COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Thursday, March 21, 2013

Fakta pentingnya WASIAT


Penulisan wasiat adalah satu kaedah perancangan pengagihan kekayaan yang amat penting tanpa mengira agama atau bangsa.

Tahukah bahawa apabila berlaku kematian anda, harta semasa seperti akaun simpanan / akaun semasa termasuk simpanan di Tabung Haji, KWSP, ASB juga segala pemilikan saham atau mana mana harta tetap seperti tanah dan sebagainya akan terbeku dan kebiasaannya waris-waris yang terlibat terpaksa menunggu sehingga beberapa tahun sebelum harta-harta itu dapat diagihkan?
Justeru itu, wasiat merupakan dokumen undang-undang yang penting untuk menentukan pengagihan harta pusaka selepas seseorang meninggal dunia (lebih merumitkan jika kematian yang berlaku itu secara mengejut juga melibatkan kedua-duanya yang juga adalah ibu bapa).
Oleh yang demikian janganlah berlengah lagi dalam melindungi harta anda dan orang-orang yang anda sayangi walaupun anda masih muda. Jangan tinggalkan mereka dengan masalah kewangan dan ditambah pula dengan prospek pelbagai proses perundangan yang perlu dipatuhi seperti yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Sivil atau Pejabat Pusaka Kecil, yang kesemuanya ini akan memakan masa dan lagi menyulitkan keadaan.

No comments:

Post a Comment