COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Thursday, June 28, 2012

Bermuamalat


Akhlak adalah perbuatan baik, budi bahasa dan keikhlasan hati dalam melaksanakan kehidupan harian di dunia walau apa sekali keadaan, semasa menghadapi musibah dan semasa menikmati kemewahan. Islam mengalakkan hambanya berkerja dan mencari kekayaan seolah-olah mereka akan hidup selama-lamanya dan beribadat seoalah-olah mereka akan mati pada esok hari nya.

Dalam Islam hukum syarak dibahagikan kepada 5 tahap iatu;
Wajib, Sunat, Harus, Makruh dan Haram. 

Setiap insan Islam hendaklah metaati dan memahami hukum Islam dalam menjalani kehidupan harian masing-masing, terutamanya dalam melaksanakn urusan perniagaan dan berinterksi dengan masyarakat. Perniagaan adalah satu urusan yang melibatkan masyarakat dan kegiatan yang amat penting dalam Islam.

Perniagaan adalah sumber rezeki terbesar yang sangat penting bagi insan yang berhasrat untuk meguasai kemewahan harta didunia. Menuntut ilmu
perniagaan adalah sangat dituntut dalam Islam. Kekayaan di dunia merupakan jambatan kepada kejayaan diakhirat Menyertai sesuatu perniagaan adalah fardu kifayah dalam Islam. Perniagaan adalah urusan antara manusia yang amat penting dalam memenuhi keperluan kehidupan
harian manusia.

No comments:

Post a Comment