COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Saturday, March 23, 2013

Hibah Dalam Islam

Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut undang-undang Islam.Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkan wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat. Kedua-dua instrumen ini digalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta
Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia  merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu, di mana sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah.

Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala di akhirat dan memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.

Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan ciri-ciri hibah adalah seperti berikut:


(i)   Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.
(ii)   Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.
(iii)  Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
(iv)  Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah.
(v)   Ia dibuaT secara sukarela tanpa paksaan.
(vi)  Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang tertentu


Hibah dan wasiat adalah berbeza. Hibah berkuat kuasa sekarang berbanding wasiat yang berkuat kuasa selepas berlakunya kematian. Terdapat kelemahan pada hibah kerana pemberian hibah kepada bukan waris tidak boleh ditarik balik. Sekiranya hendak ditarik balik, si penerima kena bersetuju. "Contohnya, awal-awal lagi menghibahkan semua harta kepada anak angkat yang sangat disayangi dan tiada pula mempunyai anak sendiri. Namun ajal maut di tangan Tuhan, mungkin anak angkat itu yang meninggal dulu. "Jadi eloklah jangan menghibahkan seratus peratus sebaliknya beberapa bahagian sahaja kerana kalau anak angkat meninggal dulu, waris faraid dia pula yang mendapat hak waris. Bagaimana dengan nasib kita, di mana kita hendak tinggal?

Mengikut hukum syarak, hibah daripada ibu bapa kepada anak kandungnya boleh ditarik balik walaupun anaknya tidak setuju. Hibah selain daripada ibu bapa kepada anak, contohnya suami kepada isteri atau kawan pula tidak boleh ditarik balik.

No comments:

Post a Comment