COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Wednesday, September 12, 2012

Faraid: Antara Hukum dan Realiti


Ilmu Faraid adalah ilmu yang dikira agak sukar dalam syariat Islam dan diantara ilmu yang akan mula-mula hilang dari dada umat Islam. Di antara puncanya adalah dari sikap sambil lewa umat Islam terhadap kepentingan ilmu ini dan sikap suka bertangguh-tangguh.
Antara point-point penting yang diingatkan adalah termasuk:
  1. Umat Islam digesa supaya menyediakan wasiat sekiranya memiliki harta. Antara tujuan wasiat adalah untuk memberi munafaat harta kepada simati sebelum hartanya yang selebihnya diagih-agihkan. Wasiat adalah hanya kepada pihak selain pewaris dan dihadkan kepada satu pertiga harta simati.
  2. Di dalam suasana hari ini, ada pihak yang terkeliru yang menyangka wasiat ala “Tiga Abdul” di mana wasiat ditulis untuk pembahagian harta kepada pewaris. Wasiat sebegini dikira “Batil” atau terbatal dengan penolakan dari mana-mana pewaris.
  3. Penama pada insuran atau KWSP adalah penama sahaja dan tidak berhak keatas seluruh harta yang dinamakan kepadanya. Si penama adalah pemegang amanah yang wajib membahagikan harta tersebut berdasarkan hukum faraid.
  4. Sebelum pembahagian harta pusaka, hutang simati wajib dilangsaikan terlebih dahulu. Hutang yang tidak dilangsaikan akan menyebabkan kebajikan simati akan tergantung-gantung.
Di Malaysia pada hari ini, jumlah harta pusaka yang terkumpul dan gagal dibahagi-bahagikan telah menjangkau RM43 billion dan jumlah ini meningkat setiap hari. Kes-kes yang tertangguh dan gagal diselesaikan menjadi satu masalah yang besar yang hampir mustahil dapat diselesaikan terutamanya apabila bertangguh-tangguh. Masalah akan menjadi lebih rumit apabila ada waris yang meninggal dunia dan perlu dibahagi-bahagikan kepada waris-waris yang baru.
Antara salah faham atau kesilapan yang dilakukan oleh sipemilik harta boleh dibahagikan seperti berikut: 
  1. Terlalu yakin dengan waris bahaa mereka mampu bermuafakat, amanah, dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan pembahagian pusaka.
  2. Yakin bahwa pewaris (anak-anak) tahu apa yang perlu dibuat mengenai proses pembahagian harta.
  3. Menganggap bahawa tiada masalah akan timbul kerana pembahagian akan berlaku menurut kaedah faraid dan tiada apa-apa persediaan yang perlu dibuat.
Di antara hikmah kaedah faraid adalah:
  1. Sebagai panduan kepada pewaris sekiranya tiada perancangan pembahagian harta dibuat sebelum seseorang itu meninggal dunia.
  2. Pembahagian secara faraid memberi munafaat terbaik kepada simati dan bukan kepada pewaris yang hidup.
Selain memberi keterangan yang terperinci tentang ilmu faraid,  kaedah hibah dimana sipemilik harta berkuasa sepenuhnya dalam pembahagian hartanya dan berlaku semasa dia masih hidup. Dalam konteks Malaysia pada hari ini, antara harta yang boleh dihibahkan adalah termasuk rumah, tanah, dan saham-saham syarikat. Dokumen hibah boleh ditukar oleh sipemegang harta kecuali harta yang dihibahkan kepada isteri/suami yang mana persetujuan sipenerima hibah adalah perlu bagi sebarang penukaran.

No comments:

Post a Comment