COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Showing posts with label tuntutan agama islam. Show all posts
Showing posts with label tuntutan agama islam. Show all posts

Tuesday, December 10, 2013

FARAID: Ilmu dan Hukum Yang Terpinggir

[JANGAN AMBIL MUDAH]
FARAID: ILMU & HUKUM YANG TERPINGGIR & DIPINGGIRKAN OLEH UMAT ISLAM SENDIRI..
Sikap Ambil Mudah menyebabkan ramai umat Islam tidak melakukan perancangan dan persiapan sebagaimana dituntut oleh Allah dan Rasul sehingga berlaku pelbagai isu yang kritikal seperti harta beku berbillion ringgit, persengketaan waris, memakan harta anak yatim (mungkin juga telah bernilai berbillion ringgit), apatah lagi hukum faraid tidak dapat dilaksanakan akibat harta terbeku kerana tidak dapat diuruskan.
Ini satu kenyataan yang tidak boleh disangkal lagi!!
Baca selanjutnya dengan klik link Di SINI !!!

Sunday, December 1, 2013

DOKUMEN WASIAT KOMPREHENSIF

('Wasi', 'Wisoyah' & 'Wasiyyah')
Solusi Pentadbiran Harta Pusaka Anda



tuliswasiatarb

KHIDMAT PENYEDIAAN DOKUMEN WASIAT AMANAHRAYA
Dokumen Wasiat yang disediakan oleh WarisanMUKMIN adalah Dokumen Wasiat AmanahRaya iaitu dokumen yang ditulis oleh pihak AmanahRaya sendiri. Terdapat dua jenis atau kategori penyediaan Dokumen Wasiat AmanahRaya iaitu Dokumen Wasiat untuk orang Islam dan Dokumen Wasiat untuk orang Bukan Islam.
Pada dasarnya, Dokumen Wasiat AmanahRaya yang disediakan bagi kedua-dua kategori tersebut samada Dokumen Wasiat Islam atau Dokumen Wasiat Bukan Islam ialah DOKUMEN WASIAT KOMPREHENSIF @ DOKUMEN WASIAT LENGKAP sahaja, yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting dalam urusan pentadbiran harta pusaka selepas kematian, iaitu:
BAGI ORANG ISLAM:
  • Wasi - Perlantikan Pemegang Amanah (yang akan bertindak sebagai Pentadbir apabila berlaku kematian Pewasiat).
  • Wisoyah – Kenyataan Bertulis dalam bentuk ‘Pernyataan Amanah’ yang ingin dimaklumkan kepada Wasi untuk dilaksana dan diuruskan selepas kematian Pewasiat, sama ada ianya berkaitan harta benda mahu pun bukan harta (wasiat kata-kata berbentuk hasrat, nasihat dan amanah), termasuk deklarasi penyenaraian harta, hutang, waris, harta sepencarian dan sebagainya).
  • Wasiyyah - Pemberian atau pengagihan harta selepas kematian Pewasiat. Wasiyyah yang ditulis oleh Pewasiat beragama Islam tidak tertakluk kepada Akta Wasiat 1959 (Akta 346), tetapi ianya adalah tertakluk kepada hukum syari’ah ke atas ‘wasiyyah’ di antaranya, pemberian itu hendaklah:
    1. Kepada bukan waris (iaitu mereka yang tidak layak mendapat bahagian faraid) seperti anak angkat, waris terlindung dll.
    2. Tidak melebihi 1/3 daripada baki harta selepas belanja pengurusan jenazah, hutang-hutang & harta sepencarian.
    3. Hukum-hukum syari’ah lain yang berkaitan.
BAGI ORANG BUKAN ISLAM
  • Pemegang Amanah - Perlantikan Pemegang Amanah (yang akan bertindak sebagai Pentadbir apabila berlaku kematian Pewasiat).
  • Pernyataan Amanah - Kenyatan Bertulis dalam bentuk ‘Pernyataan Amanah’ yang ingin dimaklumkan kepada Pemegang Amanah untuk dilaksana dan diuruskan selepas kematian Pewasiat, sama ada ianya berkaitan harta benda mahu pun bukan harta (wasiat kata-kata berbentuk hasrat, nasihat dan amanah), termasuk deklarasi penyenaraian harta, hutang, waris dan sebagainya).
  • Wasiat - Pemberian atau pengagihan harta selepas kematian Pewasiat, di mana Pewasiat berhak menentukan siapa dan sebanyak mana yang ingin diberikan selepas kematiannya. Wasiat yang ditulis oleh Pewasiat Bukan Islam adalah tertakluk kepada Akta Wasiat 1959 (Akta 346).
Bagaimana pun, oleh kerana orang ramai pada kebiasaannya perlu mengambil masa yang agak lama khususnya untuk melengkapkan komponen kedua dan ketiga iaitu Wisoyah atau Pernyataan Amanah (seperti untuk menyenarai dan melengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan di dalam penyediaan wasiat yang komprehensif) serta Wasiyyah atau Wasiat, sehingga dikhuatiri mereka tidak sempat untuk menyiapkannya sebelum ajal (malang tidak berbau), maka adalah digalakkan orang ramai menyediakan Wasiat Asas terlebih dahulu.

DOKUMEN WASIAT ASAS

Apakah yang dimaksudkan dengan Dokumen Wasiat Asas?
Dokumen Wasiat Asas ini ialah satu dokumen untuk melantik Wasi atau Pemegang Amanah yang akan bertindak sebagai Pentadbir apabila berlaku kematian Pewasiat.
Kandungan:
  • Perlantikan AmanahRaya sebagai Wasi atau Pemegang Amanah
  • Tugas dan Tanggungjawab Umum Sebagai Wasi atau Pemegang Amanah
Kepentingan & Manfaat:
  • Melantik Wasi atau Pemegang Amanah yang amanah, dipercayai dan berkemahiran merupakan tindakan yang paling asas dalam pengurusan selepas kematian khususnya dalam pentadbiran harta pusaka supaya Wasi atau Pemegang Amanah yang dilantik ini dapat mengambil tanggungjawab menjalankan proses pentadbiran harta pusaka selepas berlaku kematian pewasiat nanti.
  • Mengelak daripada berlakunya pentadbir yang tidak amanah daripada menguruskan harta pusaka simati.
  • Mengelak perebutan sebagai penjaga kepada anak-anak bawah umur dan menjamin supaya tidak berlakunya keadaan ‘memakan harta anak yatim’ oleh penjaga yang tidak amanah.
  • Secara umumnya, dengan perlantikan Wasi atau Pemegang Amanah yang benar-benar amanah, tidak berkepentingan serta berilmu dan berkemahiran, maka sebahagian daripada masalah pentadbiran pusaka selepas kematian Pewasiat dapat diselesaikan.
  • PERINGATAN! Adalah penting untuk diingatkan bahawa Dokumen Asas perlantikan Wasi atau Pemegang Amanah ini disediakan adalah untuk sementara sahaja sebelum anda dapat melengkapkan Dokumen Komprehensif anda. Anda sangat-sangat disarankan untuk BERSEGERA untuk melengkap dokumen anda kepada DOKUMEN WASIAT KOMPREHENSIF bagi mendapat perlindungan terbaik!

DOKUMEN WASIAT KOMPREHENSIF
Apakah yang dimaksudkan dengan Dokumen Wasiat Komprehensif?

Dokumen Wasiat Komprehensif ialah satu dokumen pengurusan harta pusaka yang lengkap merangkumi ketiga-tiga komponen penting dalam urusan pentadbiran harta pusaka selepas kematian, iaitu:
  • Wasi atau Pemegang Amanah - penting dari segi PIHAK yang akan MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB MELAKSANAKAN urusan pentadbiran pusaka simati dengan penuh amanah dan mengikut lunas-lunas agama dan undang-undang negara.
  • Wisoyah atau Pernyataan Amanah – penting dari segi URUSAN PENTADBIRANkhususnya pengurusan harta pusaka supaya dapat diurustadbir dengan lebih mudah, lancar dan licin serta memastikan apa yang diinginkan dan dihasratkan dapat disampaikan dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
  • Wasiyyah atau Wasiat - penting dari segi URUSAN PEMBERIAN & PENGAGIHAN HARTAdapat dilaksanakan sepertimana yang dikehendaki tertakluk kepada hukum-hakam agama dan undang-undang negara.
Kandungan:
(1) WASI atau PEMEGANG AMANAH
  • Perlantikan AmanahRaya sebagai Wasi atau Pemegang Amanah
  • Tugas dan Tanggungjawab Umum Sebagai Wasi atau Pemegang Amanah
(2) WISOYAH atau PERNYATAAN AMANAH
  • Perlantikan Penjaga Bagi Anak-Anak Bawah Umur 18 Tahun
  • Senarai Waris Yang Sah dan Layak serta Bahagian Faraid Mereka
  • Senarai Lengkap Aset/Harta, Pemiutang dan Liabiliti (melicinkan urusan hutang-piutang)
  • Pengisytiharan Harta Sepencarian
  • Wasiat Kata-Kata mengenai Iman & Akidah, nasihat, hasrat, amanah dan sebagainya
  • Klausa-Klausa Lain Mengikut Keperluan Pewasiat
  • NOTA: Konsep ‘Wisoyah’ atau ‘Pernyataan Amanah’ ini sangat luas pengertiannya, bukan sahaja berkaitan harta benda tetapi lebih daripada itu. Dalam ertikata lain, apa sahaja yang ingin disampaikan atau pun diamanahkan kepada Wasi/Pemegang Amanah untuk dilaksanakan atau diuruskan, selagi tidak melanggar syarak.
(3) WASIYYAH atau WASIAT
  • Wasiyyah bagi orang Islam: Pemberian harta selepas kematian (tertakluk kepada syariat Islam)
  • Wasiat bagi orang bukan Islam: Pemberian kepada orang yang dinamakan (tertakluk kepada Akta Wasiat 1959)
Kepentingan & Manfaat:
  • Mendapat manfaat sepertimana terkandung dalam Dokumen Wasiat Asas
  • Memudahkan Wasi atau Pemegang Amanah mentadbir dan menguruskan harta pusaka yang telah lengkap dan sempurna disenaraikan
  • Menjamin segala hutang-piutang diuruskan (mengutip dan melunaskan  hutang) oleh Wasi atau Pemegang Amanah
  • Bagi orang Islam, pelunasan hutang selepas kematian sangat-sangat dituntut dan ditekankan agar dapat menjamin segala hutang (agama dan manusia) dilunaskan oleh Wasi (bagi menghindar roh terpenjara di kubur – rujuk hadis Rasulullah)
  • Menjamin hasrat pembahagian harta (tidak melebihi 1/3) untuk bukan waris atau tujuan amal jariah ditunaikan
  • Menjamin pembahagian hukum Faraid ke atas ahli-ahli waris dapat dilaksanakan dengan cepat, tepat dan sempurna
  • Dapat menyampaikan apa sahaja hasrat, nasihat dan amanat yang dinyatakan secara bertulis yang dapat disampaikan secara jelas dan terang selepas kematian Pewasiat
Klausa Pengisytiharan Harta Sepencarian:
  • Mempercepat proses mendapatkan hak harta sepencarian
  • Menjamin hak harta sepencarian pasangan diperolehi sepertimana dikehendaki dalam pengisytiharan
  • Menjamin pasangan mempunyai harta yang mencukupi bagi meneruskan kehidupan dan menguruskan anak-anak
  • Mengelak pasangan daripada turun-naik mahkamah bagi membuktikan sumbangannya dalam menghasilkan harta bersama
  • Sangat-sangat diperlukan lebih-lebih lagi bagi manfaat isteri yang tidak bekerja (suri rumah)

KOS PENGURUSAN WASIAT

KOS PENULISAN WASIAT
  • Wasiat Islam – RM350.00
  • Wasiat Bukan Islam – RM350.00
KOS PINDAAN
Bagi kedua-dua Wasiat Islam atau Wasiat Bukan Islam:
  • Pindaan Pertama dan Kedua – PERCUMA
  • Pindaan Ketiga – RM50.00
  • Pindaan Keempat dan Seterusnya – RM25.00
KOS PENYIMPANAN WASIAT
  • PERCUMA
Nota: Kos-kos ini merupakan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan wasiat yang disediakan oleh syarikat-syarikat swasta lain yang terdapat di pasaran.

BERTINDAK SEKARANG!

MILIKI DOKUMEN WASIAT KOMPREHENSIF ANDA

 SEKARANG!
tuliswasiatarbharga-wasiatarb

                BUAT PERMOHONAN DI SINI !
BUAT

Saturday, November 9, 2013

TAHUKAH ANDA? SENARIO PENGURUSAN HARTA PUSAKA DI MALAYSIA MASAKINI

Pengurusan harta pusaka di kalangan umat Islam di Malaysia masakini
SEMAKIN JAUH KEBELAKANG dan
SEMAKIN MEMBIMBANGKAN
berbanding dengan apa yang dituntut dalam agama!

Isu-isu berbangkit berkaitan Pengurusan Harta Pusaka seperti BERBILION HARTA BEKU, HARTA YANG TIDAK DAPAT DIBANGUNKAN, PERTELINGKAHAN WARIS, HUTANG TIDAK BERBAYAR serta HUKUM FARAID YANG TIDAK DILAKSANAKAN ialah di antara isu yang melanda umat Melayu dan Islam SEHINGGA KE HARI INI!

HARUS DIINGAT, isu ini telah BERLANJUTAN SEJAK BERPULUH-PULUH TAHUN YANG LALU dan telah melalui dari Satu Generasi ke Satu Generasi SEHINGGALAH KE HARI INI!

Sedangkan dalam Islam, yang DISEBUT DI DALAM AL-QURAN DAN HADITH NABI, SECARA JELAS DAN TERPERINCI BAGAIMANA UMAT ISLAM SEHARUSNYA BERTINDAK & BERAMAL dalam menguruskan Pentadbiran Harta Pusaka Ini!

Dalam hal ini, Islam mempunyai pelbagai instrumen yang sudah cukup lengkap dan terperinci seperti FARAID, WASIYYAH, WISOYAH, HIBAH, AMANAH, WAKAF, HARTA SEPENCARIAN dan banyak lagi instrumen muamalah yang boleh digunakan, namun APA SUDAH JADI? Semuanya sebab SIKAP orang kita yang SUKA AMBIL MUDAH dan MALAS NAK BELAJAR walaupun dalam ILMU-ILMU YANG SEBEGINI PENTING!

APA TINDAKAN KITA? Bilakah perkara ini dapat dihentikan?

Ya.. Selagi kita, khususnya Orang-Orang Melayu dan Islam mengambil SIKAP SAMBIL LEWA dan AMBIL MUDAH atau TAK AMBIL KESAH dalam soal-soal perancangan seperti ini dan TIDAK MENGUBAH SIKAP UNTUK BERTINDAK, SELAGI ITULAH ISU-ISU INI AKAN BERTERUSAN TANPA HENTI MALAH SEMAKIN BERTAMBAH BURUK!

JOM! BERSAMA WARISAN MUKMIN…
KALI INI KITA UBAH SIKAP!


Bertindak sekarang >>> dapatkan maklumat di  http://goo.gl/2DKM2F

Thursday, October 31, 2013

Wasiat Dalam Islam

Mari ikuti intipati yang meletakkan perlunya kita membuat wasiat.

Dari ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَا حَقُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ لَهُ شَيْءٌ يُوصِي فِيهِ يَبِيتُ لَيْلَتَيْنِ إِلَّا وَوَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَهُ
“Tidaklah seseorang mewasiatkan suatu hak untuk seorang muslim, lalu wasiatnya belum ditunaikan hingga dua malam, kecuali wasiatnya itu diwajibkan di sisinya”. (HR. Al-Bukhari no. 2738 dan Muslim no. 1627)

Dari Sa’ad bin Abi Waqqash radhiallahu ‘anhu dia berkata:
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أُوصِي بِمَالِي كُلِّهِ قَالَ لَا قُلْتُ فَالشَّطْرُ قَالَ لَا قُلْتُ الثُّلُثُ قَالَ فَالثُّلُثُ وَالثُّلُثُ كَثِيرٌ إِنَّكَ أَنْ تَدَعَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَدَعَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ فِي أَيْدِيهِمْ

“Aku berkata, “Wahai Rasulullah, aku mau berwasiat untuk menyerahkan seluruh hartaku (kepada putrid tunggalku, pent.)”. Beliau bersabda, “Tidak boleh”. Aku berkata, “Kalau setengahnya?” Beliau bersabda, “Tidak boleh”. Aku berkata, “Kalau sepertiganya?” Beliau bersabda: “Ia sepertiganya dan sepertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan miskin lalu mengemis kepada manusia dengan menengadahkan tangan-tangan mereka.” (HR. Al-Bukhari no. 2742 dan Muslim no. 1628)
Abu Umamah Al Bahili radhiallahu anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda pada saat khutbah haji wada’:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَعْطَى كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ فَلَا وَصِيَّةَ لِوَارِثٍ
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memberi masing-masing orang haknya, karenanya tidak ada wasiat bagi ahli waris.” (HR. Abu Daud no. 3565, At-Tirmizi no. 2120, Ibnu Majah no. 2704, dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Irwa` Al-Ghalil no. 1655)
Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha bahwa ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أُمِّي افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا وَأَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ فَهَلْ لَهَا أَجْرٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ
“Ibuku meninggal dunia secara mendadak, dan aku menduga seandainya dia sempat berbicara maka dia akan bersedekah. Apakah dia akan memperoleh pahala jika aku bersedekah untuknya (atas namanya)?”. Beliau menjawab, “Ya”. (HR. Al-Bukhari no. 2960 dan Muslim no. 1004)

Penjelasan ringkas:

Terkadang seorang mempunyai kewajiban yang wajib dia tunaikan kepada orang lain, sementara dia tidak tahu bila dia akan meninggal. Karenanya Rasulullah shallallahu alaihi wasallam memerintahkan untuk menuliskan wasiat dan memberikan batasan-batasan yang harus diperhatikan oleh setiap orang yang berwasiat.

Di antaranya:

1.    Wasiat paling banyak hanya dengan 1/3 harta, tidak boleh lebih dari itu.
2.    Keluarga yang mendapatkan warisan tidak berhak mendapatkan wasiat.
3.    Boleh menyedekahkan sebagian harta orang yang telah meninggal atas namanya (mayit) walaupun si mayit tidak mewasiatkan untuk itu.

Setelah mencirikan apa perlunya kita membuat wasiat,adakah kita sudah melaksanakan tuntutan tersebut. Dimana letaknya kita sebagai seorang Islam dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Marilah kita sama-sama mulakan langkah pertama. Mulai dari saat ini kita pakat-pakat membudayakan penulisan wasiat tanpa ragu-ragu.

Wednesday, October 16, 2013

Apa itu MukminNetwork?

Mukmin Network
http://tinyurl.com/ktjsb5k







Blog Sahabat Muamalat ANDA serta MukminNetwork.com sebagai satu usaha untuk mengimarah dan menyemarakkan muamalah Islam.Portal ini merupakan satu portal komuniti dan kerjaya didalam muamalah Islam.

Mengambil inisiatif untuk mempelopori usaha untuk mengintegrasikan perkhidmatan dan produk-produk kewangan Islam dalam satu pakej lengkap dan bersepadu melalui Model Muamalat 4P bagi meningkatkan keberkesanan dan pulangan terhadap aktiviti-aktiviti muamalat yang dilaksanakan.


Juga disediakan perkhidmatan Haji dan Umrah( rujuk muka surat ).

Kamijuga menyediakan Pelan-pelan Ilmu dan Pendidikan serta Telekomunikasi.

Islam,Bisnes dan Internet Marketing adalah merupakan katakunci kegiatan MukminNetwork yang dijangka dapat memertabatkan muamalah Islam.

InsyaAllah!

Berminat menyertai kami? 
Maklumat selanjutnya silalah layari http://mukminnetwork.com/27 atau hubungi kami di:- 
( En.Roslan )H/P +6016-4125989 / +6013-5106010 atau fax ke : +604-3972792 

Jangan lepas peluang keemasan ini, KLIK LINK INI SEKARANG!


Tuesday, February 21, 2012

SALAM Pertemuan

TIADA HARI TANPA WASIAT.
Jika ANDA berhajat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim serta ingin memiliki WASIAT AMANAH RAYA (Wasiat-ARB). Sila hubungi saya di 016-4125989 dengan SMS kan Nama,Alamat, supaya borang penyertaan serta info wasiat dapat di hantarkan.

Disamping itu juga, sekira nya ANDA ingin mendapatkan perkiraan pembahagian pusaka melalui perkiraan FARAID boleh juga membuat permohonan. Perkiraan Faraid berkenaan merupakan suatu rujukan kepada pembahagian pusaka yang amat dituntut oleh Islam.
Ayuh, sama-sama kita laksanakan dan pikul tuntutan ini.