Demi masa sesungguhnya manusia itu rugi............
Sudah sempurnakah urusan harta pusaka kalian? Bertanya pula?
Masalah berat ni! [ bagi mereka yang mengetahui tuntutan Agama ].
Jika se andainya tidak di uruskan kut-kut termakanlah secara batil, tanpa kita sedari. Elakkan ianya berlaku semoga kita mendapat berkat di dunia serta di akhirat nanti. Hingga kini, lebih RM 66.6 billion [ Satu jumlah yang teramat-amat besar serta angka ini mungkin jauh meningkat! ] merupakan harta-harta pusaka si mati yang di bekukan akibat kematian pemilik harta tersebut dan juga waris-waris yang tidak menguruskan peninggalan itu.
Jangan sampai timbul fitnah harta!
Aset-aset si mati terdiri daripada harta alih [ cth; KWSP, SOCSO, Tabung Haji,Simpanan di dalam Bank-bank dll. ] sementara harta tak alih [ cth: Rumah, Tanah, Sawah, Kebun, Ladang, Perniagaan dll. ] sebelum saatnya kita tidak berupaya [ sebelum datang 5 perkara ] mengurusknya oleh dek kerana sesuatu sebab tertentu maka, uruskanlah dengan kadar segera!
Walaupun, esok sajalah.......esok masih ada..........belum tentu kita berkesempatan!
Sesuai dengan peredaran masa serta usia...jom kita anjak paradigma semoga apa yang kita tinggal untuk waris-waris dapat di manfaatkan secara telus serta ikhlas serta mendapat rahmat Allah SWT.
InsyaAllah, kita mampu berubah!
Pertanyaan >>> efaraid2u@elitemail.org
Maklumat selanjutnya silalah layari http://warisanmukmin.com/?ref=9 atau hubungi kami di : ( En.Roslan ) H/P +6016-4125989 / +6013-5106010 atau fax ke : +604-3972792 PENYERTAAN ANDA AMAT KAMI ALU-ALUKAN! KAMI BERSEDIA MEMBERI PERKHIDMATAN YANG TERBAIK!
Friday, February 20, 2015
Monday, February 9, 2015
Thursday, January 22, 2015
Menghibahkan Harta Semasa Hidup
Seseorang Islam boleh menghibahkan hartanya kepada sesiapapun semasa hidupnya, sebahagian atau keseluruhan hartanya. Ini boleh berlaku kepada mereka yang tidak mempunyai anak kandung yang tidak mahu hartanya berpindah secara faraid kepada saudara-saudaranya yang lain. Hibah boleh dibuat dengan menukarkan nama ke dalam geran tanah/rumah/kereta.
Hibah pada istilah syarak ialah suatu aqad yang mengandungi pemberian milik oleh seorang terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan('iwad).
Dari segi istilah, hibah adalah berbeza dengan pemberian(gift) dalam undang- undang Inggeris, di mana perkataan "pemberian" itu adalah lebih luas pengertiannya jika dibandingkan dengan hibah, di mana istilah"pemberian" itu lebih umum dan merangkumi semua jenis pindah milik. Manakala pengertian hibah adalah sempit dan mempunyai konsep undang-undang yang khusus.
Dalam Islam, hibah sudah sah dengan adanya ijab dan qabul dengan perkataan yang memberi erti memberi milik harta tanpa balasan.Mengikut mazhab Shafie, bahawa penerimaan (qabul) itu hendaklah diambil kira dalam menentukan sah atau tidaknya hibah. Begitu juga, penerimaan barang adalah satu dari syarat sah hibah. Ertinya, apabila berlaku kematian salah satu dari dua pihak sebelum penyerahan barang, maka hibah itu terbatal.
DI SINI

Tuesday, January 20, 2015
PENGENALAN SISTEM PUSAKA ISLAM
Islam Mengambil Berat Mengenai Dengan Ilmu Pusaka.
Ilmu Pusaka adalah salah satu dari cabang Ilmu Fiqh yang sangat diambil berat
oleh Islam dan dipandang sangat tinggi nilainya.Oleh itu Islam disamping
menyuruh umatnya mempertingkatkan sistem pusaka Islam dengan betul, dan
meberi amaran keras kepada sesiapa yang cuba meringan-ringankan atau
meninggalkan sistem Ilahi ini ia menyuruh kita mempelajari dan mengajarnya.
Antara Dalil-dalilnya ialah seperti Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu majah dan
darul Qutni di bawah ini:-
تعلموا الفرا ئض و علموها فا نها نصف العلم وهو ينسي وهو اول ينزع من امتي
"Daripada Abi Hurairah ra berkata, Sabda Rasulallah saw : Hendaklah kamu
mempelajari Ilmu Faraid dan ajarkanlah akannya, kerana ia adalah setengah ilmu ,
ia adalah dilupakan dan ia adalah sesuatu yang mula dicabutkan dari umatku".
Dan sabdanya lagi:-
العلم ثلاثة وما سوى ذ لك فضل أية محكمة او سنة قا ئمة او فريضة عا دلة
"Daripada Abdullah Bin Amru, bahawa Rasulallah saw telah bersabda: Ilmu itu
ada tiga macam, dan yang lainnya adalah lebihan, iaitu Ayat Muhkamah atau
Sunnah yang tegap atau Faraid (pembahagian Pusaka) yang adil." (Riwayat Abu
Daud).
Subscribe to:
Posts (Atom)