COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Thursday, June 28, 2012

Amalan Berwasiat


Amalan berwasiat dari segi hukum syariah adalah wajib (“Hukum,” 2009). Ia nya
selaras dengan hadis Nabi Muhamad S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah
bermaksud “tidak boleh tidur seorang insan Islam melainkan dia menulis wasiat
disisinya” menulis wasiat adalah amalan murni yang entah kenapa telah diabaikan oleh
lebih 99% umat Islam di Malaysia. Tidak kiralah dari apa golongan; guru, pelajar,
ulama, professional, perkerja, perniaga, usahawan, artis, pegawai kerajaan, peneroka,
nelayan, askar, polis, atau orang kampung.

Semuanya tidak mengerti pentingnya berwasiat. Akibatnya sebanyak sejuta kes tanah pusaka di Malaysia bernilai RM38 billion masih tidak dapat diselesaikan kerana masaalah pewarisan dan musykilnya 90% daripadanya adalah milik orang Islam. Begitu juga halnya dengan KWSP, wang
simpanan di bank-bank dan saham-saham di busar saham Malaysia milik orang Islam
yang masih belum dituntut (Hukum,” 2009). Kenapakah orang-orang Islam begitu bebal
dan tidak mendengar nasihat Rasulullah S.A.W. atau mengambil ringan perkara
berwasiat kerana merasakan dirinya tidak berharta.

Bila berlaku kematian harta pusaka yang ditinggalkan samada terbiar begitu
sahaja, tergadai, atau menjadi rebutan pewaris kepada si mati. Perkara in menjadi
semangkin sulit apabila simati tidak meninggalkan wasiat. Harian Metro (2009) ibu
tunggal yang kematian suami sebelas tahun yang lalu tiba-tiba diberitahu yang rumah
pusaka peningalan suami akan dilelong kerana rumah pusaka tersebut masih berhutang
dengan bank yang jumlah tertunggaknya berjumlah RM283,000-00 termasuk kadar
feadah pinjaman overderaf yang pada mulanya hanya RM58,000-00 sebelas tahun yang
lalu. Harta pusaka tersebut perlu dilelong untuk memlunaskan hutang simati. Inilah
akibat tidak mengikut cara Islam dalam membuat pinjaman dan melibatkan diri dalam
pinjaman yang berunsurkan riba, yang ditegah oleh Islam yang sudahnya membawa
celaka kepada diri sendiri dan waris-waris.

No comments:

Post a Comment