COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Monday, November 23, 2015

Kepentingan Dokumen Wasiat Komprehensif

DOKUMEN WASIAT KOMPREHENSIF

('Wasi', 'Wisoyah' & 'Wasiyyah')

Solusi Pentadbiran Harta Pusaka Anda.


tuliswasiatarb

KHIDMAT PENYEDIAAN DOKUMEN WASIAT AMANAHRAYA
Dokumen Wasiat yang disediakan oleh WarisanMUKMIN adalah Dokumen Wasiat AmanahRayaiaitu dokumen yang ditulis oleh pihak AmanahRaya sendiri. Terdapat dua jenis atau kategori penyediaan Dokumen Wasiat AmanahRaya iaitu Dokumen Wasiat untuk orang Islam dan Dokumen Wasiat untuk orang Bukan Islam.
Pada dasarnya, Dokumen Wasiat AmanahRaya yang disediakan bagi kedua-dua kategori tersebut samada Dokumen Wasiat Islam atau Dokumen Wasiat Bukan Islam ialah DOKUMEN WASIAT KOMPREHENSIF @ DOKUMEN WASIAT LENGKAP sahaja, yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting dalam urusan pentadbiran harta pusaka selepas kematian, iaitu:
BAGI ORANG ISLAM:
  • Wasi – Perlantikan Pemegang Amanah (yang akan bertindak sebagai Pentadbir apabila berlaku kematian Pewasiat).
  • Wisoyah – Kenyataan Bertulis dalam bentuk ‘Pernyataan Amanah’ yang ingin dimaklumkan kepada Wasi untuk dilaksana dan diuruskan selepas kematian Pewasiat, sama ada ianya berkaitan harta benda mahu pun bukan harta (wasiat kata-kata berbentuk hasrat, nasihat dan amanah), termasuk deklarasi penyenaraian harta, hutang, waris, harta sepencarian dan sebagainya).
  • Wasiyyah – Pemberian atau pengagihan harta selepas kematian Pewasiat. Wasiyyah yang ditulis oleh Pewasiat beragama Islam tidak tertakluk kepada Akta Wasiat 1959 (Akta 346), tetapi ianya adalah tertakluk kepada hukum syari’ah ke atas ‘wasiyyah’ di antaranya, pemberian itu hendaklah:
    1. Kepada bukan waris (iaitu mereka yang tidak layak mendapat bahagian faraid) seperti anak angkat, waris terlindung dll.
    2. Tidak melebihi 1/3 daripada baki harta selepas belanja pengurusan jenazah, hutang-hutang & harta sepencarian.
    3. Hukum-hukum syari’ah lain yang berkaitan.
BAGI ORANG BUKAN ISLAM
  • Pemegang Amanah – Perlantikan Pemegang Amanah (yang akan bertindak sebagai Pentadbir apabila berlaku kematian Pewasiat).
  • Pernyataan Amanah – Kenyatan Bertulis dalam bentuk ‘Pernyataan Amanah’ yang ingin dimaklumkan kepada Pemegang Amanah untuk dilaksana dan diuruskan selepas kematian Pewasiat, sama ada ianya berkaitan harta benda mahu pun bukan harta (wasiat kata-kata berbentuk hasrat, nasihat dan amanah), termasuk deklarasi penyenaraian harta, hutang, waris dan sebagainya).
  • Wasiat – Pemberian atau pengagihan harta selepas kematian Pewasiat, di mana Pewasiat berhak menentukan siapa dan sebanyak mana yang ingin diberikan selepas kematiannya. Wasiat yang ditulis oleh Pewasiat Bukan Islam adalah tertakluk kepada Akta Wasiat 1959 (Akta 346).
Bagaimana pun, oleh kerana orang ramai pada kebiasaannya perlu mengambil masa yang agak lama khususnya untuk melengkapkan komponen kedua dan ketiga iaitu Wisoyah atau Pernyataan Amanah (seperti untuk menyenarai dan melengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan di dalam penyediaan wasiat yang komprehensif) serta Wasiyyah atau Wasiat, sehingga dikhuatiri mereka tidak sempat untuk menyiapkannya sebelum ajal (malang tidak berbau), maka adalah digalakkan orang ramai menyediakan Wasiat Asas terlebih dahulu.

DOKUMEN WASIAT ASAS

Apakah yang dimaksudkan dengan Dokumen Wasiat Asas?
Dokumen Wasiat Asas ini ialah satu dokumen untuk melantik Wasi atau Pemegang Amanah yang akan bertindak sebagai Pentadbir apabila berlaku kematian Pewasiat.
Kandungan:
  • Perlantikan AmanahRaya sebagai Wasi atau Pemegang Amanah
  • Tugas dan Tanggungjawab Umum Sebagai Wasi atau Pemegang Amanah
Kepentingan & Manfaat:
  • Melantik Wasi atau Pemegang Amanah yang amanah, dipercayai dan berkemahiran merupakan tindakan yang paling asas dalam pengurusan selepas kematian khususnya dalam pentadbiran harta pusaka supaya Wasi atau Pemegang Amanah yang dilantik ini dapat mengambil tanggungjawab menjalankan proses pentadbiran harta pusaka selepas berlaku kematian pewasiat nanti.
  • Mengelak daripada berlakunya pentadbir yang tidak amanah daripada menguruskan harta pusaka simati.
  • Mengelak perebutan sebagai penjaga kepada anak-anak bawah umur dan menjamin supaya tidak berlakunya keadaan ‘memakan harta anak yatim’ oleh penjaga yang tidak amanah.
  • Secara umumnya, dengan perlantikan Wasi atau Pemegang Amanah yang benar-benar amanah, tidak berkepentingan serta berilmu dan berkemahiran, maka sebahagian daripada masalah pentadbiran pusaka selepas kematian Pewasiat dapat diselesaikan.
  • PERINGATAN! Adalah penting untuk diingatkan bahawa Dokumen Asas perlantikan Wasi atau Pemegang Amanah ini disediakan adalah untuk sementara sahaja sebelum anda dapat melengkapkan Dokumen Komprehensif anda. Anda sangat-sangat disarankan untuk BERSEGERA untuk melengkap dokumen anda kepada DOKUMEN WASIAT KOMPREHENSIF bagi mendapat perlindungan terbaik!

DOKUMEN WASIAT KOMPREHENSIF
Apakah yang dimaksudkan dengan Dokumen Wasiat Komprehensif?

Dokumen Wasiat Komprehensif ialah satu dokumen pengurusan harta pusaka yang lengkap merangkumi ketiga-tiga komponen penting dalam urusan pentadbiran harta pusaka selepas kematian, iaitu:
  • Wasi atau Pemegang Amanah – penting dari segi PIHAK yang akan MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB MELAKSANAKAN urusan pentadbiran pusaka simati dengan penuh amanah dan mengikut lunas-lunas agama dan undang-undang negara.
  • Wisoyah atau Pernyataan Amanah – penting dari segi URUSAN PENTADBIRANkhususnya pengurusan harta pusaka supaya dapat diurustadbir dengan lebih mudah, lancar dan licin serta memastikan apa yang diinginkan dan dihasratkan dapat disampaikan dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
  • Wasiyyah atau Wasiat – penting dari segi URUSAN PEMBERIAN & PENGAGIHAN HARTA dapat dilaksanakan sepertimana yang dikehendaki tertakluk kepada hukum-hakam agama dan undang-undang negara.
Kandungan:
(1) WASI atau PEMEGANG AMANAH
  • Perlantikan AmanahRaya sebagai Wasi atau Pemegang Amanah
  • Tugas dan Tanggungjawab Umum Sebagai Wasi atau Pemegang Amanah
(2) WISOYAH atau PERNYATAAN AMANAH
  • Perlantikan Penjaga Bagi Anak-Anak Bawah Umur 18 Tahun
  • Senarai Waris Yang Sah dan Layak serta Bahagian Faraid Mereka
  • Senarai Lengkap Aset/Harta, Pemiutang dan Liabiliti (melicinkan urusan hutang-piutang)
  • Pengisytiharan Harta Sepencarian
  • Wasiat Kata-Kata mengenai Iman & Akidah, nasihat, hasrat, amanah dan sebagainya
  • Klausa-Klausa Lain Mengikut Keperluan Pewasiat
  • NOTA: Konsep ‘Wisoyah’ atau ‘Pernyataan Amanah’ ini sangat luas pengertiannya, bukan sahaja berkaitan harta benda tetapi lebih daripada itu. Dalam ertikata lain, apa sahaja yang ingin disampaikan atau pun diamanahkan kepada Wasi/Pemegang Amanah untuk dilaksanakan atau diuruskan, selagi tidak melanggar syarak.
(3) WASIYYAH atau WASIAT
  • Wasiyyah bagi orang Islam: Pemberian harta selepas kematian (tertakluk kepada syariat Islam)
  • Wasiat bagi orang bukan Islam: Pemberian kepada orang yang dinamakan (tertakluk kepada Akta Wasiat 1959)
Kepentingan & Manfaat:
  • Mendapat manfaat sepertimana terkandung dalam Dokumen Wasiat Asas
  • Memudahkan Wasi atau Pemegang Amanah mentadbir dan menguruskan harta pusaka yang telah lengkap dan sempurna disenaraikan
  • Menjamin segala hutang-piutang diuruskan (mengutip dan melunaskan  hutang) oleh Wasi atau Pemegang Amanah
  • Bagi orang Islam, pelunasan hutang selepas kematian sangat-sangat dituntut dan ditekankan agar dapat menjamin segala hutang (agama dan manusia) dilunaskan oleh Wasi (bagi menghindar roh terpenjara di kubur – rujuk hadis Rasulullah)
  • Menjamin hasrat pembahagian harta (tidak melebihi 1/3) untuk bukan waris atau tujuan amal jariah ditunaikan
  • Menjamin pembahagian hukum Faraid ke atas ahli-ahli waris dapat dilaksanakan dengan cepat, tepat dan sempurna
  • Dapat menyampaikan apa sahaja hasrat, nasihat dan amanat yang dinyatakan secara bertulis yang dapat disampaikan secara jelas dan terang selepas kematian Pewasiat
Klausa Pengisytiharan Harta Sepencarian:
  • Mempercepat proses mendapatkan hak harta sepencarian
  • Menjamin hak harta sepencarian pasangan diperolehi sepertimana dikehendaki dalam pengisytiharan
  • Menjamin pasangan mempunyai harta yang mencukupi bagi meneruskan kehidupan dan menguruskan anak-anak
  • Mengelak pasangan daripada turun-naik mahkamah bagi membuktikan sumbangannya dalam menghasilkan harta bersama
  • Sangat-sangat diperlukan lebih-lebih lagi bagi manfaat isteri yang tidak bekerja (suri rumah)

KOS PENGURUSAN WASIAT

KOS PENULISAN WASIAT
  • Wasiat Islam – RM350.00
  • Wasiat Bukan Islam – RM350.00
KOS PINDAAN
Bagi kedua-dua Wasiat Islam atau Wasiat Bukan Islam:
  • Pindaan Pertama dan Kedua – PERCUMA
  • Pindaan Ketiga – RM50.00
  • Pindaan Keempat dan Seterusnya – RM25.00
KOS PENYIMPANAN WASIAT
  • PERCUMA
Nota: Kos-kos ini merupakan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan wasiat yang disediakan oleh syarikat-syarikat swasta lain yang terdapat di pasaran.

BERTINDAK SEKARANG!

MILIKI DOKUMEN WASIAT KOMPREHENSIF ANDA SEKARANG!
tuliswasiatarbharga-wasiatarb
BUAT PERMOHONAN SEKARANG.
e-mail ke >>>  efaraid2u@elitemail.org


Tuesday, November 10, 2015

PENTADBIRAN HARTA PUSAKA TANPA WASIAT

Mungkin ada yang bertanya, apa perbezaan di antara ‘Pentadbiran Harta Pusaka Tanpa Wasiat’ dengan ‘Pentadbiran Harta Pusaka Dengan Wasiat’?

Rajah Pusaka

Apabila berlaku kematian, pelbagai aktiviti terhenti secara tiba-tiba, antaranya pembekuan akaun-akaun di bank, unit amanah saham, saham-saham syarikat, perlindungan insuran, takaful, Tabung Haji, urusan hartanah tergendala, penjualan kereta tidak boleh dilakukan, termasuk timbulnya persoalan bila pengeluaran KWSP boleh dilakukan.

Hanya apabila Surat Kuasa (Letter of Administration) diperolehi daripada badan-badan tertentu, barulah proses pembahagian asset dapat dilakukan. Untuk mendapat Surat Kuasa tadi, ia adalah satu proses yang rumit dan memakan masa yang agak lama (antara 1 – 2 tahun). Ini tidak termasuk masa untuk pembahagian yang bergantung kepada bentuk harta (antara 1 – 15 tahun lagi). Sekiranya tiada wasiat, proses permohonan dan pembahagian membawa kepada pelbagai akibat dan boleh menggendalakan pelbagai urusan waris yang hidup.


Di Malaysia, tempat permohonan untuk mendapat Surat Kuasa bergantung kepada bentuk dan jumlah aset simati iaitu:

BACA SETERUSNYA di SINI

Thursday, October 1, 2015

ISU HUTANG TIDAK BERBAYAR


Dalam Pengurusan Pusaka Islam.


hutang-beban-dunia-azab-akhirat

Dalam pengurusan harta pusaka Islam, melunaskan tanggungan hutang si mati merupakan satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh pentadbir atau waris-waris si mati dan hendaklah disegerakan!

Cuba kita lihat beberapa hadis Nabi s.a.w. mengenai pelunasan atau penyelesaian hutang selepas kematian ini.


Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Roh seseorang Mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutang itu dijelaskan (oleh saudara-maranya)”.
Riwayat At-Tirmidzi, Imam Ahmad dan Imam Ibnu Hibban
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Demi Tuhan yang diriku di tanganNYA, jika seseorang lelaki itu terbunuh di jalan ALLAH, kemudian dia dihidupkan semula, kemudian dia terbunuh lagi, kemudian dia dihidupkan lagi, kemudian dia terbunuh lagi dalam keadaan dia menanggung hutang, dia tetap tidak akan dapat masuk Syurga selagi hutangnya belum dijelaskan”.
Riwayat An-Nasa’i
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang”.
Riwayat Muslim


Bukankah ini satu ISU BESAR kepada orang yang beriman kepada HARI KEMUDIAN?
Oleh itu…


jam03


--------------------------------------------



jam05

harga-wasiatarb

 MILIKI DOKUMEN WASIAT KOMPREHENSIF ANDA SEKARANG!

BUAT PERMOHONAN SEKARANG!

----------------------------------------------

Monday, September 21, 2015

Ketahui Apa Itu Dokumen Wasiat

DOKUMEN WASIAT KOMPREHENSIF


Apakah yang dimaksudkan dengan Dokumen Wasiat Komprehensif?

Dokumen Wasiat Komprehensif ialah satu dokumen pengurusan harta pusaka yang lengkap merangkumi ketiga-tiga komponen penting dalam urusan pentadbiran harta pusaka selepas kematian, iaitu:
  • Wasi atau Pemegang Amanah – penting dari segi PIHAK yang akan MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB MELAKSANAKAN urusan pentadbiran pusaka simati dengan penuh amanah dan mengikut lunas-lunas agama dan undang-undang negara.
  • Wisoyah atau Pernyataan Amanah – penting dari segi URUSAN PENTADBIRANkhususnya pengurusan harta pusaka supaya dapat diurustadbir dengan lebih mudah, lancar dan licin serta memastikan apa yang diinginkan dan dihasratkan dapat disampaikan dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
  • Wasiyyah atau Wasiat – penting dari segi URUSAN PEMBERIAN & PENGAGIHAN HARTA dapat dilaksanakan sepertimana yang dikehendaki tertakluk kepada hukum-hakam agama dan undang-undang negara.
Kandungan:
(1) WASI atau PEMEGANG AMANAH
  • Perlantikan AmanahRaya sebagai Wasi atau Pemegang Amanah
  • Tugas dan Tanggungjawab Umum Sebagai Wasi atau Pemegang Amanah
(2) WISOYAH atau PERNYATAAN AMANAH
  • Perlantikan Penjaga Bagi Anak-Anak Bawah Umur 18 Tahun
  • Senarai Waris Yang Sah dan Layak serta Bahagian Faraid Mereka
  • Senarai Lengkap Aset/Harta, Pemiutang dan Liabiliti (melicinkan urusan hutang-piutang)
  • Pengisytiharan Harta Sepencarian
  • Wasiat Kata-Kata mengenai Iman & Akidah, nasihat, hasrat, amanah dan sebagainya
  • Klausa-Klausa Lain Mengikut Keperluan Pewasiat
  • NOTA: Konsep ‘Wisoyah’ atau ‘Pernyataan Amanah’ ini sangat luas pengertiannya, bukan sahaja berkaitan harta benda tetapi lebih daripada itu. Dalam ertikata lain, apa sahaja yang ingin disampaikan atau pun diamanahkan kepada Wasi/Pemegang Amanah untuk dilaksanakan atau diuruskan, selagi tidak melanggar syarak.
(3) WASIYYAH atau WASIAT
  • Wasiyyah bagi orang Islam: Pemberian harta selepas kematian (tertakluk kepada syariat Islam)
  • Wasiat bagi orang bukan Islam: Pemberian kepada orang yang dinamakan (tertakluk kepada Akta Wasiat 1959)
Kepentingan & Manfaat:
  • Mendapat manfaat sepertimana terkandung dalam Dokumen Wasiat Asas
  • Memudahkan Wasi atau Pemegang Amanah mentadbir dan menguruskan harta pusaka yang telah lengkap dan sempurna disenaraikan
  • Menjamin segala hutang-piutang diuruskan (mengutip dan melunaskan  hutang) oleh Wasi atau Pemegang Amanah
  • Bagi orang Islam, pelunasan hutang selepas kematian sangat-sangat dituntut dan ditekankan agar dapat menjamin segala hutang (agama dan manusia) dilunaskan oleh Wasi (bagi menghindar roh terpenjara di kubur – rujuk hadis Rasulullah)
  • Menjamin hasrat pembahagian harta (tidak melebihi 1/3) untuk bukan waris atau tujuan amal jariah ditunaikan
  • Menjamin pembahagian hukum Faraid ke atas ahli-ahli waris dapat dilaksanakan dengan cepat, tepat dan sempurna
  • Dapat menyampaikan apa sahaja hasrat, nasihat dan amanat yang dinyatakan secara bertulis yang dapat disampaikan secara jelas dan terang selepas kematian Pewasiat.