COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Monday, September 21, 2015

Ketahui Apa Itu Dokumen Wasiat

DOKUMEN WASIAT KOMPREHENSIF


Apakah yang dimaksudkan dengan Dokumen Wasiat Komprehensif?

Dokumen Wasiat Komprehensif ialah satu dokumen pengurusan harta pusaka yang lengkap merangkumi ketiga-tiga komponen penting dalam urusan pentadbiran harta pusaka selepas kematian, iaitu:
  • Wasi atau Pemegang Amanah – penting dari segi PIHAK yang akan MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB MELAKSANAKAN urusan pentadbiran pusaka simati dengan penuh amanah dan mengikut lunas-lunas agama dan undang-undang negara.
  • Wisoyah atau Pernyataan Amanah – penting dari segi URUSAN PENTADBIRANkhususnya pengurusan harta pusaka supaya dapat diurustadbir dengan lebih mudah, lancar dan licin serta memastikan apa yang diinginkan dan dihasratkan dapat disampaikan dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
  • Wasiyyah atau Wasiat – penting dari segi URUSAN PEMBERIAN & PENGAGIHAN HARTA dapat dilaksanakan sepertimana yang dikehendaki tertakluk kepada hukum-hakam agama dan undang-undang negara.
Kandungan:
(1) WASI atau PEMEGANG AMANAH
  • Perlantikan AmanahRaya sebagai Wasi atau Pemegang Amanah
  • Tugas dan Tanggungjawab Umum Sebagai Wasi atau Pemegang Amanah
(2) WISOYAH atau PERNYATAAN AMANAH
  • Perlantikan Penjaga Bagi Anak-Anak Bawah Umur 18 Tahun
  • Senarai Waris Yang Sah dan Layak serta Bahagian Faraid Mereka
  • Senarai Lengkap Aset/Harta, Pemiutang dan Liabiliti (melicinkan urusan hutang-piutang)
  • Pengisytiharan Harta Sepencarian
  • Wasiat Kata-Kata mengenai Iman & Akidah, nasihat, hasrat, amanah dan sebagainya
  • Klausa-Klausa Lain Mengikut Keperluan Pewasiat
  • NOTA: Konsep ‘Wisoyah’ atau ‘Pernyataan Amanah’ ini sangat luas pengertiannya, bukan sahaja berkaitan harta benda tetapi lebih daripada itu. Dalam ertikata lain, apa sahaja yang ingin disampaikan atau pun diamanahkan kepada Wasi/Pemegang Amanah untuk dilaksanakan atau diuruskan, selagi tidak melanggar syarak.
(3) WASIYYAH atau WASIAT
  • Wasiyyah bagi orang Islam: Pemberian harta selepas kematian (tertakluk kepada syariat Islam)
  • Wasiat bagi orang bukan Islam: Pemberian kepada orang yang dinamakan (tertakluk kepada Akta Wasiat 1959)
Kepentingan & Manfaat:
  • Mendapat manfaat sepertimana terkandung dalam Dokumen Wasiat Asas
  • Memudahkan Wasi atau Pemegang Amanah mentadbir dan menguruskan harta pusaka yang telah lengkap dan sempurna disenaraikan
  • Menjamin segala hutang-piutang diuruskan (mengutip dan melunaskan  hutang) oleh Wasi atau Pemegang Amanah
  • Bagi orang Islam, pelunasan hutang selepas kematian sangat-sangat dituntut dan ditekankan agar dapat menjamin segala hutang (agama dan manusia) dilunaskan oleh Wasi (bagi menghindar roh terpenjara di kubur – rujuk hadis Rasulullah)
  • Menjamin hasrat pembahagian harta (tidak melebihi 1/3) untuk bukan waris atau tujuan amal jariah ditunaikan
  • Menjamin pembahagian hukum Faraid ke atas ahli-ahli waris dapat dilaksanakan dengan cepat, tepat dan sempurna
  • Dapat menyampaikan apa sahaja hasrat, nasihat dan amanat yang dinyatakan secara bertulis yang dapat disampaikan secara jelas dan terang selepas kematian Pewasiat.