COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Saturday, July 7, 2012


Imbas Apa itu Upah Haji

Apabila seorang itu mati, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan selain daripada kewajipan menguruskan jenazahnya.
Antaranya, adalah membayar hutang si mati kepada Allah seperti hutang puasa, haji, zakat, wasiat, nazar, dan lain-lain serta membayar hutangnya kepada orang yang hidup.
Jika si mati meninggalkan harta maka wajib pemegang hartanya membayar hutang Allah dahulu kemudian hutang sesama manusia. Jika si mati tidak meninggalkan harta maka sunat atas warisnya tolong menjelaskan kedua hutang tersebut.
Jika si mati meninggalkan harta dan belum sempat menunaikan haji maka wajib digunakan harta itu bagi mengupah kerja hajinya iaitu waris menggunakan wang itu bagi mengupah seseorang yang lain untuk mengerjakan haji bagi pihak si mati. Jika si mati tidak ada harta yang ditinggalkan maka sunat atas para warisnya tolong mengerjakan haji untuknya dengan sukarela.

Thursday, July 5, 2012

Salam Nisfu Sya'ban




Nisfu bererti pertengahan. Nisfu Sya'ban bererti pertengahan bulan Sya'ban, iaitu 15 Sya'ban.

Nabi bersabda, "Allah swt melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)

Kita dianjurkan agar banyak beribadah, berdoa, bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt pada malam Nisfu Sya'ban.

Tuesday, July 3, 2012

Cara-cara menutup Aurat yang dituntut oleh Islam





is

Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Sabda Baginda Nabi Muhammad SAW: “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R Abu Daud)

Aurat tu?

Menutup aurat ni bukan kena sampai seru atau kena pergi haji dan sebagainya. Tutup Aurat ni perintah Allah SWT sepanjang masa kepada seorang MUslim atau Muslimah yang mukallaf.

Boleh nasabkan anak kepada suami ibu sekalipun perkahwinan kurang 6 bulan. Oleh: husamjr

Sumber: Tranungkite 
[Saya tertarik dengan perbahasan ini , maka untuk pengetahuan semua pembaca, disini diperturunkan petikan tersebut ]

 PETALING JAYA: 
Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang bermesyuarat pada September 2008 telah memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibubapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut:

“Anak yang lahir kurang daripada 6 bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami.”

Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn DYMM Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.

Maksud Fatwa ini: "Seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang kurang daripada tempoh 6 bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya."

Majlis Agama Islam dan Adat istiadat melayu Perlis terpanggil membuat fatwa ini memandangkan senario yang berlaku di Malaysia kini.

"Di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di ‘bin’ kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam ertikata lain anak tersebut dianggap ‘anak luar nikah’.

"Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut," jelas Dr Asri.

Pihak ibubapa pula, amat sukar untuk menerangkan masalah tersebut kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup.

Katanya lagi, di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibubapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga.

"Atas keadaan tersebut maka, isu ini dibincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis. Setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai, maka keputusan tersebut dibuat," jelas Mufti Perlis yang akan tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Mufti Perlis pada akhir bulan ini.

Menurut Dr Asri, antara Asas Alasan kenapa fatwa ini dibolehkan ialah kerana dlil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi s.a.w.: “Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini disebutkan oleh Nabi s.a.w apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya.

Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi s.a.w, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d. Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut) ”.

Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah s.a.w memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina. Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi s.a.w yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti berbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.

Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya.

Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu).

Pendapat ini, kata Dr Asri, disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).

Namun keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan, dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.

Antara kebaikan Fatwa ini ialah untuk menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat.

- Menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurang tempoh perkahwinan. - Membantu ibubapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.

"Dan kesannya pula ialah pihak pendaftaran hendaklah memberikan hak berbinkan suami ibu (bapa) kepada anak yang lahir sama ada kurang atau lebih daripada enam bulan tempoh perkahwinan ibunya, dengan syarat si suami tidak membantah," jelas Dr Asri.

RENUNGAN

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Al-Quran;Surah Al-'Asr; 1-3.

Monday, July 2, 2012


Tanah telah didaftarkan dengan pemilikan bersama (co-holder), iaitu simati dan isteri, kemudian berlaku kematian salah seorang daripada mereka. Bagaimanakah permohonan pusaka dibuat?
Jawapan:
Permohonan hanya boleh dibuat kepada bahagian simati yang didaftarkan ke atas hakmilik tanah tersebut sahaja. Sebagai contoh, sekiranya simati mempunyai ½ bahagian sahaja daripada hakmilik-hakmilik tanah GSA tersebut, ½ bahagian itu sahajalah akan dibicarakan.