COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Wednesday, May 9, 2012

KURSUS FARAID KAEDAH AZ-ZAID


Warisan MUKMIN akan menganjurkan Kursus Faraid Kaedah Az-zaid, kepada mana-mana individu yang berminat adalah dijemput hadir menyertai Kursus ini, yang mana kursus ini adalah sesuatu yang amat penting untuk setiap keluarga islam apabila berlakunya kematian ahli keluarga untuk mentadbir urus harta si mati, pentadbiran harta pusaka Orang islam adalah tertakhluk kepada hukum faraid dan ia adalah satu hukum yang datang dari Allah yang termaktub didalam Al-Qur'an, dan menjadi fardhu kifa'yah untuk kita individu muslim untuk mempelajarinya, Justeru, WarisanMUKMIN mengalas tanggungjawab untuk mengajar ilmu faraid ini agar ia tidak di lupakan. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. sendiri telah memberi peringatan kepada umat Islam agar tidak mengabaikan ilmu ini. Baginda bersabda:
 
"Pelajarilah ilmu faraid kerana ia sebahagian daripada agama kamu dan ia adalah setengah
daripada ilmu. Ia juga adalah ilmu yang pertama dicabut daripada umatku."
 
(Hadith riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a.)
 
Memang benarlah apa yang dikatakan oleh Nabi itu. Ilmu Faraid merupakan satu ilmu yang telah dilupakan oleh masyarakat Islam kita pada hari ini. Cuba kita tanya diri kita sendiri, adakah kita tahu ataupun mahir dengan Ilmu Faraid?
 
WMSB memperkenalkan kepada anda mengenai satu kaedah yang ditemui hasil daripada pembelajaran, kajian dan pengalaman CEO WMSB beberapa tahun dalam ilmu Faraid ini. Kini beliau telah berjaya menghasilkan satu Modul Khasbelajar ilmu faraid secara mudah, cepat dan praktikal yang mana telah terbukti berjaya dipelajari dengan mudah oleh pelajar-pelajar yang pernah ajarkan di dalam kursus faraid yang WMSB kendalikan.
 
Kursus ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu:
 
Sesi I: Prinsip Asas Ilmu Faraid menurut Syariat Islam
Sesi II: Kaedah Praktikal pengiraan & Penyelesaikan Masalah Faraid
 
dengan ini dijemput mana-mana individu yang berminat untuk mempelajari ilmu faraid untuk menghadiri kursus faraid kaedah az-zaid ini, maklumat lengkap berkenaan kursus ini adalah seperti berikut:-
  KURSUS FARAID KAEDAH AZ-ZAID
(SECARA PRAKTIKAL)
UNTUK PERUNDING MUAMALAT ISLAM
 
TERBUKA UNTUK SEMUA
* RAKAN & AHLI WARISAN MUKMIN AMAT DIGALAKKAN
 
 TEMPAT :
DEWAN SEMINAR AZ-ZAID,
WARISAN MUKMIN SDN BHD
SEKSYEN 9, SHAH ALAM, SELANGOR
 
TARIKH :
 19 Mei 2012
MASA :
8.00 pagi - 5.30 petang

YURAN PENYERTAAN KURSUS:
RAKAN / AHLI
Berstatus PE / PK / WL
RM180.00
RAKAN BERSEKUTU (RB)
RM200.00
PESERTA AWAM (BUKAN AHLI / BUKAN RAKAN)
RM230.00
 PELAJAR
RM120.00
 ULANGKAJI KURSUS
iaitu mereka yang telah menghadiri kursus ini terdahulu
dan ingin mengulangkaji semula
(terdapat sedikit modul tambahan dan penambaikan dalam kursus kali ini)
RM30.00
 
untuk maklumat lanjut mengenai aturcara program sila layari laman web kamiwww.warisanmukmin.com.
 
CARA MENDAFTAR
Sila sahkan kehadiran tuan/puan dengan menghubungi cik Siti Rafidah di talian 03-5512 5886 atau melalui email atau laman web http://www.warisanmukmin.com
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai WarisanMUKMIN di talian-talian berikut:
Tel Pejabat : 03-55125886 ; 03-55125887 atau 03-55232354
En Mohad Munim bin Yahaya, En Mohd Rosli bin bauk , Pn. Rafidah bt Shahkarda atau Cik Siti Rafidah bt Ghazali.
 
Sekian,
 
Terima Kasih