COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Monday, April 6, 2015

Penama(Nominee) Pada Takaful/Wang KWSP/Tabung Haji Dan sebagainya.

Mengikut  hukum  syarak,  penama  yang  ditulis  di  dalam  skim-skim  wang simpanan seperti Takaful/ KWSP/Tabung Haji dan sebagainya tidak dengan sendirinya menjadi hak milik kepada penama tersebut dan tidak sah menurut Islam. Ia masih tertakluk kepada pembahagian faraid.
Oleh itu, wang-wang tersebut menjadi peninggalan harta si mati dan hendaklah dibahagiakan secara faraid.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tahun 1973 juga telah memberikan pendapatnya dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 20 Sept.1973 seperti berikut:

"Penama-penama KWSP, Wang Simpanan Pejabat Pos,Bank, Insuran dan Syarikat Kerjasama adalah sebagai orang-orang yang melaksanakan wasiat si amti atau wasi. Mereka boleh menerima wang si mati dari sumber-sumber tersebut untuk dibahagikan kepada orang-orang yang berhak menurut pembahagian Faraid."



Dalam mesyuarat Majlis Raja-raja(Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja) yang ke 117 pada 21 Feb. 1980, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengemukakan pendapat dan telah dipersetujui oleh Majlis mengenai perkara penama (Nominee). Keputusannya adalah seperti berikut:-

1. Majlis mengambil ingatan bahawa orang-orang yang ber- agama Islam tidak boleh melantik penama(Nominee),dan

ii. Majlis bersetuju YB Peguam Negara menggubal undang- Undang supaya orang-orang yang beragama Islam tidak Dibenarkan melantik penama (Nominee)



Soal penama telah timbul di dalam kes Re Ismail bin Rentah(si mati), (1939) FMSLR. 230. (1940) MLJ.

Di dalam kes ini, si mati telah menjadi ahli Syarikat Koperasi Pegawai Melayu Perkhidmatan Awam dan telah menamakan anak perempuannya untuk menerima saham dan faedahnya di dalam syarikat itu apabila dia meninggal dunia. Dia telah meniggal dunia dan telah meniggalkan beberapa ahli waris termasuk ibunya, balunya, anak perempuan, seorang saudara lelaki dan seorang saudara perempuan.

Penolong Pendaftar Syarikat di Kuala Pilah telah memerintahkan saham dan faedah si mati dari syarikat itu dibahagikan kepada ahli waris. Penama tidak puas hati dan telah merayu kepada Mahkamah Tinggi dan Hakim Raja Musa telah menolak rayuan tersebut dan memutuskan supaya jumlah wang itu dibahagikan kepada semua ahli waris mengikut hukum faraid.

Dapatkan keterengan lanjut >>> SINI


No comments:

Post a Comment