COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Thursday, October 2, 2014

CIRI-CIRI WASIAT ISLAM

Terdapat beberapa ciri dan prinsip wasiat Islam yang perlu dipatuhi:

1. Harta yang hendak diwasiatkan mestilah tidak lebih daripada sepertiga (1/3) daripada harta pusaka bersih kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris.

2. Penerimanya hendaklah bukan waris iaitu mereka yang tiada hak faraid ke atas pusaka simati kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris yang lain.

3.  Jika penerima wasiat meninggal dunia semasa hayat pewasiat, maka wasiat tersebut adalah terbatal.

4. Jika penerima wasiat meninggal dunia selepas menerima wasiat dan selepas kematian pewasiat, maka haknya boleh diwarisi oleh waris penerima.

5. Selepas kematian pewasiat, perlu ditolak dahulu kos perbelanjaan pengkebumian dan pembayaran hutang simati.


6. Wasiat boleh ditarikbalik pada bila-bila masa kerana ia hanya berkuatkuasa selepas kematian pewasiat dan wasiat tersebut perlulah dibuat secara sukarela.


SIAPA PERLU BERWASIAT?

Semua individu yang berhasrat supaya hartanya dapat diagih dengan betul dan cepat, haruslah membuat dokumen wasiat, namun ianya amat wajar dilakukan oleh:

Mereka yang bimbang harta pusaka mereka ‘terbeku’ atau tidak dapat diuruskan dengan licin dan tidak menepati syariat
Mereka yang memiliki harta
Mereka yang mempunyai hutang (kepada ALLAH atau manusia) yang belum dijelaskan
Lelaki yang berpoligami
Ibu dan bapa tunggal
Mereka yang mempunyai anak angkat/anak tiri
Mereka yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun
Mereka yang menjalankan perniagaan
Mereka yang ingin membuat amal jariah melalui wasiat

APAKAH HARTA / TANGGUNGAN YANG MEMERLUKAN DOKUMEN WASIAT?


  • Rumah, Tanah, Kereta
  • Akaun Bank (akaun simpanan dan semasa)
  • Takaful, Insuran, KWSP, Tabung Haji, Akaun Saham Amanah
  • Saham syarikat persendirian dan tersenarai
  • Hutang-hutang agama (zakat, haji, nazar, fidyah, kifarah) yang belum ditunaikan
  • Hutang-hutang sesama manusia yang belum ditunaikan


APAKAH MASALAH & RISIKO TANPA WASIAT?

Pembekuan Harta

Kini sebanyak 1 juta kes harta pusaka dianggar bernilai RM38 bilion tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan akibat tiada perancangan harta dilakukan semasa hidup.

Tempoh Pengagihan Pusaka Yang Lama

Terdapat kes harta pusaka yang mengambil masa sehingga 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun atau 50 tahun untuk diselesaikan

Pentadbir Yang Tidak Amanah

Tanpa perlantikan Wasi yang berkredibiliti seperti ARB, harta pusaka akan terdedah kepada risiko ditadbir oleh pentadbir yang tidak amanah

Harta Sepencarian

Tuntutan harta sepencarian perlu dikemukakan di Mahkamah Syariah dan mengambil masa yang lama, malah mungkin tidak mendapat sepertimana yang diharapkan

Hutang Tidak Berbayar

Hutang yang ditanggung oleh si mati tidak dapat dibayar disebabkan pentadbir yang tidak amanah, atau harta yang ada tidak mencukupi untuk menanggung hutang, atau pentadbir/waris-waris tidak mengetahui hutang-piutang si mati, terutamanya hutang-hutang yang tidak bertulis.

Pertelingkahan Keluarga

Pertelingkahan dan perbalahan di kalangan ahli waris mudah berlaku sehingga menjejaskan hubungan silaturrahim sesama mereka.

JANGAN AMBIL MUDAH!

Rujukan >>> http://warisanmukmin.com/wasiat/?ref=9

Daftar PERCUMA >>> warisanmukmin.com/?ref=9




No comments:

Post a Comment