COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Thursday, January 22, 2015

Menghibahkan Harta Semasa Hidup

Seseorang Islam boleh menghibahkan hartanya kepada sesiapapun semasa hidupnya, sebahagian atau keseluruhan hartanya. Ini boleh berlaku kepada mereka yang tidak mempunyai anak kandung yang tidak mahu hartanya berpindah secara faraid kepada saudara-saudaranya yang lain. Hibah boleh dibuat dengan menukarkan nama ke dalam geran tanah/rumah/kereta.

Hibah pada istilah syarak ialah suatu aqad yang mengandungi pemberian milik oleh seorang terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan('iwad).

Dari segi istilah, hibah adalah berbeza dengan pemberian(gift) dalam undang- undang Inggeris, di mana perkataan "pemberian" itu adalah lebih luas pengertiannya jika dibandingkan dengan hibah, di mana istilah"pemberian" itu lebih umum dan merangkumi semua jenis pindah milik. Manakala pengertian hibah adalah sempit dan mempunyai konsep undang-undang yang khusus.

Dalam Islam, hibah sudah sah dengan adanya ijab dan qabul dengan perkataan yang memberi erti memberi milik harta tanpa balasan.Mengikut mazhab Shafie, bahawa penerimaan (qabul) itu hendaklah diambil kira dalam menentukan sah atau tidaknya hibah. Begitu juga, penerimaan barang adalah satu dari syarat sah hibah. Ertinya, apabila berlaku kematian salah satu dari dua pihak sebelum penyerahan barang, maka hibah itu terbatal.

DI SINI



Tuesday, January 20, 2015

PENGENALAN SISTEM PUSAKA ISLAM





















Islam Mengambil Berat Mengenai Dengan Ilmu Pusaka.

Ilmu Pusaka adalah salah satu dari cabang Ilmu Fiqh yang sangat diambil berat
oleh Islam dan dipandang sangat tinggi nilainya.Oleh itu Islam disamping
menyuruh umatnya mempertingkatkan sistem pusaka Islam dengan betul, dan
meberi amaran keras kepada sesiapa yang cuba meringan-ringankan atau
meninggalkan sistem Ilahi ini ia menyuruh kita mempelajari dan mengajarnya.

Antara Dalil-dalilnya ialah seperti Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu majah dan
darul Qutni di bawah ini:-
تعلموا الفرا ئض و علموها فا نها نصف العلم وهو ينسي وهو اول ينزع من امتي

"Daripada Abi Hurairah ra berkata, Sabda Rasulallah saw : Hendaklah kamu
mempelajari Ilmu Faraid dan ajarkanlah akannya, kerana ia adalah setengah ilmu ,
ia adalah dilupakan dan ia adalah sesuatu yang mula dicabutkan dari umatku".
Dan sabdanya lagi:-
 العلم ثلاثة وما سوى ذ لك فضل أية محكمة او سنة قا ئمة او فريضة عا دلة
"Daripada Abdullah Bin Amru, bahawa Rasulallah saw telah bersabda: Ilmu itu
ada tiga macam, dan yang lainnya adalah lebihan, iaitu Ayat Muhkamah atau
Sunnah yang tegap atau Faraid (pembahagian Pusaka) yang adil." (Riwayat Abu
Daud).

Saturday, January 3, 2015

Perunding Harta Pusaka, Wasiat & Hibah

MEMBINA KERJAYA SEBAGAI
PERUNDING HARTA PUSAKA BERTAULIAH AMANAHRAYA
(perkhidmatan yang sangat diperlukan untuk mereka dalam bidang perancangan kewangan
seperti perunding takaful dan unit amanah bagi melengkapkan perkhidmatan mereka)
(Latihan akan diberi oleh pihak Amanah Raya dan Warisan Mukmin, Ejen Korporat AmanahRaya)

Ingin membina kerjaya profesional sebagai Perunding Harta Pusaka dan memberi khidmat perundingan dalam bidang Harta Pusaka, Wasiat, Hibah, Amanah dan Faraid? Anda ingin menjadi perunding profesional yang diiktiraf AmanahRaya sebagai badan tertinggi kerajaan dalam bidang ini?

Bagaimana caranya nak jadi Perunding Bertauliah AmanahRaya?

Anda hanya perlu berdaftar sebagai Perunding Harta Pusaka, Wasiat & Hibah Warisan MUKMIN (Ejen Korporat AmanahRaya) melalui Mukmin Network, dan nama anda akan dikemukakan kepada AmanahRaya untuk pengiktirafan sebagai Perunding Harta Pusaka, Wasiat & Hibah AmanahRaya dan anda akan diberi Kod Ejen AmanahRaya sebagai lesen untuk berurusniaga. Kursus dan latihan akan diberi oleh pihak Warisan MUKMIN dan Amanah Raya.

Apakah kategori Perunding yang ada?

Terdapat 4 kategori Perunding Wasiat & Hibah Warisan MUKMIN iaitu:

(1) Perunding Eksekutif (PE)
(2) Pengurus Kumpulan (PK)
(3) Wakil (WL)
(4) Rakan Bersekutu (RB)

BAGAIMANA UNTUK MENJADI PERUNDING HARTA PUSAKA, WASIAT & HIBAH WARISAN MUKMIN?

(1) Kategori: Perunding Eksekutif (PE) - penyertaan PE telah ditutup sejak 1 Jan 2011

Kategori PE kini dibuka semula (mulai 15 Oktober 2014 – 31 Disember 2014 sahaja)
Wasiat Peribadi: RM350.00
Fi Komitmen: RM3,500.00
JUMLAH: RM3,850.00

(2) Kategori: Pengurus Kumpulan (PK) - penyertaan PK telah ditutup sejak 1 Jan 2011

Kategori PK kini dibuka semula (mulai 15 Oktober 2014 – 31 Disember 2014 sahaja)
Wasiat Peribadi: RM350.00
Fi Komitmen: RM1,150.00
JUMLAH: RM1,500.00

(3) Kategori: Wakil (WL)

Wasiat Peribadi: RM350.00
Fi Komitmen: RM150.00
JUMLAH: RM500.00

(4) Kategori: Rakan Bersekutu (RB)

PERCUMA (sehingga 31 Disember 2014 sahaja)
Mulai 1 Januari 2015, sedikit Fi Komitmen iaitu sebanyak RM50 akan dikenakan.

JOM SERTAI KAMI SEKARANG!

Thursday, December 18, 2014

Doku-Drama AmanahRaya













Baru-baru ini Amanah Raya Berhad telah siap menjalankan kerja-kerja penggambaran bagi Doku-Drama AmanahRaya bertajuk ‘Wasi’. Ia merupakan doku-drama 13 episod dan setiap episod mengambil masa tayangan selama 30 minit di TV1.  Drama ini yang memaparkan kisah benar telah diolah menjadi lebih berinfomasi dan sesuai untuk tontonan segenap peringkat usia dan latar belakang masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

Drama berdasarkan kes sebenar yang dialami oleh kebanyakkan daripada masyarakat kita ini, dijangka dapat memberi pendedahan meluas dan secara holistik mengenai proses dan permasalahan berkaitan perancangan dan perwarisan harta pusaka di Malaysia.

Dikategorikan sebagai Doku-Drama, drama berkisar permasalahan perwarisan harta ini, akan ditayangkan setiap Isnin jam 10.00 malam bermula 27 Oktober 2014 di TV1. Oleh yang demikian, demi menjayakan objektif penggambaran & tayangan ini, pihak AmanahRaya menyeru semua pihak untuk sama-sama mewar-warkan jadual tayangan.

Semoga dengan usaha kita untuk mewar-warkan tayangan ini, dapat sekaligus memberi kesedaran kepada saudara mara & sahabat taulan tentang proses & permasalahan perwarisan harta pusaka.

Rujukan selanjutnya Di Sini

Sunday, November 30, 2014

Perlunya ANDA membuat Wasiat

















Wasiat ialah satu cara untuk memberikan aset kita kepada bukan waris seperti kepada anak angkat, ibu-bapa angkat serta sebagainya. Boleh juga diberikan kepada badan atau persatuan untuk tujuan kebajikan. 

Ia terhad kepada kadar 1/3 sahaja. 

Bahagian wasiat 1/3 ini akan didahulukan agihannya sebelum agihan Faraid.Maka dengan itu jika anda mempunyai hajat ingin bersedekah atau wakaf ia boleh dilaksanakan dengan membuat dokumen wasiat dan menyatakan didalamnya 1/3 aset anda akan diberikan kepada penerima tertentu yang bukan dikalangan waris Faraid Anda.

Sedangkan dalam Islam, yang DISEBUT DI DALAM AL-QURAN DAN HADITH NABI, SECARA JELAS DAN TERPERINCI BAGAIMANA UMAT ISLAM SEHARUSNYA BERTINDAK & BERAMAL dalam menguruskan Pentadbiran Harta Pusaka Ini!

Baca selanjutnya di SINI