COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Showing posts with label miliki dokumen wasiat. Show all posts
Showing posts with label miliki dokumen wasiat. Show all posts

Monday, September 21, 2015

Ketahui Apa Itu Dokumen Wasiat

DOKUMEN WASIAT KOMPREHENSIF


Apakah yang dimaksudkan dengan Dokumen Wasiat Komprehensif?

Dokumen Wasiat Komprehensif ialah satu dokumen pengurusan harta pusaka yang lengkap merangkumi ketiga-tiga komponen penting dalam urusan pentadbiran harta pusaka selepas kematian, iaitu:
  • Wasi atau Pemegang Amanah – penting dari segi PIHAK yang akan MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB MELAKSANAKAN urusan pentadbiran pusaka simati dengan penuh amanah dan mengikut lunas-lunas agama dan undang-undang negara.
  • Wisoyah atau Pernyataan Amanah – penting dari segi URUSAN PENTADBIRANkhususnya pengurusan harta pusaka supaya dapat diurustadbir dengan lebih mudah, lancar dan licin serta memastikan apa yang diinginkan dan dihasratkan dapat disampaikan dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
  • Wasiyyah atau Wasiat – penting dari segi URUSAN PEMBERIAN & PENGAGIHAN HARTA dapat dilaksanakan sepertimana yang dikehendaki tertakluk kepada hukum-hakam agama dan undang-undang negara.
Kandungan:
(1) WASI atau PEMEGANG AMANAH
  • Perlantikan AmanahRaya sebagai Wasi atau Pemegang Amanah
  • Tugas dan Tanggungjawab Umum Sebagai Wasi atau Pemegang Amanah
(2) WISOYAH atau PERNYATAAN AMANAH
  • Perlantikan Penjaga Bagi Anak-Anak Bawah Umur 18 Tahun
  • Senarai Waris Yang Sah dan Layak serta Bahagian Faraid Mereka
  • Senarai Lengkap Aset/Harta, Pemiutang dan Liabiliti (melicinkan urusan hutang-piutang)
  • Pengisytiharan Harta Sepencarian
  • Wasiat Kata-Kata mengenai Iman & Akidah, nasihat, hasrat, amanah dan sebagainya
  • Klausa-Klausa Lain Mengikut Keperluan Pewasiat
  • NOTA: Konsep ‘Wisoyah’ atau ‘Pernyataan Amanah’ ini sangat luas pengertiannya, bukan sahaja berkaitan harta benda tetapi lebih daripada itu. Dalam ertikata lain, apa sahaja yang ingin disampaikan atau pun diamanahkan kepada Wasi/Pemegang Amanah untuk dilaksanakan atau diuruskan, selagi tidak melanggar syarak.
(3) WASIYYAH atau WASIAT
  • Wasiyyah bagi orang Islam: Pemberian harta selepas kematian (tertakluk kepada syariat Islam)
  • Wasiat bagi orang bukan Islam: Pemberian kepada orang yang dinamakan (tertakluk kepada Akta Wasiat 1959)
Kepentingan & Manfaat:
  • Mendapat manfaat sepertimana terkandung dalam Dokumen Wasiat Asas
  • Memudahkan Wasi atau Pemegang Amanah mentadbir dan menguruskan harta pusaka yang telah lengkap dan sempurna disenaraikan
  • Menjamin segala hutang-piutang diuruskan (mengutip dan melunaskan  hutang) oleh Wasi atau Pemegang Amanah
  • Bagi orang Islam, pelunasan hutang selepas kematian sangat-sangat dituntut dan ditekankan agar dapat menjamin segala hutang (agama dan manusia) dilunaskan oleh Wasi (bagi menghindar roh terpenjara di kubur – rujuk hadis Rasulullah)
  • Menjamin hasrat pembahagian harta (tidak melebihi 1/3) untuk bukan waris atau tujuan amal jariah ditunaikan
  • Menjamin pembahagian hukum Faraid ke atas ahli-ahli waris dapat dilaksanakan dengan cepat, tepat dan sempurna
  • Dapat menyampaikan apa sahaja hasrat, nasihat dan amanat yang dinyatakan secara bertulis yang dapat disampaikan secara jelas dan terang selepas kematian Pewasiat.

Saturday, April 18, 2015

DOKUMEN WASIAT KOMPREHENSIF

‘Wasi’, ‘Wisoyah’ & ‘Wasiyyah’ merupakan ciri-ciri  solusi kepada Pentadbiran Harta Pusaka Anda. 



tuliswasiatarb


Salah satu kaedah dan persediaan yang boleh dilakukan sewaktu hayat kita ialah dengan menyediakan satu dokumen yang akan menjadi  ‘Rujukan Penting’ suatu ketika setelah ‘ketiadaan’ kita nanti iaitu  “Dokumen Wasiat Komprehensif”
 yang mengandungi 3 komponen utama iaitu
‘Wasi’, ‘Wisoyah’ dan ‘Wasiyyah’!


Dokumen Wasiat kami adalah ‘Komprehensif’ iaitu mengandungi 3 Komponen Utama:

Wasi, Wisoyah & Wasiyyah!  



Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat”
– Hadis riwayat Ibnu Majah -
jam05
MILIKI DOKUMEN WASIAT KOMPREHENSIF ANDA SEKARANG!
harga-wasiatarb

Monday, March 30, 2015

Mengapa Anda Perlu Memiliki Dokumen Wasiat?

TIGA SEBAB UTAMA MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI DOKUMEN WASIAT

Add caption






Terdapat begitu banyak sebab mengapa anda perlu memiliki dokumen wasiat, namun terdapat tiga sebab utama yang seharusnya diberi perhatian berat khususnya bagi seseorang Muslim Mukmin.

1. MEMPERCEPAT PROSES PENYELESAIAN PUSAKA

Add caption


Apabila berlaku kematian, sebahagian besar harta-harta simati akan dibekukan. Dengan memiliki dokumen wasiat, proses untuk mendapatkan Geran Probet (surat kuasa untuk mentadbir pusaka) oleh wasi yang telah dinamakan di dalam wasiat lebih mudah dan cepat. Lebih lengkap dokumen wasiat (seperti penyenaraian harta, hutang, harta sepencarian dsbnya) maka lebih cepat proses pentadbiran harta pusaka dapat diselesaikan.

Secara umumnya, tempoh penyelesaian pusaka dengan adanya wasiat ialah di antara 4 – 12 bulan berbanding di antara 2 – 5 tahun (atau lebih) tanpa dokumen wasiat. Lebih lama proses penyelesaian, maka selama itulah juga kesengsaraan yang akan dirasai oleh waris-waris yang kita tinggalkan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk topik “Pentadbiran Pusaka”.

Pernahkah anda terfikir apa akan berlaku kepada isteri/suami dan orang-orang kesayangan anda jika anda meninggalkan mereka tanpa wasiat? Kemungkinan besar, inilah yang akan berlaku:

Susah Payah Akibat Birokrasi
Mahukah anda membiarkan isteri dan orang yang anda sayangi berpenat-lelah ke hulu ke hilir turun-naik mahkamah untuk mendapatkan haknya (menyediakan pelbagai keperluan mahkamah – fakta-fakta, dokumen, pembuktian dan sebagainya), serta mengharungi pelbagai birokrasi pejabat untuk menguruskan harta bermasalah yang anda tinggalkan kepada mereka (dalam ertikata lain – tidak terurus & “berterabur” di sana-sini), akibat tiada persediaan & perancangan?

Tekanan Jiwa Akibat Perbalahan & Hilang Punca Pendapatan
Tanpa persediaan, orang kesayangan anda akan mengalami tekanan demi tekanan akibat perbalahan dan perebutan yang mungkin berlaku di kalangan kaum keluarga dan saudara-mara, yang sepatutnya membantu tetapi sebaliknya lebih banyak menyusahkan!!

Berdasarkan fakta, begitu banyak kes yang tidak dapat diselesaikan akibat tidak mendapat kerjasama daripada saudara-mara dan ahli keluarga atas pelbagai sebab!

Bayangkan, pada masa yang sama beliau perlu memikirkan bagaimana untuk menggantikan punca pendapatan yang hilang bagi menyara kehidupan mereka seterusnya, lebih sukar dan lebih memeritkan, kali ini TANPA ANDA!!!

2. MELUNASKAN HUTANG DAN TANGGUNGAN

Pada zaman ini, boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita berhutang, ada yang banyak, ada yang sedikit. Berhutang atau meminjam untuk keperluan adalah dibenarkan dalam Islam, namun Islam turut menekankan dengan tegas mengenai tanggungjawab untuk membayar hutang, walaupun selepas kematian.

Antara peringatan yang disabdakan oleh Rasulullah saw:
"Sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara di kuburnya sehingga hutang tersebut diselesaikan (oleh saudara-maranya)".
– Hadis riwayat At-Tabrani

Malah tidak terkecuali bagi mereka yang mati syahid sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.:
"Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang."
– Hadis riwayat Muslim

Berdasarkan hadis-hadis di atas, bermakna seseorang Muslim itu amat memerlukan waris-waris & saudara-mara mereka yang masih hidup untuk menyelesaikan segala tanggungan hutang yang ada selepas kematiannya.

Persoalannya:

Tahukah saudara mara dan waris-waris anda mengenai hutang-hutang yang anda ada? Berapa ramai di antara anda yang mempunyai hutang tetapi tidak bertulis sedangkan itulah yang disarankan di dalam al-Quran? Sekiranya ini berlaku iaitu bagi hutang yang tidak bertulis, apakah jaminan bahawa hutang-hutang tersebut akan diselesaikan oleh waris-waris anda?

Oleh itu, salah satu daripada keperluan dokumen wasiat ialah untuk anda menyenaraikan dengan lengkap segala jenis harta dan tanggungan hutang anda supaya dapat diuruskan dengan licin dan sempurna oleh waris-waris anda. Ini bermakna dokumen wasiat merupakan satu dokumen yang teramat penting untuk anda miliki kerana dokumen wasiat inilah yang akan menjadi sumber rujukan utama mengenai harta dan tanggungan anda selepas ketiadaan anda kelak.

Tanpa dokumen wasiat, waris-waris tidak boleh berbuat apa-apa mengenai hutang-hutang anda (sebab mereka tidak tahu), dan anda juga tidak boleh berbuat apa-apa ketika itu (sebab tiada peluang kedua untuk anda kembali ke dunia!).

Jadi… Mahukah anda terbelenggu (dengan siksaan yang AMAT PEDIH) di kubur (selagi hutang kita tidak diselesaikan…, selama mana pula???) dan dosa tidak diampuni (apatah lagi jika bukan mati syahid), akibat kelalaian dan kemalasan anda sendiri membuat persediaan? Masihkah anda sanggup BERTANGGUH LAGI seolah-olah ia perkara sampingan? …sedangkan KEMATIAN adalah PASTI???


3. MENYEMPURNAKAN HAK DAN HASRAT

- untuk yang tersayang (yang masih hidup selepas kematian anda)
– untuk diri anda (yang pasti akan mati!)

(a) Menyempurnakan HAK (waris yang ditinggalkan)

Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya.

Bagaimanapun terdapat salah faham dalam masyarakat Melayu kita di mana ramai yang merasakan bahawa mereka tidak perlu membuat wasiat kerana telah adanya hukum faraid. Persoalannya, apakah jaminan bahawa mereka (waris-waris) tersebut akan mendapat hak mereka jika kita sendiri tidak membuat langkah-langkah awal bagi memastikan hukum tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna?

Sedarkah anda bahawa umat Islam kita masih jauh ketinggalan dan gagal dalam melaksanakan hukum faraid ini? Realitinya, sebanyak sejuta kes tanah pusaka di Malaysia (laporan Pejabat Tanah) dianggar bernilai RM38 bilion masih tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan dan 90% daripadanya adalah milik orang Melayu (yang rata-ratanya beragama Islam). Ini bermakna begitu banyak sekali harta-harta umat Islam yang terbeku dan begitu ramai yang tidak mendapat bahagian hak mereka termasuk mereka yang sepatutnya mendapat hak faraid. Kini timbul persoalan dari segi hukumnya, siapakah yang akan menanggung dosa-dosa ini?

Keadaan di atas berlaku akibat kelalaian dan kegagalan umat Islam sendiri dalam membuat langkah-langkah persediaan ketika hidupnya. Oleh itu, apakah langkah dan persediaan kita sendiri supaya keadaan ini tidak akan berlaku kepada harta-harta kita pula? Dengan persediaan yang baik dan melalui dokumen wasiat yang lengkap dan sempurna, sudah tentu akan dapat MENJAMIN hak-hak untuk mereka yang tersayang (ibu, ayah, isteri, suami, anak-anak) akan mendapat hak mereka (termasuk hak harta sepencarian pasangan) sekaligus hukum faraid dapat ditunaikan.

(b) Menyempurnakan HASRAT (pahala berkekalan)

Di samping hak-hak yang memang telah termaktub dalam hukum, kita juga boleh menyempurnakan hasrat dan niat murni kita yang lain khususnya untuk TUJUAN KEBAJIKAN. Melalui wasiat, hasrat untuk membantu atau membela mereka yang tidak mendapat bahagian faraid dapat ditunaikan seperti waris terdinding, cucu yang kematian ayah, anak angkat, ibu bapa angkat, ahli keluarga asal muallaf yang masih tidak beragama Islam dan sebagainya (terhad 1/3 daripada pusaka bersih).

Begitu juga niat untuk menginfaqkan harta melalui amalan sedekah jariah dan berwaqaf untuk manfaat ummah dan ganjaran pahala yang berkekalan sebagaimana sabda Rasulullah saw:

Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara:

"sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya."
– Hadis riwayat Muslim


FIKIRKAN AKIBATNYA…


Kepada Orang Tersayang….
Sanggupkah kita menganiaya kaum keluarga dan orang-orang yang kita sayangi dengan menyusahkan mereka selepas ketiadaan kita dan apatah lagi sehingga mereka tidak mendapat hak mereka akibat kelalaian kita?

Kepada Diri Sendiri….
Dan sanggupkah kita menganiaya diri kita sendiri dengan SIKSAAN yang AMAT PEDIH akibat kegagalan kita menunaikan tanggungjawab kita ketika di dunia sekarang ini?!!

Dapatkan maklumat  >>> SINI