COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Wednesday, September 12, 2012

Faraid: Antara Hukum dan Realiti


Ilmu Faraid adalah ilmu yang dikira agak sukar dalam syariat Islam dan diantara ilmu yang akan mula-mula hilang dari dada umat Islam. Di antara puncanya adalah dari sikap sambil lewa umat Islam terhadap kepentingan ilmu ini dan sikap suka bertangguh-tangguh.
Antara point-point penting yang diingatkan adalah termasuk:
  1. Umat Islam digesa supaya menyediakan wasiat sekiranya memiliki harta. Antara tujuan wasiat adalah untuk memberi munafaat harta kepada simati sebelum hartanya yang selebihnya diagih-agihkan. Wasiat adalah hanya kepada pihak selain pewaris dan dihadkan kepada satu pertiga harta simati.
  2. Di dalam suasana hari ini, ada pihak yang terkeliru yang menyangka wasiat ala “Tiga Abdul” di mana wasiat ditulis untuk pembahagian harta kepada pewaris. Wasiat sebegini dikira “Batil” atau terbatal dengan penolakan dari mana-mana pewaris.
  3. Penama pada insuran atau KWSP adalah penama sahaja dan tidak berhak keatas seluruh harta yang dinamakan kepadanya. Si penama adalah pemegang amanah yang wajib membahagikan harta tersebut berdasarkan hukum faraid.
  4. Sebelum pembahagian harta pusaka, hutang simati wajib dilangsaikan terlebih dahulu. Hutang yang tidak dilangsaikan akan menyebabkan kebajikan simati akan tergantung-gantung.
Di Malaysia pada hari ini, jumlah harta pusaka yang terkumpul dan gagal dibahagi-bahagikan telah menjangkau RM43 billion dan jumlah ini meningkat setiap hari. Kes-kes yang tertangguh dan gagal diselesaikan menjadi satu masalah yang besar yang hampir mustahil dapat diselesaikan terutamanya apabila bertangguh-tangguh. Masalah akan menjadi lebih rumit apabila ada waris yang meninggal dunia dan perlu dibahagi-bahagikan kepada waris-waris yang baru.
Antara salah faham atau kesilapan yang dilakukan oleh sipemilik harta boleh dibahagikan seperti berikut: 
  1. Terlalu yakin dengan waris bahaa mereka mampu bermuafakat, amanah, dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan pembahagian pusaka.
  2. Yakin bahwa pewaris (anak-anak) tahu apa yang perlu dibuat mengenai proses pembahagian harta.
  3. Menganggap bahawa tiada masalah akan timbul kerana pembahagian akan berlaku menurut kaedah faraid dan tiada apa-apa persediaan yang perlu dibuat.
Di antara hikmah kaedah faraid adalah:
  1. Sebagai panduan kepada pewaris sekiranya tiada perancangan pembahagian harta dibuat sebelum seseorang itu meninggal dunia.
  2. Pembahagian secara faraid memberi munafaat terbaik kepada simati dan bukan kepada pewaris yang hidup.
Selain memberi keterangan yang terperinci tentang ilmu faraid,  kaedah hibah dimana sipemilik harta berkuasa sepenuhnya dalam pembahagian hartanya dan berlaku semasa dia masih hidup. Dalam konteks Malaysia pada hari ini, antara harta yang boleh dihibahkan adalah termasuk rumah, tanah, dan saham-saham syarikat. Dokumen hibah boleh ditukar oleh sipemegang harta kecuali harta yang dihibahkan kepada isteri/suami yang mana persetujuan sipenerima hibah adalah perlu bagi sebarang penukaran.

Friday, August 10, 2012

TAWARAN WASIAT sempena Ramadhan / Syawal 2012

Kempen penulisan DOCUMENT WASIAT  ini akan berakhir pada 16hb Sep.2012. Bersempena dengan itu kami menawarkan potongan harga kos Wasiat daripada RM350/wasiat kepada RM320. Wasiat ini terbuka kepada semua Warganegara Malaysia berumur 18thn ke atas serta terbuka kepada semua Agama. Penyedian WASIAT ini adalah berlandaskan WASIAT AMANAH RAYA BERHAD. Rebutlah peluang ini sementara MASA masih ada! Untuk makluman, Diskaun ini TIDAK boleh di perolehi daripada Amanah Raya Berhad !. Jika ANDA masih belum mempunyai WASI sebagai pentadbir Asset ANDA, mulakanlah TINDAKAN Pertama ANDA sekarang!

Mulakan langkah pertama ANDA, dapatkan borang dengan menghantar permohonan ke e-mail: aroslan@operamail.com dengan perkara PERMOHONAN WASIAT serta sebutkan WASIAT ISLAM ataupun WASIAT KONVENSIONAL bagi yang beragama lain.

LANGKAH PERTAMA ANDA SEBAGAI PENYELAMAT......BERTINDAK SEGERA, MASA TIDAK MENUNGGU KITA!
TAWARAN INI SAH SEHINGGA 16/9/2012 SAHAJA!

Sunday, July 29, 2012

PROMOSI WASIAT Ramadhan / Syawal 2012H

Kempen penulisan DOCUMENT WASIAT  ini akan berakhir pada 16hb Sep.2012. Bersempena dengan itu kami menawarkan potongan harga kos Wasiat daripada RM350/wasiat kepada RM320. Wasiat ini terbuka kepada semua Warganegara Malaysia berumur 18thn ke atas serta terbuka kepada semua Agama. Penyedian WASIAT ini adalah berlandaskan WASIAT AMANAH RAYA BERHAD. Rebutlah peluang ini sementara MASA masih ada! Untuk makluman, Diskaun ini TIDAK boleh di perolehi daripada Amanah Raya Berhad !. Jika ANDA masih belum mempunyai WASI sebagai pentadbir Asset ANDA, mulakanlah TINDAKAN Pertama ANDA sekarang!

Mulakan langkah pertama ANDA, dapatkan borang dengan menghantar permohonan ke e-mail: aroslan@operamail.com dengan perkara PERMOHONAN WASIAT serta sebutkan WASIAT ISLAM ataupun WASIAT KONVENSIONAL bagi yang beragama lain.

LANGKAH PERTAMA ANDA SEBAGAI PENYELAMAT......BERTINDAK SEGERA, MASA TIDAK MENUNGGU KITA!
TAWARAN INI SAH SEHINGGA 16/9/2012 SAHAJA!
http://www.facebook.com/ahmadroslan.hashim

Thursday, July 19, 2012

LIHAT FAKTA INI dan FIKIRKAN

Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah.


Sebanyak RM42 bilion harta beku, dan 90% daripadanya harta umat Islam iaitu sebanyak RM37.8 bilion. Daripada RM37.8 bilion ini, sudah tentu sebahagiannya adalah untuk melunaskan hutang si mati yang tidak dapat dilaksanakan akibat harta dibekukan.



Tetapi yang PASTINYA, dalam kes harta beku ini, hukum Faraid TIDAK DILAKSANAKAN!

Bukankah ini merupakan satu ISU BESAR kerana tidak melaksanakan sesuatu yang WAJIB boleh mendatangkan DOSA kepada orang yang tidak melaksanakannya?

Sunday, July 15, 2012

FARAID: Ilmu yang semakin dilupakan



Ilmu Faraid ialah ilmu yang sangat penting bagi setiap umat Islam mempelajarinya, namun ia adalah satu ilmu yang semakin dilupakan. Rasulullah s.a.w. sendiri telah memberi peringatan kepada umat Islam agar tidak mengabaikan ilmu ini. 

Baginda bersabda:

"Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati,ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orangbertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak dapat menemui sesiapa yang bolehmenyelesaikan kes mereka."

(Riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas'ud r.a.)

"Pelajarilah ilmu faraid kerana ia sebahagian daripada agama kamu dan ia adalah setengah daripada ilmu. Ia juga adalah ilmu yang pertama dicabut daripada umatku."

(Riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a.)