COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Friday, June 27, 2014

KEMELUT HARTA SEPENCARIAN

Rebutan harta sepencarian antara suami isteri yang bercerai semakin banyak dan menarik perhatian ramai. Ini boleh berlaku jika isu itu disebarluaskan oleh akhbar tempatan.

Dahulu kita tidak pernah pun mendengar kes mengenai tuntutan harta. Apa yang kita dengar bila berlaku perceraian ialah isteri dihalau sehelai sepinggang, tiada tempat tinggal dan anak-anak terbiar.

Namun hari ini dengan perubahan masa dan cara kehidupan, kes tuntutan harta sepencarian, harta pusaka dan sebagainya semakin bertambah.

Apakah dia harta sepencarian? Harta sepencarian adalah harta yang diperoleh dalam masa perkahwinan seorang suami dengan isterinya hasil daripada sumber-sumber atau usaha mereka bersama.

Harta sepencarian juga dikenali sebagai carian laki bini, pencarian, Gono-gina, hareuta sihreukat, harta Suarang dan lain-lain.

Sebenarnya di Malaysia harta sepencarian ini berasal daripada amalan adat dalam kalangan masyarakat Melayu iaitu adat Temenggung dan adat Perpatih.

Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan sebahagian kecil Melaka manakala adat Temenggung diamalkan di negeri-negeri selain dari negeri di atas.

Adat Temenggung mentakrif harta sepencarian sebagai harta yang diperoleh oleh kedua-dua suami dan isteri semasa perkahwinan. Seandainya perkahwinan itu telah mencapai usia tiga tahun dan pasangan telah mempunyai anak, maka harta sepencarian adalah harta yang pasangan peroleh atau miliki sebelum mereka berkahwin.

Mengikut prinsip asasnya, jika pasangan bercerai atau salah seorang daripada pasangan meninggal dunia maka kedua-dua pihak berhak mendapat bahagian di dalam harta sepencarian tersebut (dalam hal perceraian) atau pasangan yang masih hidup berhak mendapatkan harta sepencarian (dalam hal kematian).

Pembahagiannya pula adalah seperti berikut;

l Jika si suami yang menceraikan tanpa ada sebarang kesilapan di pihak isteri, si suami mestilah memberi nafkah selama tiga bulan dan semua harta perlu dibahagikan. Harta yang merupakan senjata atau alat perang diserahkan kepada suami. Dia juga akan menanggung apa-apa hutang atau cukai. Sementara semua perkakasan rumah dan tembaga akan diserahkan kepada isteri. Isteri juga akan mendapat rumah perkahwinan yang mereka diami serta tanah.

l Jika si isteri yang memohon cerai, isteri hanya akan memperoleh perceraian jika dia dapat membuktikan kesnya (fasakh) dan selepas perceraian, isteri perlu mengembalikan semua harta boleh alih kepada suaminya. Ini bermakna, mengikut adat Temenggung, isteri tidak boleh memohon cerai dan jika dia berbuat demikian, dia kehilangan hak harta boleh alih daripada suaminya.

Undang-undang adat Temenggung ini berbeza-beza dari satu negeri ke negeri yang lain. Contohnya di Perak, apabila perceraian berlaku, seorang isteri yang telah menyumbangkan usahanya mengerjakan tanah milik pasangan tersebut, adalah berhak ke atas separuh daripada tanah yang diperoleh ketika perkahwinan.

Sedangkan, jika dia tidak memberikan apa-apa sumbangan, dia tetap akan mendapat 1/3 daripada harta sepencarian.

Prinsip yang sama juga terpakai seandainya mana-mana pasangan meninggal dunia. Harta yang selebihnya akan diberikan kepada anak-anak atau ahli keluarga yang lain mengikut hukum faraid.

Hukum syarak

Islam menerima pemakaian apa-apa adat selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Jika dilihat kepada dua kes yang lama itu, jelas bahawa tuntutan harta sepencarian telah berlaku sebelum merdeka iaitu seawal 1919.

Ia bukan perkara baharu di Malaysia dan akhirnya hukum adat ini dikanunkan sebagai sebahagian daripada Undang-undang Islam yang ada di Malaysia.

Adat Perpatih juga turut memperuntukkan mengenai harta sepencarian. Namun begitu ia menggunakan prinsip yang agak berbeza. Menurut adat ini harta sepencarian perlu dibahagikan mengikut prinsip berikut: Carian Bahagi, Dapatan Tinggal, Pembawa Kembali, Suku Belah, Suarang Berage.

Maksudnya apa-apa harta yang diperoleh ketika berkahwin perlulah dibahagi di antara pasangan seandainya mereka bercerai. Jika mereka tiada anak dan suami mati maka harta itu akan menjadi milik isteri, prinsip yang sama juga terpakai jika isteri yang mati.

Tetapi jika mereka mempunyai anak, maka pembahagian yang akan dilakukan ke atas harta tersebut perlulah dibincangkan terlebih dahulu dengan semua benefisiari.

Di dalam adat ini juga harta sepencarian tidak termasuk apa-apa harta yang diperoleh oleh suami sebelum perkahwinan dan dibawa masuk ke dalam perkahwinan. Harta tersebut akan dipulangkan kepadanya semula jika bercerai dan jika mati kembali kepada sukunya. Prinsip yang sama juga diaplikasikan kepada isteri.

Pembahagiannya akan dilakukan setelah semua hutang dilangsaikan. Jumlahnya adalah sama rata di antara suami dan isteri walaupun mereka mempunyai anak ataupun isteri itu diceraikan kerana berzina.

Pengecualian kepada prinsip pembahagian ini adalah jika perceraian itu adalah cerai taklik. Dalam hal ini maka si isteri akan mendapat keseluruhan harta sepencarian.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131009/ba_01/Kemelut-harta-sepencarian#ixzz2hCw0NHdA
Sumber: Utusan Malaysia
Tarikh: 09/10/2013

Baca selanjut di sini

Monday, June 23, 2014

Wasiat Islam dan Kepentingannya Dalam Perancangan Harta Pusaka (Petikan Salam Muslim)

Rancangan Salam Muslim di Astro Oasis mengupas persoalan Wasiat dan kepentingannya dalam perancangan harta pusaka orang Islam.
Warisan Mukmin Sdn Bhd (WMSB) telah dipilih menjadi salah satu daripada panel untuk merungkai isu ini. WMSB yang telah ditubuhkan sejak 2005 bagi menangani isu-isu berkaitan pengurusan pewarisan Islam yang merangkumi bidang wasiat Islam, hibah, faraid, harta sepencarian, pemegang amanah dan pentadbiran harta pusaka.
SIAPAKAH WARISAN MUKMIN?
**************************************
Warisan MUKMIN Sdn Bhd (WMSB) menawarkan perkhidmatan dan produk-produk kewangan Islam dalam satu pakej lengkap dan bersepadu melalui Model Muamalat 4P bagi meningkatkan keberkesanan dan pulangan terhadap aktiviti-aktiviti muamalat yang dilaksanakan.
Model Muamalat 4P ini merangkumi 4 Pelan:
1. Pelan Pelaburan – Pelaburan Islam dalam Unit Amanah Islam.
2. Pelan Perlindungan – Perlindungan Takaful yang menepati prinsip-prinsip Syariah.
3. Pelan Penyucian – Penyucian harta dan jiwa melalui zakat, wakaf, infaq, haji dan umrah.
4. Pelan Pewarisan – Pekhidmatan penulisan wasiat, hibah, wakaf, perundingan faraid, pewarisan perniagaan, pengamanahan, penyelesaian harta pusaka dan pengiraan zakat sebelum pembahagian pusaka. Untuk tujuan ini, WMSB dilantik sebagai Agen Korporat kepada Amanah Raya Berhad dan MyANGKASA Amanah Berhad bagi menawarkan perkhidmatan berkaitan.

Website: http://WarisanMukmin.com/?ref=9
Talian Hotline: 03-5512 5886/0164125989
Alamat: No 10A Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/A
Seksyen 9, Shah Alam, Selangor

http://muamalah.tv/2014/04/24/wasiat-islam-dan-kepentingannya-dalam-perancangan-harta-pusaka-petikan-salam-muslim/

Monday, May 26, 2014

Pelajari lah Ilmu FARAID cara mudah melalui kaedah Az-Zaid

Faraid menurut syarak ialah bahagian yang ditetapkan oleh syarak kepada pewaris.

Manakala Ilmu Faraid dari segi syarak pula bermaksud pengetahuan mendalam mengenai harta pusaka serta ilmu matematik yang membolehkan kita mengetahui bahagian pusaka yang berhak diterima oleh orang-orang yang telah ditentukan syarak.

Menurut syariat Islam, hukum berkaitan pewarisan harta pusaka adalah wajib dilaksanakan menurut kaedah dan tatacara yang telah ditetapkan. Sebagai seorang Muslim, perkara ini suatu yang amat penting dan tidak boleh di pandang ringan. Apatah lagi, kebanyakan hukum-hukum berkaitan Faraid adalah disyariatkan menerusi Al-Quran.


Firman ALLAH SWT: Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibubapa dan kerabat. Dan orang-orang perempuan pula ada bahagian juga dari peninggalan ibubapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu mengikut bahagian yang telah ditetapkan (ALLAH). ( Surah An-Nisa’ : 7 )


MAKLUMAT KURSUS

 KURSUS FARAID KAEDAH AZ-ZAID (SECARA PRAKTIKAL) UNTUK PERUNDING MUAMALAT ISLAM
TERBUKA UNTUK SEMUA
* RAKAN & AHLI WARISAN MUKMIN AMAT DIGALAKKAN
TEMPAT :
DEWAN SEMINAR AZ-ZAID,
WARISAN MUKMIN SDN BHD
SEKSYEN 9, SHAH ALAM, SELANGOR
TARIKH :
Akan ditentukan
MASA :
8.00 pagi – 5.30 petang
YURAN PENYERTAAN KURSUS:
RM230.00
ATURCARA PROGRAM
8.00 am – 8.30 am
Pendaftaran Peserta
8.30 am – 10.30 am
Sesi 1: Prinsip Asas Ilmu Faraid Menurut Syariat Islam
10.30 am – 11.00 am
Minum Pagi
11.00 am – 12.30 am
Sesi 2: Asas Pengiraan Faraid Kaedah Az-Zaid
12.30 pm – 2.00 pm
Makan Tengah Hari dan Solat Zohor
2.00 pm – 3.30 pm
Sesi 3: Latihan Penyelesaian Masalah Faraid (I)
3.30 pm – 4.00 pm
Minum Petang
4.00 pm – 4.45 pm
Sesi 4: Latihan Penyelesaian Masalah Faraid (II)
4.45 pm – 5.15 pm
Solat Asar
5.15 pm – 5.45 pm
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil
5.45 pm
Tamat dan Bersurai
BAGAIMANA MENDAFTAR?
2 Cara Mendaftar:
Maklumkan kepada pegawai-pegawai kami melalui talian-talian berikut:
03-5512 5886; 03-5512 5887; 03-5511 6862
012-924 1160 (En Munim)
019-365 4161 (En Rosli)
Atau
PEMBAYARAN:
Bayaran hendaklah dibuat terlebih dahulu
selewat-lewatnya pada hari………
Cara bayaran:
SILA KLIK DI SINI


CEPAT MENDAFTAR, TEMPAT ADALAH TERHAD !

Wednesday, May 21, 2014

Khidmat Nasihat Dan Perkhidmatan

Sekiranya ANDA mempunyai sebarang masalah penyelesaian, kerumitan dari hal pentadbiran serta juga pengurusan harta pusaka, hubungilah pihak kami. Anda cuma perlu kemukakan butiran berkaitan harta pusaka tersebut serta nombor telefon yang boleh di hubungi. Segala butiran adalah rahsia.

Kami juga menyediakan perkhidmatan penulisan wasiat,hibah,harta sepencarian dan sebagainya.


Hubungi kami melalui telefon +60164125989 atau e-mail ke efaraid2u@elitemail.org

Sunday, May 18, 2014

TERBUKA KEPADA BUKAN ISLAM


ORANG bukan Islam juga mempunyai permasalahan yang hampir sama dengan tuntutan harta pusaka orang Islam sekiranya perancangan harta pusaka tidak dilakukan.

Wasiat seseorang bukan Islam hanya akan berkuat kuasa dengan kematiannya dan harta pusakanya akan diagihkan selepas itu, berasaskan undang-undang pengagihan (distribution laws).

Bagi orang Islam pula, mereka hanya boleh mewasiatkan 1/3 daripada harta mereka kepada mereka yang bukan waris faraid, manakala selebihnya iaitu 2/3 daripada harta mereka akan diagihkan melalui Hukum Faraid.

Di bawah undang-undang probet dan pentadbiran, waris perlu melantik peguam untuk membuat permohonan geran probet daripada mahkamah tinggi untuk harta yang berwasiat dan surat kuasa pentadbir dari mahkamah tinggi untuk harta alih dan/atau tidak alih berjumlah lebih RM2 juta, di mana proses ini mengambil masa yang agak lama.

Bagi harta kurang daripada RM2 juta di mana sebahagian atau kesemua harta pusaka merupakan harta tidak alih, waris perlu mendapat surat kuasa pentadbir daripada pejabat tanah.

Sebagai alternatif, untuk harta alih yang bernilai kurang daripada RM600,000 waris boleh juga mendapatkan perintah daripada Amanah Raya Berhad. Walau bagaimanapun, kedua-dua proses ini juga memakan masa yang agak lama.

Bagi menyelesaikan isu harta pusaka yang tidak dituntut, ASNB kini menawarkan kemudahan Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah kepada semua 11 juta pemegang unit bagi membantu mempercepatkan pengagihan harta pemegang unit dalam bentuk pelaburan dalam tabung-tabung unit amanah ASNB selepas kematian pemegang unit.

Kedua-dua Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah adalah berkuatkuasa dari tarikh surat ikatan Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah itu dimeterai. Berdasarkan surat ikatan Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah, pemegang unit masih boleh berurus niaga dan menerima faedah daripada pelaburan dalam tabung-tabung unit amanah ASNB semasa hayatnya.

Pengagihan pelaburan tersebut hanya akan dilaksanakan setelah tuntutan dibuat oleh penerima Hibah atau Pengisytiharan Amanah selepas kematian pemegang unit. Proses pengagihan tersebut boleh diselesaikan selapas 21 hari notis kematian pemegang unit diserahkan kepada ASNB.

Di bawah fasiliti-fasiliti ini, pemegang unit dalam kesemua tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB boleh menamakan sehingga 10 orang sebagai Penerima Hibah atau Pengisytiharan Amanah. Pemegang unit boleh membuat permohonan Hibah Amanah atau Pengisytiharan Amanah ini di mana-mana pejabat cawangan ASNB.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131112/ba_01/Terbuka-kepada-bukan-Islam#ixzz2kULsmwxL
Sumber: Utusan Malaysia
Tarikh: 12/11/2013