Keluarga angkat boleh buat perancangan awal untuk masa depan
SEBAGAI keluarga angkat, ibu atau bapa mempunyai beberapa
alternatif dibenarkan dalam Islam. Keluarga angkat boleh membuat perancangan
awal selagi perancangan tersebut tidak bertentangan dengan hukum syarak yang
boleh mengetepikan hak ahli waris yang berhak. Ini boleh dilakukan dengan
menggunakan produk-produk AmanahRaya yang bercirikan Amanah (Trust) kerana
semua produk Amanah tidak akan dikategori sebagai harta pusaka.
Pembahagian Harta Pusaka seperti yang sedia maklum dari siri
sebelumnya telah diterangkan hanya membabitkan ahli waris yang berhak saja.
Sekiranya ada anak angkat di kalangan keluarga simati, apakah yang terjadi
kepada anak angkat ini? Lebih kritikal jika anak angkat ini di bawah umur.
Anak angkat dapat ditafsirkan dengan mudah sebagai anak yang
dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya. Anak angkat tidak boleh mewarisi
harta pusaka keluarga angkatnya atau sebaliknya.
Walau bagaimanapun anak angkat boleh menerima harta daripada
bapa angkat dengan cara lain iaitu melalui Hibah, Hadiah atau Wasiat yang
ditetapkan tidak melebihi 1/3 daripada harta keluarga angkat kecuali dengan adanya
persetujuan ahli waris yang sah.
Apa yang sering berlaku pada hari ini, anak angkat boleh
dipinggirkan secara tidak langsung dan dengan cara yang amat mudah tanpa
disedari atau tidak oleh saudara angkat sendiri. Keadaan ini boleh terjadi
apabila berlaku kematian mendadak salah seorang sama ada ibu atau bapa atau
kedua-duanya kerana tiada perancangan awal dibuat oleh keluarga angkat terutama
ibu atau bapa angkat.
Perkara perlu diketahui oleh umat Islam yang telah mengambil
anak angkat atau bercadang untuk berbuat demikian lebih-lebih lagi dengan
keadaan seperti sekarang di mana kes buang bayi semakin meningkat, ramai yang
ingin membantu dan tidak keberatan untuk mengambil anak angkat. Usaha murni ini
memang digalakkan, lebih-lebih lagi usaha untuk menangani masalah ini;
memberikan kepada keluarga angkat demi masa depan yang lebih baik dan terjamin
serta terdapat permintaan yang tinggi untuk mendapatkan anak angkat.
Walau bagaimanapun, dalam keghairahan mengambil anak angkat
ramai yang mungkin terlupa beberapa peraturan dan larangan penting apabila
mengambil anak angkat. Perkara ini membabitkan masa depan anak angkat tersebut
khususnya kedudukan dan status anak angkat dalam harta pusaka keluarga angkat.
Antaranya yang paling penting adalah larangan kepada keluarga angkat untuk
menasabkan anak angkat kepada bapa angkat atau dalam situasi sekarang adalah
haram anak angkat itu dibinkan kepada nama bapa angkat.
Perkara menasabkan anak angkat adalah perkara biasa yang
lazimnya dilakukan dengan hasrat dan niat yang baik, tetapi akhirnya boleh
menimbulkan masalah yang lebih kompleks di kalangan anak angkat dengan ahli
keluarga angkat yang lain. Lebih-lebih lagi status anak angkat yang telah
dijelaskan di mana anak angkat tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarga
angkatnya dan begitulah juga sebaliknya.
Oleh demikian apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa
angkat dalam perkara ini? Sekiranya anak angkat ini masih di bawah umur ketika
kematian ibu dan bapa angkat terjadi, bagaimana nasib anak angkat ini? Apabila
seseorang Islam bersetuju mengambil anak angkat, maka adalah menjadi
tanggungjawab mutlak dan wajib untuk keluarga angkat tersebut memastikan
kebajikan anak angkat dijaga dan dilindungi agar dapat meneruskan hidup tanpa
dizalimi sehingga dewasa.
Sebagai keluarga angkat, ibu atau bapa mempunyai beberapa
alternatif yang dibenarkan dalam Islam. Keluarga angkat boleh membuat
perancangan awal selagi perancangan ini tidak bertentangan dengan hukum syarak
yang boleh mengetepikan hak ahli waris yang berhak.
Ini boleh dilakukan dengan menggunakan produk-produk
AmanahRaya yang bercirikan Amanah (Trust) kerana semua produk Amanah tidak akan
dikategori sebagai harta pusaka. Oleh itu, anak angkat boleh memiliki apa juga
dihadiahkan oleh keluarga angkat yang diklasifikasikan sebagai harta Amanah.
Produk-Produk ini yang ada ditawarkan oleh AmanahRaya; seperti Hibah, Hadiah
dan Wasiat. AmanahRaya dengan pengalaman hampir 90 tahun serta berdasarkan
kepada kes-kes yang ditadbir amat memahami keperluan dan kehendak ini serta
halangan-halangan yang wujud.
Justeru, AmanahRaya telah menawarkan produk bercirikan
Amanah berbentuk simpanan iaitu Amanah Safecare dan Normal Trust bagi memenuhi
hasrat dan kehendak Pemberi Amanah. Kepentingan akaun amanah adalah untuk
memastikan Penerima Amanah (Benefisiari) dalam hal ini adalah anak angkat
dilindungi dan terpelihara daripada masalah yang membebankan mereka di kemudian
hari.
Hasrat Pemberi Amanah akan dilaksanakan melalui Surat Ikatan
Amanah iaitu satu dokumen yang mengikat Pemberi Amanah dan AmanahRaya sebagai
Pemegang Amanah kepada Penerima dengan memperuntukkan syarat yang dipersetujui
bagi tujuan melaksanakan hasrat dan arahan tersebut.
Adanya produk berbentuk simpanan pelaburan yang menawarkan
pulangan dividen yang setanding dan kompetitif di pasaran memberi peluang
kepada keluarga angkat untuk merancang masa depan anak angkat khususnya
kemudahan kewangan untuk tujuan pendidikan, perubatan dan juga sara diri untuk
tempoh yang boleh ditentukan oleh mereka sendiri. Jangan lupa untuk melayari
www.amanahraya.com. untuk keterangan lanjut dan minggu depan perbezaan di
antara amanah, pusaka dan wasiat.
INFO: Amanah ‘Safecare’
• Merupakan produk konvensional yang ditawarkan oleh
AmanahRaya. Akaun amanah ini boleh dibuka oleh individu berumur 18 tahun ke
atas dengan modal minima sebanyak RM50,000.
• Dengan pembukaan akaun Safecare ini, Donor dapat
memastikan dana yang mencukupi untuk pendidikan masa depan anak-anak mereka.
Amanah Biasa
• Produk amanah yang ditawarkan oleh AmanahRaya dengan hanya
bermodal minima RM2,000.
• Donor boleh membuat pertambahan dana dari masa kesemasa
tertakluk kepada terma-terma yang dipersetujui di dalam Surat Ikatan Amanah.
Akaun boleh dibuka oleh orang perseorangan berusia 18 tahun dan ke atas.
Klik Link disini untuk maklumat seterusnya: http://goo.gl/vhxfh