Seksyen 11. Cara-cara pewasiatan.
(1) Sesuatu wasiat boleh dibuat dengan cara–
- (a) memberikan harta atau mana-mana bahagiannya yang akan menjadi hak benefisiari untuk mewarisinya, kepada benefisiari; atau
(b) memberikan pinjaman kepada benefisiari sejumlah yang tertentu daripada pusakanya tetapi tidak melebihi satu pertiga, melainkan dengan kebenaran semua waris.