COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Showing posts with label tuntut ilmu faraid. Show all posts
Showing posts with label tuntut ilmu faraid. Show all posts

Monday, August 3, 2015

Info Mengenai Faraid

PENGERTIAN FARAID



Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan.
Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak (seperti  anak, isteri, suami, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris samada berbentuk agama (seperti zakat, nazar, dll) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.

HUKUM BERKENAAN FARAID

Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah. Pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaan Islam adalah suatu pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana ALLAH sebagai pencipta manusia mengetahui dimana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu.
Di dalam surah An-Nisa’ ayat 11-13 telah menerangkan tentang kaedah pembahagian Faraid dengan jelas, manakala dalam surah yang sama ayat yang ke-14 Allah telah mengecam manusia yang beriman sekiranya ingkar dengan perintah ALLAH ini.
Maksud surah An-Nisa’ (ayat 14):
“Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentutan-ketentuan-Nya, nescaya ALLAH akan memasukkannya kedalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan”.

Ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya umat Islam itu ingkar dengan ketentuan ALLAH, maka ALLAH akan melemparkannya ke dalam api neraka selama-lamanya. Ini menunjukkan bahawa suatu ancaman yang amat berat bagi mereka yang mengabaikan pelaksanaan hukum Faraid dalam pembahagian harta pusaka.
PERINGATAN!
Sekiranya pembahagian Faraid diabaikan, dikhuatiri akan berlaku:
  • Memakan harta anak yatim
  • Memakan harta saudara-mara
  • Memakan harta Baitulmal
TUNTUTAN BELAJAR ILMU FARAID
Sabda Rasulullah saw:
Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana ianya adalah separuh daripada ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku.
– Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah
Sabda Rasulullah saw:
Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka. 
– Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas’ud
ISU PERLAKSANAAN FARAID MASAKINI
Walaupun hukumnya adalah jelas WAJIB, namun realitinya, sebanyak sejuta kes tanah pusaka di Malaysia (laporan Pejabat Tanah) dianggar bernilai RM42 bilion masih tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan dan 90% daripadanya adalah milik orang Melayu (yang rata-ratanya beragama Islam). Begitu juga mengikut laporan KWSP, lebih daripada RM70 juta wang KWSP tidak dituntut oleh waris. Ini bermakna begitu banyak sekali harta-harta umat Islam yang terbeku dan mereka yang berhak dan layak tidak mendapat bahagian mereka. Ini juga bermakna sistem faraid tidak berjalan dengan baik pada ketika ini. Timbul persoalan dari segi hukumnya, siapakah yang akan menanggung dosa-dosa ini?
Di samping itu begitu banyak kes berlakunya pertelingkahan dan perselisihan di kalangan umat Islam kerana merebut harta pusaka sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah di atas. Lebih malang dan amat menyedihkan ada yang menyebut bahawa ALLAH tidak adil dalam menentukan bahagian faraid.
Baca selanjutnya di SINI

Monday, May 26, 2014

Pelajari lah Ilmu FARAID cara mudah melalui kaedah Az-Zaid

Faraid menurut syarak ialah bahagian yang ditetapkan oleh syarak kepada pewaris.

Manakala Ilmu Faraid dari segi syarak pula bermaksud pengetahuan mendalam mengenai harta pusaka serta ilmu matematik yang membolehkan kita mengetahui bahagian pusaka yang berhak diterima oleh orang-orang yang telah ditentukan syarak.

Menurut syariat Islam, hukum berkaitan pewarisan harta pusaka adalah wajib dilaksanakan menurut kaedah dan tatacara yang telah ditetapkan. Sebagai seorang Muslim, perkara ini suatu yang amat penting dan tidak boleh di pandang ringan. Apatah lagi, kebanyakan hukum-hukum berkaitan Faraid adalah disyariatkan menerusi Al-Quran.


Firman ALLAH SWT: Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibubapa dan kerabat. Dan orang-orang perempuan pula ada bahagian juga dari peninggalan ibubapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu mengikut bahagian yang telah ditetapkan (ALLAH). ( Surah An-Nisa’ : 7 )


MAKLUMAT KURSUS

 KURSUS FARAID KAEDAH AZ-ZAID (SECARA PRAKTIKAL) UNTUK PERUNDING MUAMALAT ISLAM
TERBUKA UNTUK SEMUA
* RAKAN & AHLI WARISAN MUKMIN AMAT DIGALAKKAN
TEMPAT :
DEWAN SEMINAR AZ-ZAID,
WARISAN MUKMIN SDN BHD
SEKSYEN 9, SHAH ALAM, SELANGOR
TARIKH :
Akan ditentukan
MASA :
8.00 pagi – 5.30 petang
YURAN PENYERTAAN KURSUS:
RM230.00
ATURCARA PROGRAM
8.00 am – 8.30 am
Pendaftaran Peserta
8.30 am – 10.30 am
Sesi 1: Prinsip Asas Ilmu Faraid Menurut Syariat Islam
10.30 am – 11.00 am
Minum Pagi
11.00 am – 12.30 am
Sesi 2: Asas Pengiraan Faraid Kaedah Az-Zaid
12.30 pm – 2.00 pm
Makan Tengah Hari dan Solat Zohor
2.00 pm – 3.30 pm
Sesi 3: Latihan Penyelesaian Masalah Faraid (I)
3.30 pm – 4.00 pm
Minum Petang
4.00 pm – 4.45 pm
Sesi 4: Latihan Penyelesaian Masalah Faraid (II)
4.45 pm – 5.15 pm
Solat Asar
5.15 pm – 5.45 pm
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil
5.45 pm
Tamat dan Bersurai
BAGAIMANA MENDAFTAR?
2 Cara Mendaftar:
Maklumkan kepada pegawai-pegawai kami melalui talian-talian berikut:
03-5512 5886; 03-5512 5887; 03-5511 6862
012-924 1160 (En Munim)
019-365 4161 (En Rosli)
Atau
PEMBAYARAN:
Bayaran hendaklah dibuat terlebih dahulu
selewat-lewatnya pada hari………
Cara bayaran:
SILA KLIK DI SINI


CEPAT MENDAFTAR, TEMPAT ADALAH TERHAD !