Demi masa sesungguhnya manusia itu rugi............
Sudah sempurnakah urusan harta pusaka kalian? Bertanya pula?
Masalah berat ni! [ bagi mereka yang mengetahui tuntutan Agama ].
Jika se andainya tidak di uruskan kut-kut termakanlah secara batil, tanpa kita sedari. Elakkan ianya berlaku semoga kita mendapat berkat di dunia serta di akhirat nanti. Hingga kini, lebih RM 66.6 billion [ Satu jumlah yang teramat-amat besar serta angka ini mungkin jauh meningkat! ] merupakan harta-harta pusaka si mati yang di bekukan akibat kematian pemilik harta tersebut dan juga waris-waris yang tidak menguruskan peninggalan itu.
Jangan sampai timbul fitnah harta!
Aset-aset si mati terdiri daripada harta alih [ cth; KWSP, SOCSO, Tabung Haji,Simpanan di dalam Bank-bank dll. ] sementara harta tak alih [ cth: Rumah, Tanah, Sawah, Kebun, Ladang, Perniagaan dll. ] sebelum saatnya kita tidak berupaya [ sebelum datang 5 perkara ] mengurusknya oleh dek kerana sesuatu sebab tertentu maka, uruskanlah dengan kadar segera!
Walaupun, esok sajalah.......esok masih ada..........belum tentu kita berkesempatan!
Sesuai dengan peredaran masa serta usia...jom kita anjak paradigma semoga apa yang kita tinggal untuk waris-waris dapat di manfaatkan secara telus serta ikhlas serta mendapat rahmat Allah SWT.
InsyaAllah, kita mampu berubah!
Pertanyaan >>> efaraid2u@elitemail.org
Maklumat selanjutnya silalah layari http://warisanmukmin.com/?ref=9 atau hubungi kami di : ( En.Roslan ) H/P +6016-4125989 / +6013-5106010 atau fax ke : +604-3972792 PENYERTAAN ANDA AMAT KAMI ALU-ALUKAN! KAMI BERSEDIA MEMBERI PERKHIDMATAN YANG TERBAIK!
Showing posts with label isu harta pusaka. Show all posts

Friday, February 20, 2015
Wednesday, October 15, 2014
KAEDAH PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ISLAM (HUKUM FARAID)
Kaedah untuk melakukan pembahagian pusaka Islam ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.
1. Ashabul-Furud
Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.
2. Asabah
Asabah merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan Ashabul-Furud mendapat bahagian masing-masing seperti yang telah ditetapkan. Terdapat 3 jenis asabah iaitu:
(a) Asabah Binafsih
Pembahagian pusaka secara menghabisi semua harta, atau mengambil semua baki untuk waris-waris lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.
(b) Asabah Bil Ghoir
Pembahagian pusaka secara menghabisi semua harta, atau mengambil semua baki untuk waris-waris perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.
(c) Asabah Maal Ghoir
Pembahagian pusaka secara menghabisi semua harta, atau mengambil semua baki untuk waris-waris perempuan sebab beserta waris perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).
3. Dzawil-Arham
Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan Dzawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.
(a) Hijab Nuqson
Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.
(b) Hijab Hirman
Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya, saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.
Baca selanjutnya di warisanmukmin.com/?ref=9

Saturday, September 6, 2014
Jangan Ambil Mudah Isu Harta Pusaka
Pengurusan harta pusaka di kalangan umat Islam di Malaysia masakini
SEMAKIN JAUH KEBELAKANG dan
SEMAKIN MEMBIMBANGKAN
berbanding dengan apa yang dituntut dalam agama!

Isu-isu berbangkit berkaitan Pengurusan Harta Pusaka seperti BERBILION HARTA BEKU, HARTA YANG TIDAK DAPAT DIBANGUNKAN, PERTELINGKAHAN WARIS, HUTANG TIDAK BERBAYAR serta HUKUM FARAID YANG TIDAK DILAKSANAKAN ialah di antara isu yang melanda umat Melayu dan Islam SEHINGGA KE HARI INI!
HARUS DIINGAT, isu ini telah BERLANJUTAN SEJAK BERPULUH-PULUH TAHUN YANG LALU dan telah melalui dari Satu Generasi ke Satu Generasi SEHINGGALAH KE HARI INI!
Sedangkan dalam Islam, yang DISEBUT DI DALAM AL-QURAN DAN HADITH NABI, SECARA JELAS DAN TERPERINCI BAGAIMANA UMAT ISLAM SEHARUSNYA BERTINDAK & BERAMAL dalam menguruskan Pentadbiran Harta Pusaka Ini!
Dalam hal ini, Islam mempunyai pelbagai instrumen yang sudah cukup lengkap dan terperinci seperti FARAID,WASIYYAH, WISOYAH, HIBAH, AMANAH, WAKAF, HARTA SEPENCARIAN dan banyak lagi instrumen muamalah yang boleh digunakan, namun APA SUDAH JADI? Semuanya sebab SIKAP orang kita yang SUKA AMBIL MUDAH dan MALAS NAK BELAJAR walaupun dalam ILMU-ILMU YANG SEBEGINI PENTING!
APA TINDAKAN KITA? Bilakah perkara ini dapat dihentikan?
Ya.. Selagi kita, khususnya Orang-Orang Melayu dan Islam mengambil SIKAP SAMBIL LEWA dan AMBIL MUDAH atau TAK AMBIL KESAH dalam soal-soal perancangan seperti ini dan TIDAK MENGUBAH SIKAP UNTUK BERTINDAK, SELAGI ITULAH ISU-ISU INI AKAN BERTERUSAN TANPA HENTI MALAH SEMAKINBERTAMBAH BURUK!
JOM! BERSAMA WARISAN MUKMIN…
KALI INI KITA UBAH SIKAP!
KALI INI KITA UBAH SIKAP!
klik >>>goo.gl/1i1oDA
Subscribe to:
Posts (Atom)