COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Friday, October 5, 2012

Pembahagian Pusaka Kecil maklumat am


Senarai Semak Seksyen 8

Dokumen yang perlu dikemukan.

1.Satu (1) Salinan Borang A yang telah lengkap di isi dan ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah / Majistret.
2.
Bukti Kematian – salinan sijil kematian / cabutan sijil kematian dari Jabatan Pendaftaran Negara / Permit Menguburkan / Surat sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan kematian atau menghadiri perkebumian/ Perintah Anggapan Kematian dari Mahkamah Tinggi.
3.Salinan Kad Pengenalan Pemohon diwajibkan (salinan muka depan dan belakang).
4.Salinan Kad Pengenalan Waris  (salinan muka depan dan belakang)/ Sijil Kelahiran (bagi waris yang berumur kurang dari 12 tahun).
5.Salinan Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan simati –jika ada.
6.Salinan sijil Pendaftaran/Pengangkatan Anak Angkat ( Bagi Bukan Islam, jika ada).
7.
Hakmilik/Geran - Sila dapatkan salinan yang diakui sah (CTC) / carian rasmi dari Pentadbir Tanah atau Pendaftar hakmilik bagi harta tak alih yang dituntut (Kemukakan salinan asal CTC / carian rasmi bersama satu salinan yang telah difotostat) atau Dua (2) Salinan Surat Perjanjian Jual Beli Harta yang dituntut/ rumah – jika harta tersebut masih belum mempunyai hakmilik.
8.Salinan resit cukai tanah dan tahun semasa, jika ada.
9.Salinan resit cukai pintu (taksiran) tahun semasa  bagi pemilikan untuk bangunan atau blok berbilang tingkat atau berbilang lapisan petak tanah.
10.Salinan dokumen penyata hutang yang masih ditanggung oleh simati – jika ada hutang.
11.Dokumen-dokumen lain  berkaitan dengan harta simati yang dimasukkan sebagai sebahagian dari  tuntutan.

Senarai Semak Pendaftaran Permohonan Seksyen 17

Permohonan berikutnya –Borang P hendaklah dikemukakan di Pejabat Tanah atau Unit Pembahagian Pusaka di mana permohonan awal (Seksyen 8 – Borang A) pembahagian harta simati telah diselesaikan. Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti  berikut;

1.Satu (1) salinan  Borang P yang lengkap diisi.
2.Satu (1) salinan perintah awal/ notis pembicaraan.
3.Jika Permohonan Berikutnya adalah bagi tujuan:
3.1
Hakmilik/Geran - Sila dapatkan salinan yang diakui sah (CTC) dari Pentadbir Tanah atau Pendaftar hakmilik bagi tanah yang dituntut.
Kemukakan salinan asal CTC bersama satu salinan yang telah difotostat.
3.2
Membatalkan Suratkuasa Mentadbir / Pemegang Amanah.
Sila kemukakan satu salinan hakmilik(geran)yang telah didaftarkan nama pentadbir/pemegang amanah.
3.2
Harta alih yang ketinggalan
Satu salinan harta alih tersebut.

 rujukan:kptg.gov.my

Pembahagian Harta Pusaka Kecil


1.   PENGENALAN
1.1.      Untuk memberi garis panduan yang ringkas tentang tatacara tuntutan pembahagian pusaka kecil.
1.2.      Untuk menyedarkan orang ramai betapa pentingnya pembahagian tuntutan pusaka itu perlu dibuat secepat mungkin

2.   UNIT PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL
2.1.       Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil mempunyai 36 unit di seluruh negara. Setiap unit bertanggungjawab menerima permohonan,membicarakan serta mengeluarkan perintah pembahagian terhadap dua atau tiga daerah jagaan
2.2.       Bagi daerah di mana tiada unit pusaka kecil , urusan penerimaan permohonan ( Borang A dan Borang P ) boleh dibuat melalui Pejabat Tanah di daerah-daerah berkenaan

3.   APAKAH HARTA PUSAKA KECIL
3.1.    Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh simati dan mempunyai ciri - ciri berikut :-
a)       Simati tidak meninggalkan wasiat ( bagi simati bukan Islam )
b)       Harta itu terdiri daripada :
i)        Harta Tak Alih (Tanah/Rumah) sahaja, atau ;
ii)       Harta Tak Alih (Tanah/Rumah )  bersama-sama dengan harta alih seperti wang tunai, saham, kenderaan, carumah KWSP/Insuran ( tanpa penama ), ASN/ASB dan sebagainya
c)       Jumlah  nilaian keseluruhan harta itu hendaklah tidak melebihi RM2 juta ( mulai 1 September 2009) pada tarikh permohonan dibuat

4.   CARA  MEMBUAT PERMOHONAN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL (SEKSYEN 8) - AKTA HARTA PUSAKA KECIL (PEMBAHAGIAN) 1955
4.1.     Setiap permohonan untuk pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat dalam Borang A
4.2.       Setiap permohonan mestilah disertakan dengan:-
a)         Bukti Kematian
i)       Sijil kematian/permit menguburkan;  atau
ii)       Surat Akuan Sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan, contohnya bagi kematian semasa pendudukan Jepun dan sebelumnya; atau
iii)      Perintah Anggapan Kematian yang dikeluarkan oleh  Mahkamah Tinggi dalam keadaan  seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun, tragedi 13 Mei  1969, tragedi Muassem, dan perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya  kejadian.
 b)          Dokumen Harta Tak Alih - Salinan hakmilik yang diakui sah oleh Pejabat Tanah  atau Perakuan Carian Rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati atau surat perjanjian jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan, salinan resit cukai pintu bagi kediaman/bangunan Hak Milik Strata yang belum dikeluarkan dan resit cukai tanah (jika ada)
c)         Salinan dokumen harta - harta alih seperti salinan sijil saham, salinan buku akaun simpanan, salinan hak milik kenderaan, salinan penyata KWSP dan sebagainya yang terkini.

5. SIAPAKAH YANG BERHAK MEMOHON
5.1.       Di antara mereka yang berhak memohon adalah seperti berikut:-
a)         Waris - waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam ( Baitulmal ) dan sebagainya;
b)         Pemiutang dan pengkaveat;
c)         Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
d)         Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
e)         Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
f)          Amanah Raya Berhad .

6.  DI MANAKAH PERMOHONAN DIKEMUKAKAN
6.1          Di Unit Pembahagian Pusaka/Pejabat Tanah di mana harta tak alih simati terletak.
6.2          Sekiranya simati mempunyai harta tak alih ( tanah ) di banyak tempat sama ada di dalam negeri yang sama atau negeri yang berlainan, permohonan pembahagian kesemua harta tak alih itu hendaklah dikemukakan di salah satu daerah sahaja iaitu di mana harta tak alih itu terletak.

7.  MENGHADIRI PEMBICARAAN
7.1.       Semua dokumen asal seperti bukti kematian, hakmilik tanah, kad pengenalan, surat beranak, surat nikah, bukti-bukti harta alih dan lain  dokumen yang difikirkan perlu hendaklah dibawa semasa pembicaraan.
7.2.       Semua pihak yang diminta  hadir adalah dikehendaki hadir  di hari pembicaraan .
7.3.        Semua keterangan semasa pembicaraan hendaklah diberi  secara bersumpah/berikrar.
7.4.         Mana-mana waris yang tidak dapat hadir bolehlah mengemukakan Surat Akuan Persetujuan yang ditandatangani di hadapan Pentadbir Tanah, Majistret , Pesuruhjaya Sumpah atau Notaris Awam Sila nyatakan cara pembahagian yang dikehendaki dengan jelas. Surat Akuan Persetujuan boleh didapati di semua Unit Pembahagian Pusaka, Pejabat Tanah atau di muatturun melalui laman web jabatan iaitu www.kptg.gov.my

8.  CARA HARTA PUSAKA KECIL DIBAHAGIKAN
8.1.       Pembahagian adalah mengikut Hukum Syarak bagi orang Islam.
8.2.       Bagi bukan Islam, Pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1958 (Akta 300).
8.3.       Pembahagian secara muafakat boleh dilaksanakan jika semua waris yang berhak mewarisi harta pusaka simati bersetuju.
8.4.       Pembahagian bagi pegangan desa di bawah Akta Tanah (Kawasan - kawasan Penempatan Berkelompok )1960  tidak boleh dibuat lebih dari dua orang. Jika lebih dari dua orang yang berhak dan mereka tidak bersetuju secara muafakat memberi kepada dua orang sahaja daripada mereka, Pentadbir Tanah boleh menjual pegangan itu dan hasil jualannya dibahagikan di kalangan orang yang berhak.
8.5.       Jika simati meninggalkan tanah di Daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau , Tampin dan Jempol dan ianya adalah ahli sesuatu suku di Negeri Sembilan, pembahagian pusakanya adalah mengikut Bahagian III Akta.
8.6.       Perintah jualan secara tender dalam keadaan tertentu mengikut peruntukan 15(4)(d) Akta.

9.  JANGKAMASA MEMPROSES SESUATU TUNTUTAN
9.1.       Jangkamasa minima memproses sesuatu tuntutan kes biasa adalah dalam tempoh 5 ½ bulan bagi Permohonan Baru – Borang A Seksyen 8
9.2        Bagi kes yang melibatkan kematian berlapis dan harta berada didalam daerah yang berlainan jagkamasa proses mungkin meelbihi dari tempoh di atas.

10.  RAYUAN TERHADAP PERINTAH
10.1        Mana - mana pihak yang tidak puashati dengan perintah pembahagian yang telah dibuat hendaklah membuat rayuan melalui Pentadbir Tanah ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah  itu dibuat. (Seksyen 29 Akta & Peraturan 10, Peraturan Harta Pusaka Kecil 1955)

11.  PENDAFTARAN PERINTAH PEMBAHAGIAN
11.1.     Setelah perintah pembahagian dikeluarkan, pihak waris hendaklah mengemukakan hakmilik tanah (Geran) ke Pejabat Tanah berkaitan untuk tujuan pendaftaran perintah pembahagian tersebut.
11.2.     Bagi maksud pembahagian harta alih, pihak waris hendaklah mengemukakan perintah pembahagian ke agensi /institusi yang bertanggungjawab   terhadap harta alih tersebut.

12.  PERMOHONAN BERIKUTNYA (SEKSYEN 17 AKTA)
12.1.     Ianya adalah satu permohonan yang dibuat selepas permohonan awal ( Borang A- Seksyen 8 Akta ) telah diselesaikan.
a)         Permohonan Berikutnya boleh dibuat dalam keadaan seperti:
i)           Ada harta yang tertinggal di dalam permohonan awal;
ii)          Apabila perlu melantik seorang pemegang amanah yang baru;
iii)         Apabila perlu melantik seorang  pentadbir yang baru;
v)         Untuk membatalkan suratkuasa tadbir dan pembahagian dibuat secara terus kepada waris simati;
iv)         Untuk menarik balik sesuatu Kaveat Pendaftar ;
12.2.     Setiap permohonan berikutnya hendaklah dengan menggunakan Borang P

13.  MENGAPA PERMOHONAN PUSAKA PERLU DIBUAT SEGERA
13.1.     Mengelakkan bilangan waris yang ramai akibat daripada kematian berlapis.
13.2.     Memudahkan proses pembahagian pusaka.
13.3.     Membolehkan harta pusaka dimanafaat dengan segera bagi faedah semua waris.
13.4.     Mengelakkan berlakunya tanah terbiar.
13.5.     Mengelakkan wang simpanan simati dalam mana-mana institusi kewangan, atau koperasi, saham-saham, bon daripada dipindahkan kepada Pentaftar Wang Tak Dituntut.

14. BAYARAN
14.1.     Bayaran Pendaftaran:
a)         Percuma bagi permohonan baru (Borang A - Seksyen 8-Akta )
b)         Percuma  bagi Permohonan Berikutnya ( Borang P - Seksyen 17 Akta ).
14.2.     Bayaran Selepas pembicaraan :
a)          Bayaran perintah berdasarkan nilaian terkini harta simati ( seperti senarai harta simati di Borang Permohonan- Borang A Seksyen 8 Akta). Jika nilaian keseluruhan harta simati:    
 ●   RM1.00 hingga RM1,000.00 bayaran perintah adalah RM10.00, jika RM1,001 hingga RM50,000 bayaran perintah RM30.00 manakala jika nilaian adalah RM50,001 dan ke atas bayaran perintahadalah 0.2% dari nilaian harta si mati.
b)         RM30 bagi bayaran perintah permohonan berikutnya ( Seksyen 17 ) yang melibatkan permohonan seperti membatalkan Pemegang Amanah, Kaveat Pendaftar ataupun membatalkan Pentadbir. Jika melibatkan ketinggalan harta, bayaran perintah hendaklah mengikut nilaian harta terkini yang diselesaikan di bawah Seksyen 17 Akta ( Permohonan Berikutnya ) sahaja
c)          Jumlah bayaran bagi mendaftarkan perintah pembahagian dalam hakmilik tanah (geran) adalah mengikut peraturan -peraturan tanah negeri;
d)         Duti Harta Pusaka - (jika ada)  akan ditentukan di akhir pembicaraan mengikut nilai harta pada tarikh mati. Jumlah yang dikenakan tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Duti Harta Pusaka 1941.
e)          Salinan perintah pembahagian dibekalkan secara percuma bagi salinan pertama dan bayaran RM 5.00 dikenakan bagi salinan kedua dan seterusnya.
f)          Salinan perintah pembahagian yang diperlukan oleh mana-mana orang selain daripada pentadbir/ waris dikehendaki membayar RM 30.00 bagi salinan pertama dan RM 10.00 bagi salinan kedua dan seterusnya.
14.3.     Sekiranya ada rayuan ke Mahkamah Tinggi bayaran yang akan dikenakan adalah  seperti berikut:
a)         RM 50.00  bagi bayaran  fee rayuan;
b)         RM 1500.00 bagi bayaran deposit rayuan;
c)         Bayaran menyediakan salinan dokumen yang dikehendaki bagi salinan pertama adalah RM30. Bagi salinan kedua dan seterusnya adalah RM10;
14.4.     Bayaran untuk mendapatkan salinan pertama Nota Pembicaraan RM30.00- bagi setiap Folio 100 patah perkataan atau sebahagian daripadanya dan RM 10.00 bagi salinan kedua/seterusnya setiap 100 patah perkataan atau sebahagian daripadanya

15. CIRI - CIRI ISTIMEWA PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL
15.1.     Di antara ciri-ciri istimewa  dalam pembahagian pusaka kecil ialah:
a)         Borang permohonan ( Borang A ) boleh didapati di Unit Pembahagian Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah daerah;
b)         Pembicaraan boleh diadakan di Balai Raya/ Balai Penghulu Dewan Orang Ramai yang berhampiran dengan tanah peninggalan simati;
c)         Perkhidmatan peguam tidak diperlukan;
d)         Penyerahan/ penerimaan hak/ bahagian sesama waris boleh dibuat semasa pembicaraan dan tidak dikenakan apa - apa bayaran;
e)         Pembicaraan boleh dibuat di mana-mana daerah yang terdapatnya harta simati;
f)          Pembahagian boleh dibuat secara terus kepada waris simati dan suratkuasa tadbir hanya diberi dalam keadaan tertentu.

Rujukan:kptg.gov.my

Monday, October 1, 2012

What is Estate Managemant and Planning


Estate management and planning are commonly regarded by society as unimportant. Many believe that estate management and planning are meant only for people who are wealthy or who have high-incomes and for the elderly. Such an attitude could lead to endless problems with no solution in sight. Hence it is important that people from all strata's of society have a clear understanding of what is really meant by estate planning and management. Such awareness would certainly put a stop to the never ending problems associated with estate management.
Estate management and planning consists of asset management before and after death. This is to ensure the deceased's accumulated wealth is properly inherited and enjoyed by the surviving heirs.
Wisdom and care need to be exercised in estate planning and management, for estate management is not merely the rounding up of, or management and conservation of the assets; it must necessarily culminate in the smooth and hassle-free transition of the accumulated wealth to the lawful heirs.

Thursday, September 27, 2012

Keperluan Wasiat menurut undang-undang di Malaysia

Menurut undang-undang Perwarisan Islam yang juga dikenali sebagai Faraid, aset-aset orang Islam yang telah meninggal dunia akan diserahkan kepada waris-waris yang berhak berdasar bahagian yang telah ditentukan.

Sebagai contoh, sekiranya seorang suami meninggal dunia meninggalkan hanya seorang bapa, seorang isteri, seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki, selepas pembayaran semua hutang beliau, aset-aset beliau akan dibahagikan menurut hukum Faraid seperti berikut:

Bapa - satu per enam
Isteri - satu per lapan
Anak lelaki dan anak perempuan - baki harta dalam nisbah 2 bahagian untuk anak lelaki dan satu bahagian untuk anak perempuan

Berdasarkan kes ini, kebanyakkan orang Islam berpendapat bahawa Wasiat adalah tidak perlu dan membuang masa sahaja.

Wasiat bukan sahaja digalakkan oleh Rasullullah S.A.W tetapi merupakan cara menyatakan hasrat seseorang untuk membahagikan harta pusaka kepada benefisiari tertentu selepas kematian. Malah yang lebih penting adalah Wasiat merupakan satu mekanisme untuk membolehkan simati ketika masih hidup memilih seseorang yang beliau percayai untuk bertindak sebagai Wasi yang akan mentadbir harta pusakanya menurut hasratnya apabila dia telah meninggal dunia kelak. Malah di dalam Wasiat, pewasiat lelaki dibenarkan oleh undang-undang Islam untuk melantik penjaga bagi harta anak-anak yang masih kecil.

Kewujudan Faraid atau Undang-undang perwarisan Islam bukanlah bermakna bahawa seseorang yang berhak mewarisi menurut Faraid boleh mewarisi harta pusaka si mati dengan segera selepas kematian beliau.

Semua aset dan liabiliti si mati di kategorikan sebagai harta pusaka. Harta pusaka seseorang yang meninggal dunia tanpa meninggalkan Wasiat di panggil sebagai Harta Pusaka Tidak Berwasiat (manakala Harta Pusaka Berwasiat apabila seseorang meninggal dunia meninggalkan Wasiat).

Banyak langkah perlu dilakukan oleh seorang benefisiari bagi harta pusaka tidak berwasiat sebelum mereka boleh menikmati harta pusaka tersebut. Peruntukan daripada Akta Probate dan Pentadbiran 1959, Akta Pusaka Kecil (Pembahagian 1955) , Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang berkaitan serta peraturan-peraturan mahkamah Tinggi 1980 perlu di gabungkan serta digunapakai dan ini termasuklah:

1. Permohonan Sijil perwarisan /Faraid daripada Mahkamah Syariah untuk menentukan bahagian/saham setiap benefisiari yang layak.

2. Permohonan Surat Kuasa Mentadbir ke Mahkamah Tinggi ( untuk harta pusaka bernilai lebih daripada RM600,000) oleh seseorang yang telah dilantik dan dipersetujui oleh semua benefisiari untuk bertindak sebagai pentadbir. Sekiranya tiada persefakatan dalam memilih seorang pentadbir proses permohonan ini akan tertangguh dan mengambil masa yang lama.

3. Bagi harta pusaka yang bernilai RM 50,000.00 atau lebih, biasanya perintah mahkamah akan diperolehi sekiranya Pentadbir boleh menyediakan “ Bon Pentadbiran” dimana penjamin tersebut adalah untuk memastikan bahawa pentadbir melaksanakan tanggungjawab dengan betul, kecuali pengecualian daripada bond pentadbiran tersebut diperolehi daripada mahkamah atau pentadbir yang dilantik adalah syarikat pemegang amanah.

Dari segi masa, proses pembahagian harta pusaka tidak berwasiat mungkin boleh mengambil masa diantara satu ke dua tahun dan mungkin lebih lama sekiranya benefisiari gagal memberi persetujuan dalam memilih pentadbir ataupun pentadbir gagal mendapatkan penjamin yang mencukupi. Sepanjang proses undang-undang yang diperlukan berjalan, harta pusaka si mati akan terbeku.

Halangan-halangan yang telah disebut di atas dapat diatasi sekiranya si mati semasa hayatnya telah membuat Wasiat dan melantik Syarikat Pemegang Amanah sebagai Wasi.

Wasiat menurut kacamata Islam
Orang Islam digalakkan menulis Wasiat . Ada golongan yang bersifat sinis tentang mengapa perlu menulis Wasiat dengan mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W tidak membuat Wasiat. Hadis berikut menjelaskan keadaan sebenar bahawa Rasulullah S.A.W telah menulis Wasiat.

Diriwayatkan Talha bin Musharrif Saya bertanya Abdulah bin Abu Aufa, “Adakah Rasulullah S.A.W membuat Wasat? Dia menjawab “Tidak,” saya bertanya beliau “Bagaimanakah umat Islam disunatkankan supaya berwasiat (atau diperintahkan supaya berwasiat? Ia menjawab, “Raslullah S.A.W berwasiat dengan kitab Allah (a Quran)- Dipetik daripada Sahih Al Bukhari (jilid IV m/s 1)

Sesungguhnya, orang Islam digalakkan untuk menulis Wasiat . Seperti yang diriwayatkan
Rasullulah s.a.w bersabda bermaksud: “Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diWasiatkan untuk tidur dua malam kecuali Wasiatnya sudah tertulis dan disimpan dibawah kepalanya”.- Dipetik daripada Sahih Al Bukhari (jilid IV m/s 1)

Keluarga adalah aspek yang penting bagi masyarakat Islam dan Faraid memastikan bahawa Pewasiat tidak boleh menghalang ahli-ahli keluarga yang berhak menurut al Quran daripada menerima pusaka. Tidak seperti Undang-undang sivil pewasiat bebas untuk menghalang ahli keluarganya mewarisi hartanya di dalam Wasiat, seorang Islam hanya boleh mewasiatkan satu pertiga asetnya dan secara umumnya hanya kepada bukan waris. Hanya dengan persetujuan semua waris selepas kematian Pewasiat peraturan satu pertiga tersebut boleh di atasi.

Faraid dan Wasiat dengan kata lain seperti undang-undang dan ekuiti dimana dan saling memerlukan di antara satu sama lain. Faraid menjaga hak waris manakala wasiat pula memberi hak dan ruang kepada pewasiat untuk mewariskan hartanya kepada orang-orang yang bukan waris menurut Islam seperti anak atau ibu bapa angkat, ahli keluarga bukan Islam, cucu atau ahli keluarga yang tidak mendapat bahagian dalam Faraid ataupun untuk apa-apa tujuan kebajikan.

Kesedaran tentang Faraid
Faraid adalah undang-undang perwarisan Islam yang menetapkan bahagian yang khusus untuk waris-waris tertentu dan bukannya menentukan bentuk pembahagian. Ramai orang Islam yang salah faham tentang konsep Faraid serta tidak memahami peranan bersama diantara Faraid dan Wasiat didalam Islam .

Seseorang yang meninggal dunia serta meninggalkan segala harta untuk dibahagikan menurut Faraid, mungkin tidak menyedari bahawa tindakannya itu mungkin boleh menyebabkan kesan tidak baik dari segi ekonomi. Sebagai contohnya seseorang yang meninggal dunia tanpa Wasiat meninggalkan waris seorang isteri, 5 orang anak perempuan dan seorang abang serta meninggalkan aset hanya sebuah rumah dan sebuah kereta. Faraid akan menetapkan bahagian yang diperolehi oleh setiap orang waris.

Untuk mendapat kepentingan/keuntungan daripada perwarisan faraid mereka tersebut harta-harta tersebut mestilah dijual sebelum keuntungan hasil jualan tersebut boleh dibahagikan secara wajar menurut Faraid. Walau bagaimanapun setiap benefisiari mesti bersetuju agar aset tersebut dijual dan sekiranya salah seorang daripada mereka tidak bersetuju, harta tersebut akan ditinggalkan terbiar tanpa kesudahan.

Keadaan ini akan berbeza jika simati telah meninggalkan Wasiat. Dia masih boleh menetapkan didalam Wasiatnya untuk membahagikan aset-asetnya menurut Faraid dan pada masa yang sama di dalam Wasiatnya dia memberi kuasa kepada Wasi untuk bertindak menggunakan budi bicara yang luas untuk menjual asset tersebut tanpa perlu mendapatkan persetujuan daripada benefisiari. Daripada hasil jualan tersebut, pembahagian harta pusaka boleh dibahagikan tanpa bertangguh.

Kesimpulan
Tidak dinafikan bahawa seseorang yang mempunyai aset tanpa membuat Wasiat akan menimbulkan pelbagai kesulitan kepada mereka-mereka yang beliau kasihi apabila meninggal kelak.

INSTRUMEN HIBAH DAN WASIAT


Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut 
undang-undang Islam. Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi 
hibah, sedangkan wasiat ialah pemberian harta yang  berlaku selepas kematian pewasiat.  
Kedua-dua instrumen ini digalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan 
betul dan selaras dengan kehendak syarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian 
dan perebutan harta. Melalui hibah dan wasiat juga  dapat membantu kaum kerabat yang 
memerlukan bantuan. Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah dan wasiat 
maka dia telah menyalahi ketepatan hukum faraid. Tanggapan ini tidak tepat kerana keduadua instrumen ini juga sebenarnya diberi fokus dan  tempatnya yang tersendiri di dalam 
Islam.