COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Wednesday, March 12, 2014

Hibah

PENGERTIAN HIBAH

Hibah ialah anugerah, pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan atau tukaran.

 DALIL MENGHARUSKAN HIBAH

 Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 177:

Dan memberi seseorang akan harta yang dikasihinya kepada keluarga terdekat, anak-anak yatim, orang miskin, orang musafir, orang yang berhajat dan hamba.

Hadis riwayat Ahmad, Sabda Rasulullah saw:

Berilah hadiah (hibah), nescaya kamu dikasihi.

SIFAT DAN CIRI-CIRI HIBAH

Hibah tidak boleh ditarik balik kecuali pemberian bapa kepada anaknya atau daripada datuk kepada cucunya.

RUKUN HIBAH

Penerima hibah (wahib)
Penerima hibah (mauhub-lahu)
Harta yang dihibahkan (mauhub)
Sighah kontrak (penawaran dan persetujuan)

JENIS-JENIS HIBAH

Terdapat dua jenis hibah iaitu Hibah Terus (Pindahmilik) dan Hibah Beramanah (menggunakan Pemegang Amanah).

hibah-amanah

KONTRAK HIBAH BERSYARAT

1. Al-’Umra

Istilah ini diambil dari perkataan al-’Umur. Kontrak hibah jenis ini meletakkan umur sebagai syarat hibah sama ada berkait dengan umur pemberi atau penerima.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Al-’Umra dibenarkan.”

Muslim juga meriwayatkan bahawa Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jagalah harta kamu dan janganlah kamu merosakkannya. Sesiapa yang mengucapkan ‘umra, ia adalah hak orang yang ditujukan ‘umra itu, hidup atau mati dan kepada keturunannya.

Hibah secara ‘umra menjadi hakmilik sepenuhnya dan tidak akan dikembalikan semula kepada pemberi selama-lamanya.

2. Al-Ruqba

Istilah ini diambil dari perkataan Arab, ruqub atau taraqqub yang bermaksud menunggu. Iaitu masing-masing menunggu kematian siapa terlebih dahulu. Kontrak ini juga diterima sebagai kontrak hibah yang diakui oleh syara’.

Ini berpandukan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Umra dibenarkan untuk pemiliknya, begitu juga ruqba dibenarkan untuk pemiliknya.”

Kebenaran berdasarkan hadis ini bererti bahawa pengecualian diberikan kepada kedua-dua jenis kontrak ini terhadap anugerah bersyarat yang tidak dibenarkan.

Menurut Mughni al-Muhtaj, al-Subki berkata: Kesahihan al’umra dan al-ruqba bukan berpandukan kepada qias, tetapi hadis lebih diutamakan berbanding segala usul dan segala qias.

KEISTIMEWAAN HIBAH

Harta yang telah dihibah terkeluar daripada harta pusaka

Apabila seseorang meninggal dunia maka harta yang ditinggalkan akan dikategorikan sebagai harta pusaka. Jika simati mempunyai dokumen hibah, maka harta yang dihibahkan itu tidak tertakluk kepada pembahagian harta pusaka.

Harta yang telah dihibah tidak boleh dituntut oleh waris lain

Seseorang pemilik harta yang sah berhak memberikan hartanya kepada siapa yang dikehendaki semasa hayatnya. Hibah adalah satu akad yang sangat kuat untuk seseorang memberi harta kepada orang lain. Harta yang telah dihibahkan adalah menjadi hakmilik penerima hibah. Waris yang lain tidak berhak untuk menuntut harta yang telah dihibahkan itu.

Pewarisan harta dapat dibuat dengan pantas

Dengan adanya dokumen pengisytiharan hibah, maka pemindahan harta dapat dibuat dengan lebih pantas kerana harta yang telah dihibahkan tidak perlu melalui prosedur pentadbiran harta pusaka.

SIAPAKAH YANG PERLU MEMBUAT DOKUMEN HIBAH?

Mereka yang mempunyai anak angkat

Anak angkat tidak mendapat bahagian pusaka di bawah hukum faraid. Dengan adanya dokumen hibah maka anak angkat akan dapat memiliki harta.

Suami yang ingin mewariskan harta kepada isterinya secara mutlak

Suami dapat membuktikan kasih sayang terhadap isterinya dengan membuat hibah. Dengan adanya dokumen hibah, isteri akan dapat memiliki harta dengan cepat dan dapat membantu isteri bagi menyara kehidupan dirinya dan anak-anaknya.

Ibubapa yang ingin mewariskan harta kepada anak

Ibubapa yang ingin membuat pembahagian harta selain daripada pembahagian menurut faraid atas sebab-sebab yang dibenarkan syara’, misalnya kesusahan hidup seseorang anaknya berbanding anak-anaknya yang lain, atau bagi tujuan pewarisan perniagaan, maka hibah ketika hidup boleh dilakukan.

Monday, March 3, 2014

PENTINGNYA DOKUMEN WASIAT- Dah Ada?

Bersiap sedialah dengan 'Dokumen Wasiat' kerana ia adalah satu DOKUMEN YANG "PASTI AKAN DIGUNAKAN" satu hari nanti!
http://bit.ly/1fysEze

Thursday, February 27, 2014

PENTADBIRAN HARTA PUSAKA

Mungkin ada yang bertanya, apa perbezaan di antara ‘Pentadbiran Harta Pusaka Tanpa Wasiat’ dengan ‘Pentadbiran Harta Pusaka Dengan Wasiat’?

Apabila berlaku kematian, pelbagai aktiviti terhenti secara tiba-tiba, antaranya pembekuan akaun-akaun di bank, unit amanah saham, saham-saham syarikat, perlindungan insuran, takaful, Tabung Haji, urusan hartanah tergendala, penjualan kereta tidak boleh dilakukan, termasuk timbulnya persoalan bila pengeluaran KWSP boleh dilakukan.
Hanya apabila Surat Kuasa (Letter of Administration) diperolehi daripada badan-badan tertentu, barulah proses pembahagian asset dapat dilakukan. Untuk mendapat Surat Kuasa tadi, ia adalah satu proses yang rumit dan memakan masa yang agak lama (antara 1 – 2 tahun). Ini tidak termasuk masa untuk pembahagian yang bergantung kepada bentuk harta (antara 1 – 15 tahun lagi). Sekiranya tiada wasiat, proses permohonan dan pembahagian membawa kepada pelbagai akibat dan boleh menggendalakan pelbagai urusan waris yang hidup.
Di Malaysia, tempat permohonan untuk mendapat Surat Kuasa bergantung kepada bentuk dan jumlah aset simati iaitu:
Amanah Raya Berhad: Untuk jumlah aset yang kurang dari RM600,000 DAN bentuk aset simati sama sekali tiada mengandungi hartanah (Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad 1995); atau
Pejabat Tanah Bahagian Pusaka Kecil: Untuk jumlah aset yang kurang dari RM600,000 dan aset simati mengandungi hartanah (Akta Pembahagian Harta Pusaka Kecil 1955); atau
Mahkamah Tinggi: Untuk semua bentuk aset di mana nilainya melebihi RM600,000 (Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980).
Mahkamah Syariah: Untuk orang Islam sahaja iaitu di mana Sijil Faraid dikeluarkan dahulu dan dikepilkan bersama semua permohonan di atas.
Di dalam proses meluluskan permohonan untuk mendapatkan Surat Kuasa kepada pentadbir aset simati, Mahkamah Tinggi akan meminta dikemukakan dua orang penjamin yang setiap seorang mempunyai nilai aset bersamaan dengan nilai aset simati. Setelah memperolehi Surat Kuasa, tugas pentadbir yang seterusnya ialah untuk mentadbir (jual aset sekiranya perlu) dan membahagikan aset-aset simati. Jumlah masa menguruskannya bergantung kepada bentuk harta dan kerjasama waris-waris.
Untuk orang bukan Islam, pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1959 di mana telah ditentukan menurut undang-undang sivil. Bagi orang Islam, pembahagian adalah mengikut hukum syarak iaitu menurut hukum Faraid, tetapi sekiranya semua waris yang layak bersepakat atau bermuafakat maka pembahagian boleh mengikut persetujuan bersama.
Rajah Pusaka

PENTADBIRAN HARTA PUSAKA DENGAN WASIAT
Sekiranya wasiat telah dibuat oleh simati maka proses pentadbiran adalah lebih pantas di mana Geran Probet akan terus diberikan oleh Mahkamah Tinggi. Ini adalah mengikut Akta Probet dan Surat Pentadbiran Pusaka 1959 yang terpakai untuk semua orang, tidak kira Islam atau tidak. Permohonan Geran Probet boleh dipohon oleh wasi yang dinamakan di dalam wasiat simati (pewasiat). Di dalam permohonan ini, Mahkamah tidak memerlukan sebarang penjamin lagi.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat. – Hadis riwayat Ibnu Majah
tuliswasiatarb
Bagi wasiat orang Islam ianya adalah mengikut hukum syarak. Setakat ini, hanya Selangor dan Negeri Sembilan sahaja yang mempunyai enakmen mengenai wasiat untuk umat Islam iaitu Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 dan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004. Walaupun begitu, format wasiat Islam ini secara umumnya diterima pakai di negeri-negeri lain di Malaysia.
Menurut prinsip Wasiat Islam, pembahagian sehingga 1/3 daripada aset bersih simati boleh diwasiatkan kepada bukan waris atau waris yang terdinding, dan bakinya hendaklah dibahagikan kepada waris mengikut hukum faraid atau melalui permuafakatan semua waris mengikut seperti pesanan pewasiat.
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan.
- Hadis riwayat Ibnu Majah
Dengan wasiat yang disediakan, pentadbir yang dinamakan hanya perlu memperolehi Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah dan menyertakannya bersama dokumen lain seperti surat mati dan wasiat kepada mahkamah untuk diberikan Geran Probet dan membolehkan pembahagian diteruskan. Tempoh penyelesaian adalah lebih cepat antara 6 bulan ke setahun berbanding tanpa sebarang wasiat. 

Saturday, February 22, 2014

Jangan Ambil Mudah

Pengurusan harta pusaka di kalangan umat Islam di Malaysia masakini
SEMAKIN JAUH KEBELAKANG dan
SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

berbanding dengan apa yang dituntut dalam agama!
Isu-isu berbangkit berkaitan Pengurusan Harta Pusaka sepertiBERBILION HARTA BEKU, HARTA YANG TIDAK DAPAT DIBANGUNKAN, PERTELINGKAHAN WARIS, HUTANG TIDAK BERBAYAR serta HUKUM FARAID YANG TIDAK DILAKSANAKAN ialah di antara isu yang melanda umat Melayu dan Islam SEHINGGA KE HARI INI!
HARUS DIINGAT, isu ini telah BERLANJUTAN SEJAK BERPULUH-PULUH TAHUN YANG LALU dan telah melalui dari Satu Generasi ke Satu Generasi SEHINGGALAH KE HARI INI!
Sedangkan dalam Islam, yang DISEBUT DI DALAM AL-QURAN DAN HADITH NABI, SECARA JELAS DAN TERPERINCIBAGAIMANA UMAT ISLAM SEHARUSNYA BERTINDAK & BERAMAL dalam menguruskan Pentadbiran Harta Pusaka Ini!
Dalam hal ini, Islam mempunyai pelbagai instrumen yang sudah cukup lengkap dan terperinci seperti FARAID,WASIYYAH, WISOYAH, HIBAH, AMANAH, WAKAF, HARTA SEPENCARIAN dan banyak lagi instrumen muamalah yang boleh digunakan, namun APA SUDAH JADI? Semuanya sebabSIKAP orang kita yang SUKA AMBIL MUDAH dan MALAS NAK BELAJAR walaupun dalam ILMU-ILMU YANG SEBEGINI PENTING!
APA TINDAKAN KITA? Bilakah perkara ini dapat dihentikan?
Ya.. Selagi kita, khususnya Orang-Orang Melayu dan Islam mengambil SIKAP SAMBIL LEWA dan AMBIL MUDAH atau TAK AMBIL KESAH dalam soal-soal perancangan seperti ini danTIDAK MENGUBAH SIKAP UNTUK BERTINDAKSELAGI ITULAH ISU-ISU INI AKAN BERTERUSAN TANPA HENTIMALAH SEMAKIN BERTAMBAH BURUK!
JOM! BERSAMA WARISAN MUKMIN…
KALI INI KITA UBAH SIKAP!