COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Thursday, November 29, 2012

PROMOSI TAWARAN WASIAT BULAN MUHARRAM 1434H

Assalamualaikum serta salam sejahtera,

Bagi Tuan/Puan yang berhajat untuk melaksanakan tuntutan Agama dengan menyempurnakan Wasiat peribadi, kami dengan berbesar hati menawarkan pakej Wasiat ( Amanah Raya Berhad ) dengan tawaran kos yang menarik. Kos biasa membuat wasiat sebanyak RM350/wasiat. Sempena bulan Muharram ini kami menawarkan kos penyedian Wasiat sebanyak RM320/wasiat secara tunai.
Tawaran ini sah sehingga 30 Muharram 1434H bersamaan 14hb Disember,2012. untuk 15 unit Wasiat SAHAJA !
Sila e-mail pesanan Tuan/Puan ke- aroslan@operamail.com di-mana borang permohonan serta brochure akan di poskan.
Harapan kami semoga Tuan/Puan dapat rebut peluang ini yang mungkin datang hanya sekali. InsyaALLAH jalankan tanggung-jawab kita sebagai umat Islam yang berwibawa.
Sebarkan maklumat ini kepada kawan-kawan dan Jom kita berwasiat semoga kita mendapat Rahmat serta PetunjukNYA. INSYAALLAH.

Monday, November 26, 2012

Hibah

Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut undang-undang Islam.Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkan wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat. Kedua-dua instrumen ini digalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta. Melalui hibah dan wasiat juga dapat membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan. Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah dan wasiat maka dia telah menyalahi ketepatan hukum faraid. Tanggapan ini tidak tepat kerana kedua dua instrumen ini juga sebenarnya diberi fokus dan tempatnya yang tersendiri di dalam Islam. 

KONSEP HIBAH DALAM ISLAM

1.1 Pengertian Hibah

Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia  merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu, di mana sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah.

Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala di akhirat dan memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.

Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan ciri-ciri hidah adalah seperti berikut:
(i)    Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.
(ii)   Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.
(iii)  Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
(iv) Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah.
(v)  Ia dibuaT secara sukarela tanpa paksaan.
(vi) Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang tertentu.

1.2 Hukum dan Pensyariatan Hibah

Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam  terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepada al- Quran, al-Sunnah dan ijmak. Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya” (Surah al-Nisa’ ayat 4).

“... dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang memintaminta dan (memerdekakan) hamba sahaya”(Surah al-Baqarah ayat 177).


1.3 Rukun Hibah dan Syaratnya

Sesuatu akad hibah tidak akan terbentuk melainkan setelah memenuhi rukun dan syarat seperti berikut:

(i) Pemberi hibah (al-Wahib)
Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan rushd. Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak.

(ii) Penerima hibah (al-Mawhub lahu)
Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hibah mestilah menerima harta yang dihibahkan dan berkuasa memegangnya. Dengan kata lain, penguasaan dan kawalan terhadap harta mestilah diberikan kepada penerima hibah.

(iii) Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)
Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
Ia hendaklah barang atau harta yang halal.
Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.
Barang atau harta itu milik pemberi hibah.
Ia boleh diserah milikkan.
Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti 
    menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan 
    masih belum berbuah dan sebagainya.
Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan 
    seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah. Mengikut 
    mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali, hibah terhadap harta yang berkongsi yang tidak
    boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. Dalam Islam, barang yang masih bercagar
    (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan dari penggadai atau peminjam.

(iv) Sighah iaitu ijab dan kabul
Sighah hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul.
Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu.
Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu. Hibah yang disyaratkan dengan 
    tempoh tertentu seperti yang berlaku dalam al-‘umra dan al-ruqba adalah sah 
    hukumnya tetapi syarat tersebut adalah terbatal.

Di antara contoh lafaz ijab secara terang (sarih) ialah seperti kata pemberi “Aku berikan barang ini kepadamu” atau secara kinayah seperti kata pemberi “Aku telah menyerahkan hakmilik kepadamu” atau “Aku jadikan barang ini untukmu”. Sementara contoh lafaz qabul (penerimaan) pula ialah seperti “aku terima”, “aku redha” dan sebagainya.

Dalam undang-undang Islam, sesuatu hibah itu sudah sah dengan adanya ijab dan qabul dengan perkataan atau apa-apa cara yang membawa erti memberi milik harta tanpa balasan (‘iwad). Mengikut mazhab Maliki dan Syafie, penerimaan (qabul) itu hendaklah diambilkira dalam menentukan sah atau tidaknya sesuatu hibah. Sebaliknya, golongan Hanafi menganggap bahawa ijab sahaja sudah memadai untuk menentukan sahnya sesuatu hibah itu.