Senarai Semak Seksyen 8
Dokumen yang perlu dikemukan.
1. | Satu (1) Salinan Borang A yang telah lengkap di isi dan ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah / Majistret. |
2. |
Bukti Kematian – salinan sijil kematian / cabutan sijil kematian dari Jabatan Pendaftaran Negara / Permit Menguburkan / Surat sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan kematian atau menghadiri perkebumian/ Perintah Anggapan Kematian dari Mahkamah Tinggi.
|
3. | Salinan Kad Pengenalan Pemohon diwajibkan (salinan muka depan dan belakang). |
4. | Salinan Kad Pengenalan Waris (salinan muka depan dan belakang)/ Sijil Kelahiran (bagi waris yang berumur kurang dari 12 tahun). |
5. | Salinan Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan simati –jika ada. |
6. | Salinan sijil Pendaftaran/Pengangkatan Anak Angkat ( Bagi Bukan Islam, jika ada). |
7. |
Hakmilik/Geran - Sila dapatkan salinan yang diakui sah (CTC) / carian rasmi dari Pentadbir Tanah atau Pendaftar hakmilik bagi harta tak alih yang dituntut (Kemukakan salinan asal CTC / carian rasmi bersama satu salinan yang telah difotostat) atau Dua (2) Salinan Surat Perjanjian Jual Beli Harta yang dituntut/ rumah – jika harta tersebut masih belum mempunyai hakmilik.
|
8. | Salinan resit cukai tanah dan tahun semasa, jika ada. |
9. | Salinan resit cukai pintu (taksiran) tahun semasa bagi pemilikan untuk bangunan atau blok berbilang tingkat atau berbilang lapisan petak tanah. |
10. | Salinan dokumen penyata hutang yang masih ditanggung oleh simati – jika ada hutang. |
11. | Dokumen-dokumen lain berkaitan dengan harta simati yang dimasukkan sebagai sebahagian dari tuntutan. |
Senarai Semak Pendaftaran Permohonan Seksyen 17
Permohonan berikutnya –Borang P hendaklah dikemukakan di Pejabat Tanah atau Unit Pembahagian Pusaka di mana permohonan awal (Seksyen 8 – Borang A) pembahagian harta simati telah diselesaikan. Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut;
1. | Satu (1) salinan Borang P yang lengkap diisi. | |
2. | Satu (1) salinan perintah awal/ notis pembicaraan. | |
3. | Jika Permohonan Berikutnya adalah bagi tujuan: | |
3.1 |
Hakmilik/Geran - Sila dapatkan salinan yang diakui sah (CTC) dari Pentadbir Tanah atau Pendaftar hakmilik bagi tanah yang dituntut.
Kemukakan salinan asal CTC bersama satu salinan yang telah difotostat.
| |
3.2 |
Membatalkan Suratkuasa Mentadbir / Pemegang Amanah.
Sila kemukakan satu salinan hakmilik(geran)yang telah didaftarkan nama pentadbir/pemegang amanah.
| |
3.2 |
Harta alih yang ketinggalan
Satu salinan harta alih tersebut.
|
rujukan:kptg.gov.my
No comments:
Post a Comment