COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Showing posts with label ciri-ciri wasiat. Show all posts
Showing posts with label ciri-ciri wasiat. Show all posts

Friday, May 22, 2015

PENTADBIRAN HARTA PUSAKA TANPA WASIAT

Rajah Pusaka


Apabila berlaku kematian, pelbagai aktiviti terhenti secara tiba-tiba, antaranya pembekuan akaun-akaun di bank, unit amanah saham, saham-saham syarikat, perlindungan insuran, takaful, Tabung Haji, urusan hartanah tergendala, penjualan kereta tidak boleh dilakukan, termasuk timbulnya persoalan bila pengeluaran KWSP boleh dilakukan.

Hanya apabila Surat Kuasa (Letter of Administration) diperolehi daripada badan-badan tertentu, barulah proses pembahagian asset dapat dilakukan. Untuk mendapat Surat Kuasa tadi, ia adalah satu proses yang rumit dan memakan masa yang agak lama (antara 1 – 2 tahun). Ini tidak termasuk masa untuk pembahagian yang bergantung kepada bentuk harta (antara 1 – 15 tahun lagi). Sekiranya tiada wasiat, proses permohonan dan pembahagian membawa kepada pelbagai akibat dan boleh menggendalakan pelbagai urusan waris yang hidup.

Di Malaysia, tempat permohonan untuk mendapat Surat Kuasa bergantung kepada bentuk dan jumlah aset simati iaitu:

Amanah Raya Berhad: Untuk jumlah aset yang kurang dari RM600,000 DAN bentuk aset simati sama sekali tiada mengandungi hartanah (Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad 1995); atau

Pejabat Tanah Bahagian Pusaka Kecil: Untuk jumlah aset yang kurang dari RM600,000 dan aset simati mengandungi hartanah (Akta Pembahagian Harta Pusaka Kecil 1955); atau

Mahkamah Tinggi: Untuk semua bentuk aset di mana nilainya melebihi RM600,000 (Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980).

Mahkamah Syariah: Untuk orang Islam sahaja iaitu di mana Sijil Faraid dikeluarkan dahulu dan dikepilkan bersama semua permohonan di atas.

Di dalam proses meluluskan permohonan untuk mendapatkan Surat Kuasa kepada pentadbir aset simati, Mahkamah Tinggi akan meminta dikemukakan dua orang penjamin yang setiap seorang mempunyai nilai aset bersamaan dengan nilai aset simati. Setelah memperolehi Surat Kuasa, tugas pentadbir yang seterusnya ialah untuk mentadbir (jual aset sekiranya perlu) dan membahagikan aset-aset simati. Jumlah masa menguruskannya bergantung kepada bentuk harta dan kerjasama waris-waris.

Untuk orang bukan Islam, pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1959 di mana telah ditentukan menurut undang-undang sivil. Bagi orang Islam, pembahagian adalah mengikut hukum syarak iaitu menurut hukum Faraid, tetapi sekiranya semua waris yang layak bersepakat atau bermuafakat maka pembahagian boleh mengikut persetujuan bersama.

Rujukan lanjut: DISINI


Thursday, January 22, 2015

Menghibahkan Harta Semasa Hidup

Seseorang Islam boleh menghibahkan hartanya kepada sesiapapun semasa hidupnya, sebahagian atau keseluruhan hartanya. Ini boleh berlaku kepada mereka yang tidak mempunyai anak kandung yang tidak mahu hartanya berpindah secara faraid kepada saudara-saudaranya yang lain. Hibah boleh dibuat dengan menukarkan nama ke dalam geran tanah/rumah/kereta.

Hibah pada istilah syarak ialah suatu aqad yang mengandungi pemberian milik oleh seorang terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan('iwad).

Dari segi istilah, hibah adalah berbeza dengan pemberian(gift) dalam undang- undang Inggeris, di mana perkataan "pemberian" itu adalah lebih luas pengertiannya jika dibandingkan dengan hibah, di mana istilah"pemberian" itu lebih umum dan merangkumi semua jenis pindah milik. Manakala pengertian hibah adalah sempit dan mempunyai konsep undang-undang yang khusus.

Dalam Islam, hibah sudah sah dengan adanya ijab dan qabul dengan perkataan yang memberi erti memberi milik harta tanpa balasan.Mengikut mazhab Shafie, bahawa penerimaan (qabul) itu hendaklah diambil kira dalam menentukan sah atau tidaknya hibah. Begitu juga, penerimaan barang adalah satu dari syarat sah hibah. Ertinya, apabila berlaku kematian salah satu dari dua pihak sebelum penyerahan barang, maka hibah itu terbatal.

DI SINI



Sunday, November 30, 2014

Perlunya ANDA membuat Wasiat

















Wasiat ialah satu cara untuk memberikan aset kita kepada bukan waris seperti kepada anak angkat, ibu-bapa angkat serta sebagainya. Boleh juga diberikan kepada badan atau persatuan untuk tujuan kebajikan. 

Ia terhad kepada kadar 1/3 sahaja. 

Bahagian wasiat 1/3 ini akan didahulukan agihannya sebelum agihan Faraid.Maka dengan itu jika anda mempunyai hajat ingin bersedekah atau wakaf ia boleh dilaksanakan dengan membuat dokumen wasiat dan menyatakan didalamnya 1/3 aset anda akan diberikan kepada penerima tertentu yang bukan dikalangan waris Faraid Anda.

Sedangkan dalam Islam, yang DISEBUT DI DALAM AL-QURAN DAN HADITH NABI, SECARA JELAS DAN TERPERINCI BAGAIMANA UMAT ISLAM SEHARUSNYA BERTINDAK & BERAMAL dalam menguruskan Pentadbiran Harta Pusaka Ini!

Baca selanjutnya di SINI