COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Thursday, July 19, 2012

LIHAT FAKTA INI dan FIKIRKAN

Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah.


Sebanyak RM42 bilion harta beku, dan 90% daripadanya harta umat Islam iaitu sebanyak RM37.8 bilion. Daripada RM37.8 bilion ini, sudah tentu sebahagiannya adalah untuk melunaskan hutang si mati yang tidak dapat dilaksanakan akibat harta dibekukan.



Tetapi yang PASTINYA, dalam kes harta beku ini, hukum Faraid TIDAK DILAKSANAKAN!

Bukankah ini merupakan satu ISU BESAR kerana tidak melaksanakan sesuatu yang WAJIB boleh mendatangkan DOSA kepada orang yang tidak melaksanakannya?

Sunday, July 15, 2012

FARAID: Ilmu yang semakin dilupakan



Ilmu Faraid ialah ilmu yang sangat penting bagi setiap umat Islam mempelajarinya, namun ia adalah satu ilmu yang semakin dilupakan. Rasulullah s.a.w. sendiri telah memberi peringatan kepada umat Islam agar tidak mengabaikan ilmu ini. 

Baginda bersabda:

"Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati,ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orangbertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak dapat menemui sesiapa yang bolehmenyelesaikan kes mereka."

(Riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas'ud r.a.)

"Pelajarilah ilmu faraid kerana ia sebahagian daripada agama kamu dan ia adalah setengah daripada ilmu. Ia juga adalah ilmu yang pertama dicabut daripada umatku."

(Riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a.)


Friday, July 13, 2012

Kewangan Melalui Zakat


Zakat itu pemberian harta yang wajib dikeluarkan kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu. Selain zakat  fitrah, kita juga wajib mengeluarkan zakat harta ini termasuk zakat pendapatan, simpanan, pelaburan, perniagaan, pertanian, ternakan dan sebagainya.
Jadi bagaimanakah Islam mengajar kita tentang kewangan melalui zakat. Begini, Islam hanya mewajibkan zakat kepada hambanya jika hartanya telah mencapai nilai yang tertentu.  Contohnya, zakat simpanan, kadar nilai minima dikenakan zakat ialah nilai wang ringgit simpanan  cukup bersamaan dengan  nilai 85 gram emas pada harga pasaran semasa. Katakan harga 1 gram emas pada hari in ialah RM 131. Maka 85 gram emas ialah RM 11,135. Jadi zakat yang dikenakan hanyalah 2.5% daripada RM 11,135 iaitu RM 278.40 sahaja. Zakat ini dikeluarkan setiap setahun sekali.
Apakah pengajarannya di sini? Pertama, zakat mengajar  pengurusan kewangan kepada setiap umat Islam mesti memiliki harta paling asas pada setiap masa, nilainya mesti tidak kurang  85 gram emas (contoh di atas ialah tidak kurang daripada RM 11, 135) kerana zakat wajib dikeluarkan setahun sekali.
Kedua, sekiranya telah berzakat wang simpanan ini akan berkurang. Sedangkan pada tahun hadapan kita harus bezakat lagi. Jadi secara logiknya wang yang tinggal itu mesti digerakkan dan digandakan samada digunakan untuk perniagaan, pelaburan dan sebagainya untuk kepentingan ummah.
Ketiga, fitrah alami  telah membuktikan bahawa  semakin banyak kita memberi kerana Allah semakin banyak pula kita akan dapat. Contoh mudah adalah ilmu yang disampaikan. Semakin banyak kita menyampaikan semakin banyak kefahaman yang Allah beri pada kita. Dalam Islam selalu disebut barokah iaitu keberkatan. Inilah satu keajaiban rezeki Allah walau dalam dunia kira-kira, wang yang dizakatkan dirasakan suatu kerugian.

Pengurusan Harta Pusaka


Wasiat sering kali menjadi bual bicara masyarakat di kala ini. Adakah wasiat  bercanggah dengan sistem faraid di Malaysia?  Apakah kehadiran wasiat ini telah mengubah sistem Faraid? Adakah kerana membuat wasiat mampu menyelesaikan masalah harta pusaka di Malaysia? Bolehkah harta pusaka sebanyak RM40 bilion yang  telah  beku di Malaysia dapat dikurangkan dengan berwasiat?
Faraid ialah pembahagian harta pusaka yang telah ditetapkan oleh hukum syarak yang terdapat pada surah An-Nisa ayat 11 hingga 12. Dengan ketetapan ini setiap muslim  terikat dan tidak  boleh sewenang-wenangnya menyerahkan harta pusaka mereka kepada bukan yang hak . Sedangkan bukan muslim tidak terikat dengan faraid maka mereka bebas memberi harta mereka kepada sesiapa sahaja yang mereka mahu. Pernah diceritakan di Amerika ada seseorang yang membuat wasiat untuk menyerahkan segala hartanya selepas mati kepada seekor anjing. Setelah kematiannya ,mahkamah menerima pakai wasiat tersebut dan semua harta simati adalah hak milik anjing. Bagaimanalah nasib waris simati tersebut.
Wasiat pula ialah pesanan yang disampaikan ketika hidupnya bagaimana harta pusakanya diagihkan. Apapun wasiat dalam Islam wajib mengikut hukum syarak juga tidak boleh bercanggah dengan hukum faraid. Wasiat yang dibenarkan dalam islam ialah hanya maksimum satu per tiga (1/3) harta pusaka kita yang boleh diberikan kepada mereka yang bukan waris dan mesti mengikut hokum syarak. Jadi apakah kepentingan wasiat? Wasiat adalah sebahagian kecil perkara dalam kandungan dokumen wasiat.
Perkara paling penting dalam penyediaan dokumen wasiat (Wisoyah)  ialah pelantikan Pemegang Amanah  (WASI) yang boleh menguruskan harta pusaka dengan amanah dan bijaksana. Tugas Wasi ini sangatlah berat kerana bila menguruskan harta pusaka di Malaysia, maka wasi tidak terlepas untuk sentiasa menghubungi dan hadir ke Pejabat Tanah, Bank, Institusi  kewangan, Amanah Raya, Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Kadang-kadang sehingga bertahun-tahun lamanya. Beberapa  tugas penting WASI adalah seperti berikut:-
  • Mengakses wasiat dan mempunyai bukti kesahihannya
  • Mendapatkan Probet iaitu mendapat kebenaran menguruskan harta pusaka dari Mahkamah Sivil
  • Menghimpumkan semua harta peninggalan pewasiat
  • Menyediakan penyata akaun
  • Membahagikan semua harta pewasiat mengikut wasiat
  • Membahagikan baki harta pewasiat mengikut faraid
Disebabkan pengurusan harta pusaka adalah sesuatu yang sukar diuruskan oleh kebanyakan individu maka sewajarnya pewasiat melantik WASI itu dari sesuatu badan amanah yang pakar di dalam pengurusan harta pusaka seperti Amanah Raya, As-Salihin dan sebagainya. Dengan ini pewasiat tidak membebankan waris atau mana-mana individu dalam menguruskan harta pusakanya.
Di zaman ini, sekiranya seseorang itu tidak menyediakan dokumen wasiat untuk melantik WASI maka untuk menguruskan harta pusakanya akan menjadi sangat sukar . Ditambah pula,sekiranya aset  simati  melebihi RM 2 juta.
Kesimpulannya, perkara pokok dalam menyediakan dokumen wasiat (Wisoyah) adalah untuk melantik pemegang Amanah (WASI). Tiada pertentangan antara penyediaan dokumen wasiat dengan hukum faraid. Sebaliknya dengan dokumen wasiat akan memudahkan pengagihan harta melalui hukum faraid.