Maklumat selanjutnya silalah layari http://warisanmukmin.com/?ref=9 atau hubungi kami di : ( En.Roslan ) H/P +6016-4125989 / +6013-5106010 atau fax ke : +604-3972792 PENYERTAAN ANDA AMAT KAMI ALU-ALUKAN! KAMI BERSEDIA MEMBERI PERKHIDMATAN YANG TERBAIK!
Wednesday, November 21, 2012
MEMBANGUN EKONOMI UMMAH
Wakaf adalah antara salah satu daripada institusi Islam yang wujud sejak
daripada zaman Rasulullah SAW yang berfungsi sebagai pemangkin ekonomi dan
pembangunan umat Islam. Institusi ini juga merupakan tunjang kepada kejayaan
sistem jaminan sosial Islam, selain mekanisme yang lain seperti zakat, sedekah dan
lain-lain. Oleh itu, adalah menjadi satu keperluan yang mendesak pada hari ini
untuk memastikan bahawa sistem itu dapat berjalan dengan baik seiring dengan
perkembangan semasa. Peranan ini bukan hanya terhad diaplikasikan dalam
urusan peribadatan kepada Allah S.W.T. sahaja, malahan ia dianggap sebagai
institusi ekonomi yang mendatangkan impak kebaikan yang menyeluruh kepada
umat Islam khususnya dan orang Melayu amnya. Oleh itu, sifat lestari wujud dalam
sistem wakaf ini perlulah dirancang dan dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam
Negeri sebagai Pemegang Amanah Tunggal secara sistematik agar ia dapat
menjadi pemangkin kepada sistem jaminan sosial umat Islam pada masa kini.
Keputusan Fatwa
FATWA NEGERI SELANGOR
Hasil daripada wang Skim Saham Wakaf Selangor hendaklah dibelanjakan bagi tujuan pembelian aset kekal. Manakala wang manfaat wakaf Selangor boleh dibelanjakan untuk memberi bantuan dan perbelanjaan lain yang difikirkan sesuai oleh Majlis Agama Islam Selangor.
(Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 5 September 2006)
FATWA KEBANGSAAN
Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam.
(Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007
di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu)
di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu)
Pengertian Wakaf
Wakaf adalah berasal dari perkataan wakafa yang bermaksud berhenti atau tertahan. Wakaf diertikan sebagai satu amalan menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan atau manfaat orang ramai. Wakaf merupakan satu cabang ibadah kerana tujuan asas amalan wakaf adalah untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dengan cara membelanjakan harta ke jalan Allah.
Contoh amalan wakaf adalah seperti seseorang mewakafkan tanah seluas seekar yang dimilikinya untuk dibina masjid di atasnya bagi kegunaan orang ramai beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan. Wakaf boleh dilaksanakan dengan harta yang berbentuk kekal seperti tanah, bangunan, rumah dan juga wang tunai.
Mekanisme wakaf merupakan satu ibadah yang mempunyai asas agama yang mendalam. Para fuqaha' berpandangan bahawa amalan wakaf mempunyai dua objektif asas iaitu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan pewakaf akan menerima ganjaran pahala yang berkekalan dan berterusan hingga ke hari akhirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)