COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Thursday, June 28, 2012

Bermuamalat


Akhlak adalah perbuatan baik, budi bahasa dan keikhlasan hati dalam melaksanakan kehidupan harian di dunia walau apa sekali keadaan, semasa menghadapi musibah dan semasa menikmati kemewahan. Islam mengalakkan hambanya berkerja dan mencari kekayaan seolah-olah mereka akan hidup selama-lamanya dan beribadat seoalah-olah mereka akan mati pada esok hari nya.

Dalam Islam hukum syarak dibahagikan kepada 5 tahap iatu;
Wajib, Sunat, Harus, Makruh dan Haram. 

Setiap insan Islam hendaklah metaati dan memahami hukum Islam dalam menjalani kehidupan harian masing-masing, terutamanya dalam melaksanakn urusan perniagaan dan berinterksi dengan masyarakat. Perniagaan adalah satu urusan yang melibatkan masyarakat dan kegiatan yang amat penting dalam Islam.

Perniagaan adalah sumber rezeki terbesar yang sangat penting bagi insan yang berhasrat untuk meguasai kemewahan harta didunia. Menuntut ilmu
perniagaan adalah sangat dituntut dalam Islam. Kekayaan di dunia merupakan jambatan kepada kejayaan diakhirat Menyertai sesuatu perniagaan adalah fardu kifayah dalam Islam. Perniagaan adalah urusan antara manusia yang amat penting dalam memenuhi keperluan kehidupan
harian manusia.

Wednesday, June 27, 2012

Tahukah maksud sebenar HIBAH


HIBAH merupakan salah satu daripada bentuk pengurusan WASIAT dan merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan kewangan peribadi.
Hibah sebenarnya membawa pengertian seperti berikut:-
Hibah ialah anugerah, pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan atau tukaran.

Friday, June 15, 2012

Program Rakan Muamalat


Apa itu Program Rakan Muamalat?
Program Rakan Muamalat merupakan satu "Program Affiliate" mengenai muamalat Islam kelolaan Warisan MUKMIN dalam usaha ke arah memartabat Sistem Muamalat Islam.
Produk Muamalat
Produk muamalat yang ditawarkan dalam program ini merangkumi 4 Pelan Pengurusan Harta Berasaskan Syariah iaitu:
1. Pelan Pendapatan - Menjana Harta atau Pendapatan - melalui instrumen Pelaburan, Unit Amanah, Hartanah, Koperasi

2. Pelan Perlindungan - Melindungi Harta - melalui instrumen Takaful Pelaburan, Takaful Keluarga, Takaful Perubatan, Takaful Am

3. Pelan Penyucian - Menyucikan Harta - melalui ibadah Zakat, Haji, Umrah, Waqaf, Sadaqah, Tabarru'

4. Pelan Pewarisan - Mewariskan Harta - melalui instrumen Wasiat, Hibah, Faraid, Pentadbiran Pusaka, Pengurusan   Amanah

Keahlian Rakan Muamalat
Terdapat empat tahap keahlian Rakan Muamalat:
1. Perunding Eksekutif (PE) - kadar insentif 42%-50%
2. Pengurus Kumpulan (PK) - kadar insentif 36%
3. Wakil (WL) - kadar insentif
 30%
4. Rakan Bersekutu (RB) - kadar insentif 10%



 Pendaftaran
 Mulakan keahlian sebagai 'Rakan Bersekutu' (RB). Pendaftaran adalah PERCUMA.
 Untuk sertai Program Rakan Muamalat dan mulai bermuamalah dan jana pendapatan sekarang juga!

Maklumat Lanjut
Sila layari:  
 http://warisanmukmin.com/muamalat/default.asp?aft=PK148
  
Salam Muamalat



Penulisan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Wasiat



Apa itu Wasiat
Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.
Syarat-syarat
Wasiat Islam
  • Pembahagian harta boleh dibuat dengan wasiat kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka melalui faraid.
  • Hanya satu pertiga (1/3) daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan boleh diwasiatkan. Dua pertiga (2/3) daripada harta Pewasiat adalah merupakan hak ahli waris menurut Hukum Faraid.
  • Pewasiat boleh mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga (1/3) sekiranya semua ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas kematian Pewasiat.
Wasiat Bukan Islam
  • Pembahagian harta pusaka boleh dibuat melalui wasiat mengikut hasrat dan keinginan Pewasiat kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
  • Tanpa dokumen Wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958.

Mudah, Cepat dan Berpatutan

AmanahRaya menyediakan perkhidmatan secara profesional dalam Penulisan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Wasiat. Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas atau bagi negeri Sabah, 21 tahun ke atas dan waras pemikiran boleh membuat Wasiat dengan kos perkhidmatan yang berpatutan.

Pelan Integriti AmanahRaya (ARIP)


Objektif:
  • Untuk sentiasa menambahbaik budaya profesional dan integriti di AmanahRaya
  • Untuk mengelakkan sebarang kejadian salah laku dan rasuah
  • Untuk memastikan integriti dan ketelusan AmanahRaya diterapkan di dalam aktiviti harian melalui elemen kejujuran, kecekapan dan kebolehpercayaan
Pelan ini tergunapakai kepada:
  • Semua warga kerja AmanahRaya termasuk staf anak syarikat AmanahRaya
  • Individu yang terlibat dalam kontrak bagi perkhidmatan; atau
  • Individu yang berkait dengan syarikat bagi sebarang aktiviti
Pelan Berintegrasi dan Komprehensif
Pelan ini merupakan sebahagian daripada proses perubahan terkini. Ia berlandaskan mekanisma sedia ada dan berhubung kait dengan pelan, polisi dan proses iaitu termasuk;
  • Pelan Strategik AmanahRaya
  • Pelan Perniagaan Tahunan AmanahRaya
  • NIlai-nilai Bersama AmanahRaya
  • Tanggungjawab Sosial AmanahRaya
  • Pematuhan Tadbir Urus Korporat
  • Laporan Tahunan AmanahRaya
Pelan Integriti AmanahRaya (ARIP) merupakan pelan tindakan integrasi dan komprehensif yang dapat dilihat melalui keterlibatan secara menyeluruh warga kerja AmanahRaya. Pendekatan integrasi dan penggunaan kepelbagaian stategi adalah diperlukan bagi mengurus integriti.