepencarian (dalam hal kematian).

Pembahagiannya pula adalah seperti berikut;

l Jika si suami yang menceraikan tanpa ada sebarang kesilapan di pihak isteri, si suami mestilah memberi nafkah selama tiga bulan dan semua harta perlu dibahagikan. Harta yang merupakan senjata atau alat perang diserahkan kepada suami. Dia juga akan menanggung apa-apa hutang atau cukai. Sementara semua perkakasan rumah dan tembaga akan diserahkan kepada isteri. Isteri juga akan mendapat rumah perkahwinan yang mereka diami serta tanah.

l Jika si isteri yang memohon cerai, isteri hanya akan memperoleh perceraian jika dia dapat membuktikan kesnya (fasakh) dan selepas perceraian, isteri perlu mengembalikan semua harta boleh alih kepada suaminya. Ini bermakna, mengikut adat Temenggung, isteri tidak boleh memohon cerai dan jika dia berbuat demikian, dia kehilangan hak harta boleh alih daripada suaminya.

Undang-undang adat Temenggung ini berbeza-beza dari satu negeri ke negeri yang lain. Contohnya di Perak, apabila perceraian berlaku, seorang isteri yang telah menyumbangkan usahanya mengerjakan tanah milik pasangan tersebut, adalah berhak ke atas separuh daripada tanah yang diperoleh ketika perkahwinan.

Sedangkan, jika dia tidak memberikan apa-apa sumbangan, dia tetap akan mendapat 1/3 daripada harta sepencarian.

Prinsip yang sama juga terpakai seandainya mana-mana pasangan meninggal dunia. Harta yang selebihnya akan diberikan kepada anak-anak atau ahli keluarga yang lain mengikut hukum faraid.

Hukum syarak

Islam menerima pemakaian apa-apa adat selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Jika dilihat kepada dua kes yang lama itu, jelas bahawa tuntutan harta sepencarian telah berlaku sebelum merdeka iaitu seawal 1919.

Ia bukan perkara baharu di Malaysia dan akhirnya hukum adat ini dikanunkan sebagai sebahagian daripada Undang-undang Islam yang ada di Malaysia.

Adat Perpatih juga turut memperuntukkan mengenai harta sepencarian. Namun begitu ia menggunakan prinsip yang agak berbeza. Menurut adat ini harta sepencarian perlu dibahagikan mengikut prinsip berikut: Carian Bahagi, Dapatan Tinggal, Pembawa Kembali, Suku Belah, Suarang Berage.

Maksudnya apa-apa harta yang diperoleh ketika berkahwin perlulah dibahagi di antara pasangan seandainya mereka bercerai. Jika mereka tiada anak dan suami mati maka harta itu akan menjadi milik isteri, prinsip yang sama juga terpakai jika isteri yang mati.

Tetapi jika mereka mempunyai anak, maka pembahagian yang akan dilakukan ke atas harta tersebut perlulah dibincangkan terlebih dahulu dengan semua benefisiari.

Di dalam adat ini juga harta sepencarian tidak termasuk apa-apa harta yang diperoleh oleh suami sebelum perkahwinan dan dibawa masuk ke dalam perkahwinan. Harta tersebut akan dipulangkan kepadanya semula jika bercerai dan jika mati kembali kepada sukunya. Prinsip yang sama juga diaplikasikan kepada isteri.

Pembahagiannya akan dilakukan setelah semua hutang dilangsaikan. Jumlahnya adalah sama rata di antara suami dan isteri walaupun mereka mempunyai anak ataupun isteri itu diceraikan kerana berzina.

Pengecualian kepada prinsip pembahagian ini adalah jika perceraian itu adalah cerai taklik. Dalam hal ini maka si isteri akan mendapat keseluruhan harta sepencarian.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131009/ba_01/Kemelut-harta-sepencarian#ixzz2hCw0NHdA
Sumber: Utusan Malaysia
Tarikh: 09/10/2013

Baca selanjut di sini

Monday, June 23, 2014

Wasiat Islam dan Kepentingannya Dalam Perancangan Harta Pusaka (Petikan Salam Muslim)

Rancangan Salam Muslim di Astro Oasis mengupas persoalan Wasiat dan kepentingannya dalam perancangan harta pusaka orang Islam.
Warisan Mukmin Sdn Bhd (WMSB) telah dipilih menjadi salah satu daripada panel untuk merungkai isu ini. WMSB yang telah ditubuhkan sejak 2005 bagi menangani isu-isu berkaitan pengurusan pewarisan Islam yang merangkumi bidang wasiat Islam, hibah, faraid, harta sepencarian, pemegang amanah dan pentadbiran harta pusaka.
SIAPAKAH WARISAN MUKMIN?
**************************************
Warisan MUKMIN Sdn Bhd (WMSB) menawarkan perkhidmatan dan produk-produk kewangan Islam dalam satu pakej lengkap dan bersepadu melalui Model Muamalat 4P bagi meningkatkan keberkesanan dan pulangan terhadap aktiviti-aktiviti muamalat yang dilaksanakan.
Model Muamalat 4P ini merangkumi 4 Pelan:
1. Pelan Pelaburan – Pelaburan Islam dalam Unit Amanah Islam.
2. Pelan Perlindungan – Perlindungan Takaful yang menepati prinsip-prinsip Syariah.
3. Pelan Penyucian – Penyucian harta dan jiwa melalui zakat, wakaf, infaq, haji dan umrah.
4. Pelan Pewarisan – Pekhidmatan penulisan wasiat, hibah, wakaf, perundingan faraid, pewarisan perniagaan, pengamanahan, penyelesaian harta pusaka dan pengiraan zakat sebelum pembahagian pusaka. Untuk tujuan ini, WMSB dilantik sebagai Agen Korporat kepada Amanah Raya Berhad dan MyANGKASA Amanah Berhad bagi menawarkan perkhidmatan berkaitan.

Website: http://WarisanMukmin.com/?ref=9
Talian Hotline: 03-5512 5886/0164125989
Alamat: No 10A Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/A
Seksyen 9, Shah Alam, Selangor

http://muamalah.tv/2014/04/24/wasiat-islam-dan-kepentingannya-dalam-perancangan-harta-pusaka-petikan-salam-muslim/