COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Monday, January 20, 2014

SISTEM FARAID SECARA DALAM TALIAN



photo#1: MOHD. Fadzli Marhusin (tengah) menunjukkan penggunaan aplikasi Faraidsys menerusi android dan komputer sambil diperhatikan oleh para pelajar Fakulti Quran dan Sunnah bersama Fakulti Sains Teknologi di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Seremban, baru-baru ini.

SEREMBAN 14 Jan. – Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membangunkan sistem perkhidmatan pengurusan faraid untuk menguruskan pelbagai perkara seperti aset, hutang dan wasiat secara dalam talian.

Projek itu dibangunkan oleh Dr. Mohd. Fadzli Marhusin dan Dr. Mohd. Khairul Nizam Zainan Nazri dan dibantu oleh enam orang pelajar fakulti berkenaan sejak Julai 2013 dan dijangka siap sepenuhnya pada Februari depan.

Menurut Fadzli, sistem yang pertama seumpamanya ini dibangunkan dengan menggunakan platform bersepadu berasaskan laman sesawang, android, dan e-mel bagi menyediakan perkhidmatan yang lancar dan mekanisme perlindungan rahsia yang ketat.

“Antara ciri utama yang dijaga kerahsiaannya adalah meliputi nombor akaun, baki akaun, lokasi aset dan maklumat pemegang amanah harta.

“Sistem ini mempunyai tahap keselamatan yang tinggi di mana akses terhadap maklumat sensitif hanya diketahui oleh pemegang akaun semasa hayatnya,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Fadzli, kebiasaannya keadaan menjadi sangat sukar apabila si mati tidak mendedahkan maklumat yang betul kepada ahli keluarga masing-masing selain tidak merekodkan maklumat berkaitan kekayaan yang tidak didokumentasi dengan baik.

Untuk itu katanya, menerusi sistem ini, pemilik akaun ini akan merekodkan segala bentuk maklumat peribadi dan aset mereka selain melantik pemegang amanah sekiranya pemilik akaun meninggal dunia.

“Setelah kematian pemilik akaun, sistem yang dikenali sebagai Faraidsys itu membolehkan pemegang amanah yang dilantik untuk membuka rekod dan melihat maklumat sensitif berkenaan tanpa dapat dicabar kerana pemilik sudah meninggal dunia,” tambah beliau.

Jelasnya, sistem ini mudah dan cepat kerana kita boleh diakses di mana sahaja asalkan ada jaringan Internet dan boleh digunakan oleh orang Islam dan bukan beragama Islam.

Menurut Fadzli, sistem yang ini masih mempunyai kelemahan, namun kumpulan penyelidik sentiasa komited untuk melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Pengguna yang berminat boleh melawat versi percubaan sistem tersebut melalui laman sesawang www.faraidsys.org.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20140115/ws_01/Sistem-faraid-secara-dalam-talian#ixzz2qQOBKWnY

Sumber: Utusan Malaysia
Tarikh: 15/01/2014

No comments:

Post a Comment