Posted by Admin on Dec 6, 2013 in Berita Harian, BERNAMA, faraid, harta pusaka, Pengurusan Harta Pusaka, Pentadbiran Harta Pusaka, pewarisan, wasiat
Kuala Lumpur: UMNO Perak mencadangkan kerajaan supaya mewajibkan orang Melayu membuat wasiat berkaitan tanah pusaka bagi mengatasi masalah pemilikan dan tuntutan.
Wakilnya, Ketua UMNO Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohamad Khair-il Anwar Wan Ahmad berkata ia bagi memastikan hak waris terutamanya dalam kalangan isteri dan anak-anak yang ditinggalkan terjamin.
“Masyarakat sering berdepan dengan stigma ‘tanah kubur masih merah sudah mahu tuntut’ menyebabkan waris menangguhkan tuntutan harta yang ditinggalkan si mati dalam tempoh yang agak lama.
“Kita juga tidak mahu orang Melayu memiliki tanah tetapi tidak dapat memajukannya. Nak bina rumah di atas tanah sendiri pun tak boleh apatah lagi memajukan tanah itu untuk projek-projek pembangunan yang menjana ekonomi mereka,” katanya semasa membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini.
Wan Mohamad Khair-il menegaskan kegagalan menuntut tanah pusaka akan mengakibatkan masalah lain seperti peningkatan jumlah cukai harta tanah dan hutang lapuk yang tertunggak.
Selain itu beliau turut menyentuh mengenai peruntukan dan skim ekonomi orang Melayu dan Bumiputera yang sepatutnya diuar-uarkan lebih luas menggunakan media cetak dan elektronik seperti Bernama Radio 24.
Katanya, maklumat yang terperinci dan jelas dapat meningkatkan pengetahuan orang Melayu dan Bumiputera selain memudahkan mereka memohon skim bantuan yang diwujudkan kerajaan.
-BERNAMA
Sumber: BERNAMA, Berita Harian
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wajibkanpenulisanwasiattanahpusaka-UMNOPerak/Article/
Maklumat selanjutnya silalah layari http://warisanmukmin.com/?ref=9 atau hubungi kami di : ( En.Roslan ) H/P +6016-4125989 / +6013-5106010 atau fax ke : +604-3972792 PENYERTAAN ANDA AMAT KAMI ALU-ALUKAN! KAMI BERSEDIA MEMBERI PERKHIDMATAN YANG TERBAIK!
No comments:
Post a Comment