COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Thursday, September 3, 2009

Apa itu Amanah Raya Berhad ?

Peranan dan Fungsi Amanah Raya Berhad sebagai Pemegang Amanah
· Peranan dan fungsi utama pemegang amanah secara am adalah untuk menjaga kepentingan benefisiari yang di namakan.Ini merujuk kepada ikatan surat ikatan amanah dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalamnya.
· Peranan pemegang amanah tidak berubah mengikut peredaran masa kerana ia adalah merujuk kepada permintaan donor.
· Kebaikan melantik pemegang amanah adalah dapat menjaga kepentingan benefisiari dalam apa jua keadaan.Jika pemegang amanah tidak dilantik kebajikan benefisiari tidak dapat dilindungi.Ini adalah kerana pemegang amanah bertanggungjawab melaksanakan tugasnya berdasarkan suratikatan amanah.
· Masyarakat digalakkan melantik pemegang amanah milik kerajaan .Ini adalah kerana ianya bersifat neutral dan kewujudannya dijamin untuk jangkamasa yang panjang berbanding dengan pemegang amanah perseorangan yang jangka hayatnya tertakluk kepada umur individu tersebut.
· Amanah Raya Berhad telah berjaya dalam mencipta nama sebagai pakar dalam perkhidmatan pemegangan amanah dan pengurusan pewarisan selama lebih 80 tahun dan telah membolehkannya muncul sebagai institusi pemegang amanah tertua dan terkemuka di Malaysia.
· Sebagai sebuah perbadanan milik kerajaan sepenuhnya, Amanah Raya Berhad mampu menjamin kewibawaan, kemantapan dan perlindungan yang maksimum.
· Terbukti mampu mengendalikan pelbagai urusan rumit secara bijaksana dan professional; daripada perkara peribadi dan korporat hinggalah kepada kekayaan dan aset awam.
· Rangkaian 20 cawangan di seluruh negara yang berkomputer sepenuhnya menawarkan pelbagai penyelesaian secara setempat dengan wibawa.