COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Thursday, August 6, 2009

Kepentingan Perancangan Kewangan

Masyarakat yang merdeka memiliki kebebasan kewangan. Bebas membuat pilihan dan keputusan dengan kemahiran kewangan serta tidak terikat dengan kongkongan hutang, keterbatasan kuasa beli, kelegaan dari liabiliti jangka panjang dan beban psikologi krisis kewangan.

Secara umum, kita tidak mempunyai sumber pendapatan yang aktif dan terlalu dinamik sekarang dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, lebih ketara lagi apabila berada dalam tempoh persaraan. Kita cenderung memilih untuk menghabiskan tempoh lazim persaraan dalam keadaan yang tenang dan santai. Sedangkan, kos sara hidup tidak pernah bersara malah semakin hari semakin meningkat terutamanya perbelanjaan perubatan.

Dalam masa yang sama, kita masih leka tentang kepentingan pelaburan. Kalau dulu kita berada dalam suasana kampung, hidup di dalam satu institusi keluarga yang kukuh. Setelah bersara atau tidak bekerja, ibubapa yang tiada pendapatan tinggal bersama anak-anak mereka atau dalam kelompok kejiranan berdekatan serta saling bantu membantu. Inilah pegangan masyarakat kita dahulu yang memegang nilai sebagai landasan hidup.

Dengan pendapatan yang kecil, mereka berjaya membesarkan anak-anak dengan kecukupan pendidikan, akhlak, keperluan asas dan sebagainya. Berbeza dengan situasi sekarang. Kemudahan pinjaman, keperluan seharian dan pengaruh persekitaran menjadikan kita keliru dan terkadang gagal menjustifikasikan tindakan. Persediaan yang sepatutnya perlu dibuat bermula dari sekarang iaitu membuang sifat negatif terhadap kebendaan dan membina nilai diri dan keluarga dengan keperluan dan kelengkapan sarahidup yang bukan sahaja dari aspek kewangan malah ilmu pengetahuan serta pengisian menyeluruh rohani, mental dan fizikal.

Bayangkan sekiranya kita hanya mempunyai kurang daripada RM50,000 wang KWSP apabila tiba umur persaraan dan dalam keadaan kita tidak bekerja. Jumlah ini sememangnya tidak mencukupi untuk menampung kehidupan di masa umur emas. Dengan peruntukan sebanyak RM1,000 sebulan, duit tersebut boleh habis dalam tempoh 4 tahun sahaja. Itupun dengan andaian sekiranya RM1,000 sebulan dibelanjakan dan belum diambilkira dari segi kos-kos yang wajib dalam menyelesaikan liabiliti tertangguh sebelumnya.

Langkah penting dalam perancangan kewangan adalah pelan pelaburan. Perancangan ini hendaklah bermula dari sekarang. Pelan pelaburan bukan lagi satu pilihan malah menjadi suatu kemestian kepada setiap individu. Seorang ketua keluarga perlu merancang ketahanan sumber pendapatan keluarganya untuk masa yang mendatang. Seorang bapa yang sedar kepentingan pendidikan anak-anaknya, perlu mula melabur atau mencari pelan perancangan kewangan menyokong pendidikan anak-anak, terutamanya dengan kos pendidikan yang tinggi dan ketidakpastian bantuan kewangan dari sumber-sumber yang dulunya boleh diharapkan.

Rasullullah s.a.w berpesan, rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu masa muda sebelum masa tua, sihat sebelum sakit, masa berharta sebelum masa miskin, lapang sebelum sibuk, masa hidup sebelum mati. Maka sewajarnyalah hadith ini diaplikasikan untuk kebaikan dengan perancangan kewangan yang bijak Yang jelas, pelaburan mesti direbut dengan bertindak dari sekarang.

RAKAN Muamalat ANDA

http://warisanmukmin.com/affiliate/default.asp?aft=WL00322

* Petikan dari www.ikim.gov.my

No comments:

Post a Comment