COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Monday, March 25, 2013

HUKUM FARAID TIDAK DITUNAIKAN


Hukum Faraid merupakan satu sistem pembahagian dalam pewarisan harta yang hanya ada di dalam Islam.
Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak (seperti  anak, isteri, suami, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris samada berbentuk agama (seperti zakat, nazar, dll) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.
Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah.
Oleh itu, sila LIHAT FAKTA INI dan FIKIRKAN:
Sebanyak RM40 bilion harta beku, dan 90% daripadanya harta umat Islam iaitu sebanyak RM36 bilion. Daripada RM36 bilion ini, sudah tentu sebahagiannya adalah untuk melunaskan hutang si mati yang tidak dapat dilaksanakan akibat harta dibekukan.
Tetapi yang PASTINYA, dalam kes harta beku ini, hukum Faraid TIDAK DILAKSANAKAN!
Bukankah ini merupakan satu ISU BESAR kerana tidak melaksanakan sesuatu yang WAJIB boleh mendatangkan DOSA kepada orang yang tidak melaksanakannya?
Maklumat lanjut: http://rakanmukmin.com/42

No comments:

Post a Comment