Maklumat selanjutnya silalah layari http://warisanmukmin.com/?ref=9 atau hubungi kami di : ( En.Roslan ) H/P +6016-4125989 / +6013-5106010 atau fax ke : +604-3972792 PENYERTAAN ANDA AMAT KAMI ALU-ALUKAN! KAMI BERSEDIA MEMBERI PERKHIDMATAN YANG TERBAIK!
Tuesday, January 20, 2015
PENGENALAN SISTEM PUSAKA ISLAM
Islam Mengambil Berat Mengenai Dengan Ilmu Pusaka.
Ilmu Pusaka adalah salah satu dari cabang Ilmu Fiqh yang sangat diambil berat
oleh Islam dan dipandang sangat tinggi nilainya.Oleh itu Islam disamping
menyuruh umatnya mempertingkatkan sistem pusaka Islam dengan betul, dan
meberi amaran keras kepada sesiapa yang cuba meringan-ringankan atau
meninggalkan sistem Ilahi ini ia menyuruh kita mempelajari dan mengajarnya.
Antara Dalil-dalilnya ialah seperti Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu majah dan
darul Qutni di bawah ini:-
تعلموا الفرا ئض و علموها فا نها نصف العلم وهو ينسي وهو اول ينزع من امتي
"Daripada Abi Hurairah ra berkata, Sabda Rasulallah saw : Hendaklah kamu
mempelajari Ilmu Faraid dan ajarkanlah akannya, kerana ia adalah setengah ilmu ,
ia adalah dilupakan dan ia adalah sesuatu yang mula dicabutkan dari umatku".
Dan sabdanya lagi:-
العلم ثلاثة وما سوى ذ لك فضل أية محكمة او سنة قا ئمة او فريضة عا دلة
"Daripada Abdullah Bin Amru, bahawa Rasulallah saw telah bersabda: Ilmu itu
ada tiga macam, dan yang lainnya adalah lebihan, iaitu Ayat Muhkamah atau
Sunnah yang tegap atau Faraid (pembahagian Pusaka) yang adil." (Riwayat Abu
Daud).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment