COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Friday, September 12, 2014

TERBUKA KEPADA BUKAN ISLAM


Di bawah undang-undang probet dan pentadbiran, waris perlu melantik peguam untuk membuat permohonan geran probet daripada mahkamah tinggi untuk harta yang berwasiat dan surat kuasa pentadbir dari mahkamah tinggi untuk harta alih dan/atau tidak alih berjumlah lebih RM2 juta, di mana proses ini mengambil masa yang agak lama.

Bagi harta kurang daripada RM2 juta di mana sebahagian atau kesemua harta pusaka merupakan harta tidak alih, waris perlu mendapat surat kuasa pentadbir daripada pejabat tanah.

Sebagai alternatif, untuk harta alih yang bernilai kurang daripada RM600,000 waris boleh juga mendapatkan perintah daripada Amanah Raya Berhad. Walau bagaimanapun, kedua-dua proses ini juga memakan masa yang agak lama.

Bagi menyelesaikan isu harta pusaka yang tidak dituntut, ASNB kini menawarkan kemudahan Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah kepada semua 11 juta pemegang unit bagi membantu mempercepatkan pengagihan harta pemegang unit dalam bentuk pelaburan dalam tabung-tabung unit amanah ASNB selepas kematian pemegang unit.

Kedua-dua Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah adalah berkuatkuasa dari tarikh surat ikatan Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah itu dimeterai. Berdasarkan surat ikatan Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah, pemegang unit masih boleh berurus niaga dan menerima faedah daripada pelaburan dalam tabung-tabung unit amanah ASNB semasa hayatnya.

Pengagihan pelaburan tersebut hanya akan dilaksanakan setelah tuntutan dibuat oleh penerima Hibah atau Pengisytiharan Amanah selepas kematian pemegang unit. Proses pengagihan tersebut boleh diselesaikan selapas 21 hari notis kematian pemegang unit diserahkan kepada ASNB.

Di bawah fasiliti-fasiliti ini, pemegang unit dalam kesemua tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB boleh menamakan sehingga 10 orang sebagai Penerima Hibah atau Pengisytiharan Amanah. Pemegang unit boleh membuat permohonan Hibah Amanah atau Pengisytiharan Amanah ini di mana-mana pejabat cawangan ASNB.


No comments:

Post a Comment