COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Monday, December 23, 2013

ANAK HARTAWAN ISLAM BAKAL HIDUP MELARAT

Posted by  on Sep 6, 2011
KUALA LUMPUR: Ramai anak hartawan dan jutawan Islam di negara ini bakal berdepan kehidupan melarat sekiranya bapa mereka gagal menulis wasiat atau hibah (hadiah) harta dimiliki, kata Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Beliau berkata, ia berlaku apabila si mati hanya mempunyai anak perempuan, anak angkat lelaki atau kedua-duanya yang tidak diwasiatkan hartanya kepada mereka, sekali gus menyaksikan keluarga berbalah, bahkan ia menjadi punca bencana.

“Melihat keadaan ini juga, saudara lelaki si mati turut mengambil bahagian dalam perebutan harta pusaka berkenaan dan paling malang, ia akan berlarutan hingga satu generasi ke generasi tanpa penyelesaian.

“Bagi mengelakkan ia berlaku, amat penting bapa menulis wasiat atau hibah untuk anak mereka sama ada perempuan mahupun anak angkat menerusi peguam atau Amanah Raya Berhad (Amanah Raya).

“Apabila wasiat dimuktamadkan maka tidak timbul tuntutan harta oleh saudara lelaki si mati. Bagaimanapun, menurut Islam saudara lelaki si mati mempunyai hak ke atas harta pusaka itu mengikut sistem faraid,” katanya, semalam.

Malah pada Konvensyen Pewarisan Harta Islam dan Pelancaran Daftar Wasiat Malaysia, beberapa tahun lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, berkata RM40 bilion hartanah dan wang tidak dituntut disebabkan isu pewaris yang tidak dapat diselesaikan.

Daripada jumlah itu, RM38 bilion adalah hartanah bangsa Melayu yang terdiri daripada tanah, bangunan, wang simpanan di institusi kewangan, koperasi, Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), Tabung Haji, koperasi-koperasi dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Khairul Anwar berkata, SukaGuam baru-baru ini menyelesaikan kes tuntutan RM10 juta ahli perniagaan bergelar Tan Sri berlarutan lapan tahun selepas dituntut saudara lelakinya apabila si mati tidak menulis wasiat kepada empat anak perempuan serta seorang anak angkat lelaki.

Sumber: Berita Harian
Tarikh: 06/09/2011

Nota: Ingin membuat wasiat? Sila lawati >>> warisanmukmin/?ref=9

No comments:

Post a Comment