COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Monday, March 25, 2013

Program “Rakan Umrah Mukmin” (RUM)


~ Kerjaya Sebagai Perunding Umrah, Haji, Ziarah dan Mutawwif ~

Program Rakan Umrah Mukmin (RUM) ialah satu program peluang kerjaya sebagai Perunding Umrah, Haji, Ziarah & Mutawwif yang berkemahiran dan berdaftar. Program ini merupakan salah satu daripada produk muamalah 4P Warisan Mukmin di bawah ‘Pelan Penyucian’ WMSB.
Program ini antara lain mempunyai matlamat untuk mendidik, merangsang, mendorong serta meningkatkan motivasi khususnya umat Islam untuk menunaikan ibadah umrah & haji ketika di usia muda.
Melalui Program Rakan Umrah Mukmin ini, mereka yang berminat dan dilantik sebagai Rakan Perunding akan dilatih dan dibimbing agar dapat berdakwah dan menyampaikan matlamat ini dengan meluas kepada seluruh umat Islam.
Lebih menarik dan unik kepada program Rakan Umrah Mukmin ini, berbanding dengan program-program seumpamanya yang sedia ada, sebagai sebahagian daripada Rakan Muamalat Warisan Mukmin, mereka juga berpeluang untuk menawarkan poduk-produk muamalat lengkap merangkumi keempat-empat Pelan 4P (Pelan Pelaburan, Perlindungan, Penyucian, Pewarisan).
Ini bermakna, sebagai RUM bukan sahaja dapat menawarkan perkhidmatan muamalat yang lengkap dan bersepadu, tetapi dengan ini juga berpeluang Meningkatkan Potensi Pendapatan daripada berbagai sumber lain dalam bidang muamalat ini.
Secara ringkasnya, program ini merupakan satu program kerjaya yang murni di samping dapat melaksanakan kerja-kerja dakwah bagi menegakkan sistem muamalah Islam di mana sahaja kita berada.

KEISTIMEWAAN RAKAN UMRAH

Mereka yang menyertai Program RUM ini akan mendapat beberapa keistimewaan:
(1) Peluang Kerjaya Duniawi & Ukhrawi
(2) Peluang Menunaikan Umrah Setiap Tahun Secara PERCUMA
(3) Kit Pemasaran RUM (fail, nota, bahan-bahan pemasaran, CD latihan)
(4) Portal Keahlian ‘RakanMukmin’ – dilengkapi dengan Sistem Affiliate, e-Latihan dll.
(5) Sistem Pemasaran Internet “SMART-Mukmin” (Pakej Premium)
(6) Sistem Pemasaran WebSMS “SMS-Mukmin
(7) Pelan Insentif Yang Menarik – ‘Akad Ujrah & Hibah – Menepati Prinsip Syari’ah
(8) Insentif Pendapatan Di antara RM500 – RM1,000 Setiap Rakan Yang Didaftarkan
(9) Potensi Pendapatan RM5,000 – RM10,000 Sebulan
(10) Khidmat Latihan dan Sokongan Disediakan
Untuk maklumat lanjut, sila hadir sesi preview kami: http://rakanmukmin.com/42

HUKUM FARAID TIDAK DITUNAIKAN


Hukum Faraid merupakan satu sistem pembahagian dalam pewarisan harta yang hanya ada di dalam Islam.
Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak (seperti  anak, isteri, suami, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris samada berbentuk agama (seperti zakat, nazar, dll) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.
Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah.
Oleh itu, sila LIHAT FAKTA INI dan FIKIRKAN:
Sebanyak RM40 bilion harta beku, dan 90% daripadanya harta umat Islam iaitu sebanyak RM36 bilion. Daripada RM36 bilion ini, sudah tentu sebahagiannya adalah untuk melunaskan hutang si mati yang tidak dapat dilaksanakan akibat harta dibekukan.
Tetapi yang PASTINYA, dalam kes harta beku ini, hukum Faraid TIDAK DILAKSANAKAN!
Bukankah ini merupakan satu ISU BESAR kerana tidak melaksanakan sesuatu yang WAJIB boleh mendatangkan DOSA kepada orang yang tidak melaksanakannya?
Maklumat lanjut: http://rakanmukmin.com/42