COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Saturday, March 5, 2011

PUNGUTAN KHAIRAT

Untuk makluman semua, pihak Warisan Mukmin Sdn Bhd(WMSB) telah melancarkan Pungutan Khairat mulai 25hb Ogos,2010 bagi tujuan Membangunkan Sistem Pengurusan dan Pelupusan bahan-Bahan Cetakan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Yang Lusuh dan Rosak di Masjid-Masjid terpilih di Sekitar negeri Selangor Darul Ehsan berdasarkan syarat kelulusan Majlis Agama Islam Selangor. Ianya merupakan initiatif perintis yang pertama di Malaysia. Sumbangan ANDA amatlah diharapkan. Usaha yang sangat murni ini lagi suci dapat memartabatkan kesucian Kitab Al-Qur'an Al-Karim.
Sama-samalah kita mendoakan semoga segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan ALLAH SWT.
untuk keterangan lanjut: WMSB ditalian 03-5512 5886 atau e-mail: info@warisanmukmin.com

Pengurusan Harta Pusaka Islam

WAJIB DISEGERAKAN

Apabila berlaku kematian ke atas seseorang Muslim, harta yang ditinggalkan oleh simati WAJIB diuruskan dengan kadar SEGERA menurut langkah-langkah berikut:
1. Perbelanjaan Pengurusan Jenazah.
2.Melunaskan Tanggungan Hutang (Agama)
3.Melunaskan Tanggungan hutang (Manusia)
4.Pembahagian Harta Sepencarian
5.Menunaikan Wasiat
6.Mengagihkan bahagian Faraid

akan tetapi AWAS Perlaksanaan urusan diatas tidak berlaku secara automatik selepas kematian ANDA
Ianya amat perlu dirancang terlebih dahulu agar dapat dilaksanakan dengan lancar dan yang lebih penting, ianya menurut syariat.
Walaupun urusan tersebut adalah FARDHU dan WAJIB, pada REALITINYA sedih, masih ramai yang telah GAGAL ya GAGAL dan buktinya * lebih 1Juta kes pusaka tertunggak di mahkamah * harta beku kini mencecah lebih RM42 billion di Malaysia dan 90% daripadanya adalah milik orang Islam *Hukum Faraid(wajib) tidak dilaksanakan(SIAPA BERDOSA?)
Oleh itu JANGAN AMBIUL MUDAH SOAL FARAID