COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Wednesday, April 2, 2014

SIAPA PERLU BERWASIAT?

Semua individu yang berhasrat supaya hartanya dapat diagih dengan betul dan cepat, haruslah membuat dokumen wasiat, namun ianya amat wajar dilakukan oleh:
    • Mereka yang bimbang harta pusaka mereka ‘terbeku’ atau tidak dapat diuruskan dengan licin dan tidak menepati syariat
    • Mereka yang memiliki harta
    • Mereka yang mempunyai hutang (kepada ALLAH atau manusia) yang belum dijelaskan
    • Lelaki yang berpoligami
    • Ibu dan bapa tunggal
    • Mereka yang mempunyai anak angkat/anak tiri
    • Mereka yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun
    • Mereka yang menjalankan perniagaan
    • Mereka yang ingin membuat amal jariah melalui wasiat

APAKAH HARTA / TANGGUNGAN YANG MEMERLUKAN DOKUMEN WASIAT?
    • Rumah, Tanah, Kereta
    • Akaun Bank (akaun simpanan dan semasa)
    • Takaful, Insuran, KWSP, Tabung Haji, Akaun Saham Amanah
    • Saham syarikat persendirian dan tersenarai
    • Hutang-hutang agama (zakat, haji, nazar, fidyah, kifarah) yang belum ditunaikan
    • Hutang-hutang sesama manusia yang belum ditunaikan
APAKAH MASALAH & RISIKO TANPA WASIAT?
Pembekuan Harta
Kini sebanyak 1 juta kes harta pusaka dianggar bernilai RM38 bilion tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan akibat tiada perancangan harta dilakukan semasa hidup.
Tempoh Pengagihan Pusaka Yang Lama
Terdapat kes harta pusaka yang mengambil masa sehingga 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun atau 50 tahun untuk diselesaikan
Pentadbir Yang Tidak Amanah
Tanpa perlantikan Wasi yang berkredibiliti seperti ARB, harta pusaka akan terdedah kepada risiko ditadbir oleh pentadbir yang tidak amanah
Harta Sepencarian
Tuntutan harta sepencarian perlu dikemukakan di Mahkamah Syariah dan mengambil masa yang lama, malah mungkin tidak mendapat sepertimana yang diharapkan
Hutang Tidak Berbayar
Hutang yang ditanggung oleh si mati tidak dapat dibayar disebabkan pentadbir yang tidak amanah, atau harta yang ada tidak mencukupi untuk menanggung hutang, atau pentadbir/waris-waris tidak mengetahui hutang-piutang si mati, terutamanya hutang-hutang yang tidak bertulis.
Pertelingkahan Keluarga
Pertelingkahan dan perbalahan di kalangan ahli waris mudah berlaku sehingga menjejaskan hubungan silaturrahim sesama
mereka.