COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Sunday, September 21, 2014

Info Mengenai Hibah

PENGERTIAN HIBAH
Hibah ialah anugerah, pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan atau tukaran.
 DALIL MENGHARUSKAN HIBAH
 Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 177:
Dan memberi seseorang akan harta yang dikasihinya kepada keluarga terdekat, anak-anak yatim, orang miskin, orang musafir, orang yang berhajat dan hamba.
Hadis riwayat Ahmad, Sabda Rasulullah saw:
Berilah hadiah (hibah), nescaya kamu dikasihi.
SIFAT DAN CIRI-CIRI HIBAH
Hibah tidak boleh ditarik balik kecuali pemberian bapa kepada anaknya atau daripada datuk kepada cucunya.
RUKUN HIBAH
    1. Penerima hibah (wahib)
    2. Penerima hibah (mauhub-lahu)
    3. Harta yang dihibahkan (mauhub)
    4. Sighah kontrak (penawaran dan persetujuan)
JENIS-JENIS HIBAH
Terdapat dua jenis hibah iaitu Hibah Terus (Pindahmilik) dan Hibah Beramanah (menggunakan Pemegang Amanah).
hibah-amanah

KONTRAK HIBAH BERSYARAT
1. Al-’Umra
Istilah ini diambil dari perkataan al-’Umur. Kontrak hibah jenis ini meletakkan umur sebagai syarat hibah sama ada berkait dengan umur pemberi atau penerima.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Al-’Umra dibenarkan.”
Muslim juga meriwayatkan bahawa Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Jagalah harta kamu dan janganlah kamu merosakkannya. Sesiapa yang mengucapkan ‘umra, ia adalah hak orang yang ditujukan ‘umra itu, hidup atau mati dan kepada keturunannya.
Hibah secara ‘umra menjadi hakmilik sepenuhnya dan tidak akan dikembalikan semula kepada pemberi selama-lamanya.
2. Al-Ruqba
Istilah ini diambil dari perkataan Arab, ruqub atau taraqqub yang bermaksud menunggu. Iaitu masing-masing menunggu kematian siapa terlebih dahulu. Kontrak ini juga diterima sebagai kontrak hibah yang diakui oleh syara’.
Ini berpandukan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Umra dibenarkan untuk pemiliknya, begitu juga ruqba dibenarkan untuk pemiliknya.”
Kebenaran berdasarkan hadis ini bererti bahawa pengecualian diberikan kepada kedua-dua jenis kontrak ini terhadap anugerah bersyarat yang tidak dibenarkan.
Menurut Mughni al-Muhtaj, al-Subki berkata: Kesahihan al’umra dan al-ruqba bukan berpandukan kepada qias, tetapi hadis lebih diutamakan berbanding segala usul dan segala qias.
KEISTIMEWAAN HIBAH
Harta yang telah dihibah terkeluar daripada harta pusaka
Apabila seseorang meninggal dunia maka harta yang ditinggalkan akan dikategorikan sebagai harta pusaka. Jika simati mempunyai dokumen hibah, maka harta yang dihibahkan itu tidak tertakluk kepada pembahagian harta pusaka.
Harta yang telah dihibah tidak boleh dituntut oleh waris lain
Seseorang pemilik harta yang sah berhak memberikan hartanya kepada siapa yang dikehendaki semasa hayatnya. Hibah adalah satu akad yang sangat kuat untuk seseorang memberi harta kepada orang lain. Harta yang telah dihibahkan adalah menjadi hakmilik penerima hibah. Waris yang lain tidak berhak untuk menuntut harta yang telah dihibahkan itu.
Pewarisan harta dapat dibuat dengan pantas
Dengan adanya dokumen pengisytiharan hibah, maka pemindahan harta dapat dibuat dengan lebih pantas kerana harta yang telah dihibahkan tidak perlu melalui prosedur pentadbiran harta pusaka.
SIAPAKAH YANG PERLU MEMBUAT DOKUMEN HIBAH?
  • Mereka yang mempunyai anak angkat
  • Anak angkat tidak mendapat bahagian pusaka di bawah hukum faraid. Dengan adanya dokumen hibah maka anak angkat akan dapat memiliki harta.
  • Suami yang ingin mewariskan harta kepada isterinya secara mutlak
  • Suami dapat membuktikan kasih sayang terhadap isterinya dengan membuat hibah. Dengan adanya dokumen hibah, isteri akan dapat memiliki harta dengan cepat dan dapat membantu isteri bagi menyara kehidupan dirinya dan anak-anaknya.
  • Ibubapa yang ingin mewariskan harta kepada anak
  • Ibubapa yang ingin membuat pembahagian harta selain daripada pembahagian menurut faraid atas sebab-sebab yang dibenarkan syara’, misalnya kesusahan hidup seseorang anaknya berbanding anak-anaknya yang lain, atau bagi tujuan pewarisan perniagaan, maka hibah ketika hidup boleh dilakukan.


Ingin Mendapatkan Khidmat Penyediaan Dokumen Hibah?

JANGAN BERLENGAH @ BERTANGGUH! LAKUKAN SEKARANG!
KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI? SIKAP BERTANGGUH, SELALUNYA TAK MENJADI!!
HUBUNGI RAKAN PERUNDING HIBAH KAMI
atau BUAT PESANAN SECARA ONLINE
atau HANTAR MESEJ/PERTANYAAN ONLINE
atau hubungi talian hotline: 03-5512 5886 / 0164125989
e-mail terus ke - efaraid2u@elitemail.org