COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Monday, March 19, 2012

DITAKDIRKAN SAYA MENINGGAL DUNIA, RUMAH SAYA AKAN MENJADI MILIK MUTLAK ISTERI & ANAK-ANAK SAYA???

Ramai orang beranggapan bahawa sekiranya dia meninggal dunia, semua harta yang ditinggalkannya, termasuk rumah kediaman yang sekarang didiami oleh isteri dan anak-anaknya itu akan menjadi harta isteri dan anak-anaknya secara MUTLAK.

Dari segi hukum dunia, memanglah rumah dan harta-harta lain yang ditinggalkan oleh simati menjadi hak milik isteri dan anak-anak yang masih hidup. Sebaliknya, dari segi hukum FARAID, semua harta pusaka si mati BUKAN sahaja menjadi milik isteri dan anak-anaknya MALAHAN menjadi hak milik bapa, ibu, atau mungkin adik beradik si mati. Ini bermakna, waris-waris si mati (selain isteri dan anak-anaknya) seperti ibu, bapa dan adik beradik si mati boleh menuntut hak masing-masing ke atas rumah tersebut.

Dari segi pembahagian secara faraid, harta pusaka si mati boleh dituntut oleh waris-warisnya, mengikut bahagian masing-masing, seperti berikut:-

(i) ibu -1/6 bhg
(ii) bapa - 1/6 bhg
(iii) isteri - 1/8 bhg
(iv) anak perempuan - 1 bhg
(v) anak lelaki - 2 bhg.
(vi) adik beradik lelaki si mati
(vii) adik beradik perempuan si mati

Oleh yang demikian, isteri simati TIDAK BOLEH mendakwa bahawa rumah pusaka peninggalan suaminya itu adalah hak milik dia dan anak-anaknya sahaja. Sekiranya beliau menafikan hak ibu dan bapa mertua serta ipar duainya itu, maka isteri tersebut boleh dianggap mengambil hak orang lain secara batil dan hukumnya BERDOSA.

Adalah menjadi tugas kami agar pembahagian harta pusaka simati dilaksanakan dengan adil dan saksama berdasarkan hukum faraid. Dengan cara itu isteri dan anak-anak simati terselamat daripada Fitnah Harta Pusaka.

No comments:

Post a Comment