COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Tuesday, October 28, 2014

JANGAN AMBIL MUDAH

Jangan Ambil Mudah Isu Harta Pusaka.

JANGAN AMBIL MUDAH!


Pengurusan harta pusaka di kalangan umat Islam di Malaysia masakini
SEMAKIN JAUH KEBELAKANG dan
SEMAKIN MEMBIMBANGKAN
berbanding dengan apa yang dituntut dalam agama!


Isu-isu berbangkit berkaitan Pengurusan Harta Pusaka seperti BERBILION HARTA BEKU, HARTA YANG TIDAK DAPAT DIBANGUNKAN, PERTELINGKAHAN WARIS, HUTANG TIDAK BERBAYAR serta HUKUM FARAID YANG TIDAK DILAKSANAKAN ialah di antara isu yang melanda umat Melayu dan Islam SEHINGGA KE HARI INI!


HARUS DIINGAT, isu ini telah BERLANJUTAN SEJAK BERPULUH-PULUH TAHUN YANG LALU dan telah melalui dari Satu Generasi ke Satu Generasi SEHINGGALAH KE HARI INI!
http://tinyurl.com/p3mq6v9


Tuesday, October 21, 2014

PENTADBIRAN HARTA PUSAKA TANPA WASIAT


Mungkin ada yang bertanya, apa perbezaan di antara ‘Pentadbiran Harta Pusaka Tanpa Wasiat’ dengan ‘Pentadbiran Harta Pusaka Dengan Wasiat’?

Apabila berlaku kematian, pelbagai aktiviti terhenti secara tiba-tiba, antaranya pembekuan akaun-akaun di bank, unit amanah saham, saham-saham syarikat, perlindungan insuran, takaful, Tabung Haji, urusan hartanah tergendala, penjualan kereta tidak boleh dilakukan, termasuk timbulnya persoalan bila pengeluaran KWSP boleh dilakukan.

Hanya apabila Surat Kuasa (Letter of Administration) diperolehi daripada badan-badan tertentu, barulah proses pembahagian asset dapat dilakukan. Untuk mendapat Surat Kuasa tadi, ia adalah satu proses yang rumit dan memakan masa yang agak lama (antara 1 – 2 tahun). Ini tidak termasuk masa untuk pembahagian yang bergantung kepada bentuk harta (antara 1 – 15 tahun lagi). Sekiranya tiada wasiat, proses permohonan dan pembahagian membawa kepada pelbagai akibat dan boleh menggendalakan pelbagai urusan waris yang hidup.

Di Malaysia, tempat permohonan untuk mendapat Surat Kuasa bergantung kepada bentuk dan jumlah aset simati iaitu:

Amanah Raya Berhad: Untuk jumlah aset yang kurang dari RM600,000 DAN bentuk aset simati sama sekali tiada mengandungi hartanah (Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad 1995); atau

Pejabat Tanah Bahagian Pusaka Kecil: Untuk jumlah aset yang kurang dari RM600,000 dan aset simati mengandungi hartanah (Akta Pembahagian Harta Pusaka Kecil 1955); atau

Mahkamah Tinggi: Untuk semua bentuk aset di mana nilainya melebihi RM600,000 (Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980).

Mahkamah Syariah: Untuk orang Islam sahaja iaitu di mana Sijil Faraid dikeluarkan dahulu dan dikepilkan bersama semua permohonan di atas.

Di dalam proses meluluskan permohonan untuk mendapatkan Surat Kuasa kepada pentadbir aset simati, Mahkamah Tinggi akan meminta dikemukakan dua orang penjamin yang setiap seorang mempunyai nilai aset bersamaan dengan nilai aset simati. Setelah memperolehi Surat Kuasa, tugas pentadbir yang seterusnya ialah untuk mentadbir (jual aset sekiranya perlu) dan membahagikan aset-aset simati. Jumlah masa menguruskannya bergantung kepada bentuk harta dan kerjasama waris-waris.

Untuk orang bukan Islam, pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1959 di mana telah ditentukan menurut undang-undang sivil. Bagi orang Islam, pembahagian adalah mengikut hukum syarak iaitu menurut hukum Faraid, tetapi sekiranya semua waris yang layak bersepakat atau bermuafakat maka pembahagian boleh mengikut persetujuan bersama.


Rajah Pusaka

Wednesday, October 15, 2014

KAEDAH PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ISLAM (HUKUM FARAID)

Kaedah untuk melakukan pembahagian pusaka Islam ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.



1. Ashabul-Furud

Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

2. Asabah

Asabah merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan Ashabul-Furud mendapat bahagian masing-masing seperti yang telah ditetapkan. Terdapat 3 jenis asabah iaitu:

(a) Asabah Binafsih

Pembahagian pusaka secara menghabisi semua harta, atau mengambil semua baki untuk waris-waris lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.

(b) Asabah Bil Ghoir

Pembahagian pusaka secara menghabisi semua harta, atau mengambil semua baki untuk waris-waris perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.

(c) Asabah Maal Ghoir

Pembahagian pusaka secara menghabisi semua harta, atau mengambil semua baki untuk waris-waris perempuan sebab beserta waris perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung  dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).

3. Dzawil-Arham

Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan Dzawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit  (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.

(a) Hijab Nuqson

Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.

(b) Hijab Hirman

Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya, saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.

Baca selanjutnya di warisanmukmin.com/?ref=9

Friday, October 10, 2014

MEMBINA KERJAYA SEBAGAI PERUNDING HARTA PUSAKA BERTAULIAH AMANAHRAYA

Nota#1 (perkhidmatan yang sangat diperlukan untuk mereka dalam bidang perancangan kewangan
seperti perunding takaful dan unit amanah bagi melengkapkan perkhidmatan mereka)

Nota#2 (Latihan akan diberi oleh pihak Amanah Raya dan Warisan Mukmin, Ejen Korporat AmanahRaya)























ANDA ingin membina kerjaya profesional sebagai Perunding Harta Pusaka dan memberi khidmat perundingan dalam bidang Harta Pusaka, Wasiat, Hibah, Amanah dan Faraid? Anda ingin menjadi perunding profesional yang diiktiraf AmanahRaya sebagai badan tertinggi kerajaan dalam bidang ini?
Bagaimana caranya nak jadi Perunding Bertauliah AmanahRaya?
Anda hanya perlu berdaftar sebagai Perunding Harta Pusaka, Wasiat & Hibah Warisan MUKMIN (Ejen Korporat AmanahRaya) melalui Mukmin Network, dan nama anda akan dikemukakan kepada AmanahRaya untuk pengiktirafan sebagai Perunding Harta Pusaka, Wasiat & Hibah AmanahRaya dan anda akan diberi Kod Ejen AmanahRaya sebagai lesen untuk berurusniaga. Kursus dan latihan akan diberi oleh pihak Warisan MUKMIN dan Amanah Raya.
Apakah kategori Perunding yang ada?

Terdapat 4 kategori Perunding Wasiat & Hibah Warisan MUKMIN iaitu:
(1) Perunding Eksekutif (PE)
(2) Pengurus Kumpulan (PK)
(3) Wakil (WL)
(4) Rakan Bersekutu (RB)
BAGAIMANA UNTUK MENJADI PERUNDING HARTA PUSAKA, WASIAT & HIBAH WARISAN MUKMIN?





Dapatkan maklumat di http://warisanmukmin.com/perunding-harta-pusaka-wasiat-hibah/?ref=9 atau e-mail ke efaraid2u@elitemail.org [ Pertanyaan ]

Thursday, October 2, 2014

CIRI-CIRI WASIAT ISLAM

Terdapat beberapa ciri dan prinsip wasiat Islam yang perlu dipatuhi:

1. Harta yang hendak diwasiatkan mestilah tidak lebih daripada sepertiga (1/3) daripada harta pusaka bersih kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris.

2. Penerimanya hendaklah bukan waris iaitu mereka yang tiada hak faraid ke atas pusaka simati kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris yang lain.

3.  Jika penerima wasiat meninggal dunia semasa hayat pewasiat, maka wasiat tersebut adalah terbatal.

4. Jika penerima wasiat meninggal dunia selepas menerima wasiat dan selepas kematian pewasiat, maka haknya boleh diwarisi oleh waris penerima.

5. Selepas kematian pewasiat, perlu ditolak dahulu kos perbelanjaan pengkebumian dan pembayaran hutang simati.


6. Wasiat boleh ditarikbalik pada bila-bila masa kerana ia hanya berkuatkuasa selepas kematian pewasiat dan wasiat tersebut perlulah dibuat secara sukarela.


SIAPA PERLU BERWASIAT?

Semua individu yang berhasrat supaya hartanya dapat diagih dengan betul dan cepat, haruslah membuat dokumen wasiat, namun ianya amat wajar dilakukan oleh:

Mereka yang bimbang harta pusaka mereka ‘terbeku’ atau tidak dapat diuruskan dengan licin dan tidak menepati syariat
Mereka yang memiliki harta
Mereka yang mempunyai hutang (kepada ALLAH atau manusia) yang belum dijelaskan
Lelaki yang berpoligami
Ibu dan bapa tunggal
Mereka yang mempunyai anak angkat/anak tiri
Mereka yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun
Mereka yang menjalankan perniagaan
Mereka yang ingin membuat amal jariah melalui wasiat

APAKAH HARTA / TANGGUNGAN YANG MEMERLUKAN DOKUMEN WASIAT?


  • Rumah, Tanah, Kereta
  • Akaun Bank (akaun simpanan dan semasa)
  • Takaful, Insuran, KWSP, Tabung Haji, Akaun Saham Amanah
  • Saham syarikat persendirian dan tersenarai
  • Hutang-hutang agama (zakat, haji, nazar, fidyah, kifarah) yang belum ditunaikan
  • Hutang-hutang sesama manusia yang belum ditunaikan


APAKAH MASALAH & RISIKO TANPA WASIAT?

Pembekuan Harta

Kini sebanyak 1 juta kes harta pusaka dianggar bernilai RM38 bilion tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan akibat tiada perancangan harta dilakukan semasa hidup.

Tempoh Pengagihan Pusaka Yang Lama

Terdapat kes harta pusaka yang mengambil masa sehingga 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun atau 50 tahun untuk diselesaikan

Pentadbir Yang Tidak Amanah

Tanpa perlantikan Wasi yang berkredibiliti seperti ARB, harta pusaka akan terdedah kepada risiko ditadbir oleh pentadbir yang tidak amanah

Harta Sepencarian

Tuntutan harta sepencarian perlu dikemukakan di Mahkamah Syariah dan mengambil masa yang lama, malah mungkin tidak mendapat sepertimana yang diharapkan

Hutang Tidak Berbayar

Hutang yang ditanggung oleh si mati tidak dapat dibayar disebabkan pentadbir yang tidak amanah, atau harta yang ada tidak mencukupi untuk menanggung hutang, atau pentadbir/waris-waris tidak mengetahui hutang-piutang si mati, terutamanya hutang-hutang yang tidak bertulis.

Pertelingkahan Keluarga

Pertelingkahan dan perbalahan di kalangan ahli waris mudah berlaku sehingga menjejaskan hubungan silaturrahim sesama mereka.

JANGAN AMBIL MUDAH!

Rujukan >>> http://warisanmukmin.com/wasiat/?ref=9

Daftar PERCUMA >>> warisanmukmin.com/?ref=9