COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Showing posts with label harta. Show all posts
Showing posts with label harta. Show all posts

Friday, June 27, 2014

KEMELUT HARTA SEPENCARIAN

Rebutan harta sepencarian antara suami isteri yang bercerai semakin banyak dan menarik perhatian ramai. Ini boleh berlaku jika isu itu disebarluaskan oleh akhbar tempatan.

Dahulu kita tidak pernah pun mendengar kes mengenai tuntutan harta. Apa yang kita dengar bila berlaku perceraian ialah isteri dihalau sehelai sepinggang, tiada tempat tinggal dan anak-anak terbiar.

Namun hari ini dengan perubahan masa dan cara kehidupan, kes tuntutan harta sepencarian, harta pusaka dan sebagainya semakin bertambah.

Apakah dia harta sepencarian? Harta sepencarian adalah harta yang diperoleh dalam masa perkahwinan seorang suami dengan isterinya hasil daripada sumber-sumber atau usaha mereka bersama.

Harta sepencarian juga dikenali sebagai carian laki bini, pencarian, Gono-gina, hareuta sihreukat, harta Suarang dan lain-lain.

Sebenarnya di Malaysia harta sepencarian ini berasal daripada amalan adat dalam kalangan masyarakat Melayu iaitu adat Temenggung dan adat Perpatih.

Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan sebahagian kecil Melaka manakala adat Temenggung diamalkan di negeri-negeri selain dari negeri di atas.

Adat Temenggung mentakrif harta sepencarian sebagai harta yang diperoleh oleh kedua-dua suami dan isteri semasa perkahwinan. Seandainya perkahwinan itu telah mencapai usia tiga tahun dan pasangan telah mempunyai anak, maka harta sepencarian adalah harta yang pasangan peroleh atau miliki sebelum mereka berkahwin.

Mengikut prinsip asasnya, jika pasangan bercerai atau salah seorang daripada pasangan meninggal dunia maka kedua-dua pihak berhak mendapat bahagian di dalam harta sepencarian tersebut (dalam hal perceraian) atau pasangan yang masih hidup berhak mendapatkan harta sepencarian (dalam hal kematian).

Pembahagiannya pula adalah seperti berikut;

l Jika si suami yang menceraikan tanpa ada sebarang kesilapan di pihak isteri, si suami mestilah memberi nafkah selama tiga bulan dan semua harta perlu dibahagikan. Harta yang merupakan senjata atau alat perang diserahkan kepada suami. Dia juga akan menanggung apa-apa hutang atau cukai. Sementara semua perkakasan rumah dan tembaga akan diserahkan kepada isteri. Isteri juga akan mendapat rumah perkahwinan yang mereka diami serta tanah.

l Jika si isteri yang memohon cerai, isteri hanya akan memperoleh perceraian jika dia dapat membuktikan kesnya (fasakh) dan selepas perceraian, isteri perlu mengembalikan semua harta boleh alih kepada suaminya. Ini bermakna, mengikut adat Temenggung, isteri tidak boleh memohon cerai dan jika dia berbuat demikian, dia kehilangan hak harta boleh alih daripada suaminya.

Undang-undang adat Temenggung ini berbeza-beza dari satu negeri ke negeri yang lain. Contohnya di Perak, apabila perceraian berlaku, seorang isteri yang telah menyumbangkan usahanya mengerjakan tanah milik pasangan tersebut, adalah berhak ke atas separuh daripada tanah yang diperoleh ketika perkahwinan.

Sedangkan, jika dia tidak memberikan apa-apa sumbangan, dia tetap akan mendapat 1/3 daripada harta sepencarian.

Prinsip yang sama juga terpakai seandainya mana-mana pasangan meninggal dunia. Harta yang selebihnya akan diberikan kepada anak-anak atau ahli keluarga yang lain mengikut hukum faraid.

Hukum syarak

Islam menerima pemakaian apa-apa adat selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Jika dilihat kepada dua kes yang lama itu, jelas bahawa tuntutan harta sepencarian telah berlaku sebelum merdeka iaitu seawal 1919.

Ia bukan perkara baharu di Malaysia dan akhirnya hukum adat ini dikanunkan sebagai sebahagian daripada Undang-undang Islam yang ada di Malaysia.

Adat Perpatih juga turut memperuntukkan mengenai harta sepencarian. Namun begitu ia menggunakan prinsip yang agak berbeza. Menurut adat ini harta sepencarian perlu dibahagikan mengikut prinsip berikut: Carian Bahagi, Dapatan Tinggal, Pembawa Kembali, Suku Belah, Suarang Berage.

Maksudnya apa-apa harta yang diperoleh ketika berkahwin perlulah dibahagi di antara pasangan seandainya mereka bercerai. Jika mereka tiada anak dan suami mati maka harta itu akan menjadi milik isteri, prinsip yang sama juga terpakai jika isteri yang mati.

Tetapi jika mereka mempunyai anak, maka pembahagian yang akan dilakukan ke atas harta tersebut perlulah dibincangkan terlebih dahulu dengan semua benefisiari.

Di dalam adat ini juga harta sepencarian tidak termasuk apa-apa harta yang diperoleh oleh suami sebelum perkahwinan dan dibawa masuk ke dalam perkahwinan. Harta tersebut akan dipulangkan kepadanya semula jika bercerai dan jika mati kembali kepada sukunya. Prinsip yang sama juga diaplikasikan kepada isteri.

Pembahagiannya akan dilakukan setelah semua hutang dilangsaikan. Jumlahnya adalah sama rata di antara suami dan isteri walaupun mereka mempunyai anak ataupun isteri itu diceraikan kerana berzina.

Pengecualian kepada prinsip pembahagian ini adalah jika perceraian itu adalah cerai taklik. Dalam hal ini maka si isteri akan mendapat keseluruhan harta sepencarian.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131009/ba_01/Kemelut-harta-sepencarian#ixzz2hCw0NHdA
Sumber: Utusan Malaysia
Tarikh: 09/10/2013

Baca selanjut di sini

Saturday, May 10, 2014

Sertai Kami - KEMPEN TAHUN MENULIS WASIAT 2014

Warisan Mukmin dengan kerjasama AmanahRaya Berhad telah melancarkan KEMPEN TAHUN MENULIS WASIAT 2014.

WASI, WISOYAH , WASSIYAH sudahkah Anda mempunyai dokumen Wasiat?
Bertindak sekarang sebelum tak sempat.
JOM kita lakukan, jangan ambil mudah!
http://bit.ly/1fysEze

Saturday, November 9, 2013

TAHUKAH ANDA? SENARIO PENGURUSAN HARTA PUSAKA DI MALAYSIA MASAKINI

Pengurusan harta pusaka di kalangan umat Islam di Malaysia masakini
SEMAKIN JAUH KEBELAKANG dan
SEMAKIN MEMBIMBANGKAN
berbanding dengan apa yang dituntut dalam agama!

Isu-isu berbangkit berkaitan Pengurusan Harta Pusaka seperti BERBILION HARTA BEKU, HARTA YANG TIDAK DAPAT DIBANGUNKAN, PERTELINGKAHAN WARIS, HUTANG TIDAK BERBAYAR serta HUKUM FARAID YANG TIDAK DILAKSANAKAN ialah di antara isu yang melanda umat Melayu dan Islam SEHINGGA KE HARI INI!

HARUS DIINGAT, isu ini telah BERLANJUTAN SEJAK BERPULUH-PULUH TAHUN YANG LALU dan telah melalui dari Satu Generasi ke Satu Generasi SEHINGGALAH KE HARI INI!

Sedangkan dalam Islam, yang DISEBUT DI DALAM AL-QURAN DAN HADITH NABI, SECARA JELAS DAN TERPERINCI BAGAIMANA UMAT ISLAM SEHARUSNYA BERTINDAK & BERAMAL dalam menguruskan Pentadbiran Harta Pusaka Ini!

Dalam hal ini, Islam mempunyai pelbagai instrumen yang sudah cukup lengkap dan terperinci seperti FARAID, WASIYYAH, WISOYAH, HIBAH, AMANAH, WAKAF, HARTA SEPENCARIAN dan banyak lagi instrumen muamalah yang boleh digunakan, namun APA SUDAH JADI? Semuanya sebab SIKAP orang kita yang SUKA AMBIL MUDAH dan MALAS NAK BELAJAR walaupun dalam ILMU-ILMU YANG SEBEGINI PENTING!

APA TINDAKAN KITA? Bilakah perkara ini dapat dihentikan?

Ya.. Selagi kita, khususnya Orang-Orang Melayu dan Islam mengambil SIKAP SAMBIL LEWA dan AMBIL MUDAH atau TAK AMBIL KESAH dalam soal-soal perancangan seperti ini dan TIDAK MENGUBAH SIKAP UNTUK BERTINDAK, SELAGI ITULAH ISU-ISU INI AKAN BERTERUSAN TANPA HENTI MALAH SEMAKIN BERTAMBAH BURUK!

JOM! BERSAMA WARISAN MUKMIN…
KALI INI KITA UBAH SIKAP!


Bertindak sekarang >>> dapatkan maklumat di  http://goo.gl/2DKM2F

Thursday, October 31, 2013

Wasiat Dalam Islam

Mari ikuti intipati yang meletakkan perlunya kita membuat wasiat.

Dari ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَا حَقُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ لَهُ شَيْءٌ يُوصِي فِيهِ يَبِيتُ لَيْلَتَيْنِ إِلَّا وَوَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَهُ
“Tidaklah seseorang mewasiatkan suatu hak untuk seorang muslim, lalu wasiatnya belum ditunaikan hingga dua malam, kecuali wasiatnya itu diwajibkan di sisinya”. (HR. Al-Bukhari no. 2738 dan Muslim no. 1627)

Dari Sa’ad bin Abi Waqqash radhiallahu ‘anhu dia berkata:
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أُوصِي بِمَالِي كُلِّهِ قَالَ لَا قُلْتُ فَالشَّطْرُ قَالَ لَا قُلْتُ الثُّلُثُ قَالَ فَالثُّلُثُ وَالثُّلُثُ كَثِيرٌ إِنَّكَ أَنْ تَدَعَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَدَعَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ فِي أَيْدِيهِمْ

“Aku berkata, “Wahai Rasulullah, aku mau berwasiat untuk menyerahkan seluruh hartaku (kepada putrid tunggalku, pent.)”. Beliau bersabda, “Tidak boleh”. Aku berkata, “Kalau setengahnya?” Beliau bersabda, “Tidak boleh”. Aku berkata, “Kalau sepertiganya?” Beliau bersabda: “Ia sepertiganya dan sepertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan miskin lalu mengemis kepada manusia dengan menengadahkan tangan-tangan mereka.” (HR. Al-Bukhari no. 2742 dan Muslim no. 1628)
Abu Umamah Al Bahili radhiallahu anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda pada saat khutbah haji wada’:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَعْطَى كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ فَلَا وَصِيَّةَ لِوَارِثٍ
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memberi masing-masing orang haknya, karenanya tidak ada wasiat bagi ahli waris.” (HR. Abu Daud no. 3565, At-Tirmizi no. 2120, Ibnu Majah no. 2704, dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Irwa` Al-Ghalil no. 1655)
Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha bahwa ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أُمِّي افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا وَأَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ فَهَلْ لَهَا أَجْرٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ
“Ibuku meninggal dunia secara mendadak, dan aku menduga seandainya dia sempat berbicara maka dia akan bersedekah. Apakah dia akan memperoleh pahala jika aku bersedekah untuknya (atas namanya)?”. Beliau menjawab, “Ya”. (HR. Al-Bukhari no. 2960 dan Muslim no. 1004)

Penjelasan ringkas:

Terkadang seorang mempunyai kewajiban yang wajib dia tunaikan kepada orang lain, sementara dia tidak tahu bila dia akan meninggal. Karenanya Rasulullah shallallahu alaihi wasallam memerintahkan untuk menuliskan wasiat dan memberikan batasan-batasan yang harus diperhatikan oleh setiap orang yang berwasiat.

Di antaranya:

1.    Wasiat paling banyak hanya dengan 1/3 harta, tidak boleh lebih dari itu.
2.    Keluarga yang mendapatkan warisan tidak berhak mendapatkan wasiat.
3.    Boleh menyedekahkan sebagian harta orang yang telah meninggal atas namanya (mayit) walaupun si mayit tidak mewasiatkan untuk itu.

Setelah mencirikan apa perlunya kita membuat wasiat,adakah kita sudah melaksanakan tuntutan tersebut. Dimana letaknya kita sebagai seorang Islam dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Marilah kita sama-sama mulakan langkah pertama. Mulai dari saat ini kita pakat-pakat membudayakan penulisan wasiat tanpa ragu-ragu.

Wednesday, October 16, 2013

Apa itu MukminNetwork?

Mukmin Network
http://tinyurl.com/ktjsb5k







Blog Sahabat Muamalat ANDA serta MukminNetwork.com sebagai satu usaha untuk mengimarah dan menyemarakkan muamalah Islam.Portal ini merupakan satu portal komuniti dan kerjaya didalam muamalah Islam.

Mengambil inisiatif untuk mempelopori usaha untuk mengintegrasikan perkhidmatan dan produk-produk kewangan Islam dalam satu pakej lengkap dan bersepadu melalui Model Muamalat 4P bagi meningkatkan keberkesanan dan pulangan terhadap aktiviti-aktiviti muamalat yang dilaksanakan.


Juga disediakan perkhidmatan Haji dan Umrah( rujuk muka surat ).

Kamijuga menyediakan Pelan-pelan Ilmu dan Pendidikan serta Telekomunikasi.

Islam,Bisnes dan Internet Marketing adalah merupakan katakunci kegiatan MukminNetwork yang dijangka dapat memertabatkan muamalah Islam.

InsyaAllah!

Berminat menyertai kami? 
Maklumat selanjutnya silalah layari http://mukminnetwork.com/27 atau hubungi kami di:- 
( En.Roslan )H/P +6016-4125989 / +6013-5106010 atau fax ke : +604-3972792 

Jangan lepas peluang keemasan ini, KLIK LINK INI SEKARANG!


Saturday, April 7, 2012

Pembahagian harta secara adil dapat imbangi kehidupan manusia

Petikan:

Oleh Ustaz Zaman
bhagama@bharian.com.my
2012/02/25

KEMATIAN adalah kepastian yang tidak dapat disangkal sesiapa. Begitu juga mereka yang kembali kepada Allah SWT semestinya meninggalkan sesuatu untuk diwarisi oleh generasi keluarga yang masih hidup. Hanya Nabi dan Rasul saja yang tidak mewarisi apa-apa selain ilmu daripada Allah SWT.

Sebuah hadis daripada Talhah menyebut beliau bertanya kepada seorang sahabat bernama Abdullah Bin Abi Aufa adakah Baginda SAW meninggalkan apa-apa wasiat? Lalu Abdullah menjawab: Tidak. Maka mengapa Baginda memerintahkan kita berwasiat? Jawab Abdullah: “Sebenarnya Baginda meninggalkan al-Quran sebagai wasiat”. (Riwayat Bukhari). Adalah menjadi tuntutan agar kita dapat meneliti semua harta yang dimiliki dan menulis wasiat tertentu agar menjadi rujukan kepada mereka yang ditinggalkan. Baginda Nabi SAW juga menyarankan umatnya menulis wasiat. Sabda Baginda SAW: “Adalah menjadi hak seseorang Muslim apabila tiba waktu tidur, maka wasiatnya ditulis dan diletakkan di sisinya”. (HR Ibnu Majah).
Dalam dunia umat Islam hari ini, kita melihat ibu bapa kurang mengambil perhatian terhadap harta yang peroleh atau yang dikumpul sepanjang hidup mereka. Dengan kata lain mereka tidak pernah memikirkan mengenai harta mereka jika mereka dijemput oleh Allah SWT apabila tiba masanya kelak.

Apakah harta mereka akan dibahagikan kepada pewaris dengan seadil-adilnya atau mengundang mudarat kepada keluarga akibat pertikaian harta ditinggalkan.

Kita melihat fenomena sekarang menyedihkan kerana tercetus perbalahan antara waris ditinggalkan. Malah kadangkala menyebabkan pembunuhan sesama keluarga akibat perselisihan pendapat mengenai harta peninggalan si mati. Apa yang lebih mendukacitakan perselisihan berlaku ketika ibu bapa masih hidup dan terlantar menunggu saat-saat kematian.
Inilah contoh sikap buruk jika berlaku dalam masyarakat Islam menunjukkan akhlak tidak baik seorang anak terhadap ibu bapa. Malah mereka diharamkan terus daripada menerima apa-apa bahagian jika berlaku pembunuhan untuk mendapat warisan dengan cepat.

Namun, berlaku juga perkara sebaliknya yang ibu bapa mewakafkan harta mereka ketika hidup kepada agensi lain sama ada dengan tujuan baik iaitu untuk mengelakkan pergaduhan sesama keluarga atau menghalang mana-mana anak daripada mewarisi harta mereka atas sebab tertentu.

Ini adalah perkara yang tidak digalakkan dalam Islam kerana keluarga si mati atau pewaris yang masih hidup memerlukan harta berkenaan bagi meneruskan kesinambungan kehidupan mereka.

Firman Allah SWT: “Dan hendaklah takut kepada Allah sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang daif yang dikhuatiri akan kesejahteraan dan keselesaan mereka.” (Surah an-Nisa ayat 9).

Ini menunjukkan seseorang mesti memikirkan mengenai keluarga yang ditinggalkan supaya mereka hidup dalam keadaan baik tanpa meminta-minta kepada orang lain.

Namun demikian, mewakafkan sesuatu atas dasar kemanusiaan atau keperluan seperti mewakafkan kepada anak angkat atau mereka yang memerlukan diharuskan dengan kadar tertentu supaya tidak membebankan keluarga si mati atau pewaris selepas berlaku kematian.

Anak angkat dan orang luar tidak akan mendapat bahagian daripada harta si mati kerana mereka bukanlah pewaris sebenar sedangkan mereka pernah berkhidmat kepada si mati ketika hidupnya. Ini dilakukan kerana membalas jasa atau tanda terima kasih terhadap pengorbanan dicurahkan.

Sebuah hadis daripada Abu Mus’ab menyebut beliau diziarahi oleh Baginda SAW ketika sedang sakit dan berkata beliau akan mewasiatkan semua hartanya pada jalan Allah. Baginda menjawab “Jangan”. Separuh? Baginda menjawab: “Jangan”. Satu pertiga? Baginda menjawab: “Boleh tetapi itupun dikira sudah banyak.” (Riwayat Bukhari)

Ada juga berwasiat, tetapi dengan cara tidak adil sehingga mengetepikan keluarga tidak sebulu dengannya. Inilah antara perkara dilarang Islam. Sabda Baginda SAW: “Takutlah kamu kepada Allah SWT dan berlaku adillah dengan anak-anak kamu”. (Al-Hadith).

Syeikh Abdul Rahman As-Sa’di pernah menyebut: “Antara perkara paling keji dan mungkar adalah apabila seseorang ingin membahagikan harta mengikut hawa nafsunya. Ia adalah daripada dosa besar yang diharamkan. Ini adalah antara kezaliman dilakukan sesama manusia.”

Ingatlah meninggalkan hukum Allah dalam kehidupan ini adalah satu dosa besar yang dilaknat Allah SWT. Firman Allah SWT: “Apakah mereka meyakini selain dari hukum Allah? Hukum siapakah yang lebih baik dari Allah?”. (Surah al-Maidah ayat 50).

Islam meletakkan pembahagian secara adil untuk mengimbangi kehidupan manusia dalam pembahagian harta pusaka. Lahirnya ilmu faraid dalam Islam agar kita tahu siapakah pemilik harta sebenar (Ashabul Furudz) selepas kematian seseorang. Ayat di dalam al-Quran dalam surah an-Nisa sudah cukup untuk menjelaskan bahawa segala-galanya ditetapkan oleh Allah SWT untuk dijadikan panduan.

Apakah mereka meyakini selain dari hukum Allah? Hukum siapakah yang lebih baik dari Allah. - Surah al-Maidah, Ayat 50