Maklumat selanjutnya silalah layari http://warisanmukmin.com/?ref=9 atau hubungi kami di : ( En.Roslan ) H/P +6016-4125989 / +6013-5106010 atau fax ke : +604-3972792 PENYERTAAN ANDA AMAT KAMI ALU-ALUKAN! KAMI BERSEDIA MEMBERI PERKHIDMATAN YANG TERBAIK!
Wednesday, November 21, 2012
MEMBANGUN EKONOMI UMMAH
Wakaf adalah antara salah satu daripada institusi Islam yang wujud sejak
daripada zaman Rasulullah SAW yang berfungsi sebagai pemangkin ekonomi dan
pembangunan umat Islam. Institusi ini juga merupakan tunjang kepada kejayaan
sistem jaminan sosial Islam, selain mekanisme yang lain seperti zakat, sedekah dan
lain-lain. Oleh itu, adalah menjadi satu keperluan yang mendesak pada hari ini
untuk memastikan bahawa sistem itu dapat berjalan dengan baik seiring dengan
perkembangan semasa. Peranan ini bukan hanya terhad diaplikasikan dalam
urusan peribadatan kepada Allah S.W.T. sahaja, malahan ia dianggap sebagai
institusi ekonomi yang mendatangkan impak kebaikan yang menyeluruh kepada
umat Islam khususnya dan orang Melayu amnya. Oleh itu, sifat lestari wujud dalam
sistem wakaf ini perlulah dirancang dan dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam
Negeri sebagai Pemegang Amanah Tunggal secara sistematik agar ia dapat
menjadi pemangkin kepada sistem jaminan sosial umat Islam pada masa kini.
Keputusan Fatwa
FATWA NEGERI SELANGOR
Hasil daripada wang Skim Saham Wakaf Selangor hendaklah dibelanjakan bagi tujuan pembelian aset kekal. Manakala wang manfaat wakaf Selangor boleh dibelanjakan untuk memberi bantuan dan perbelanjaan lain yang difikirkan sesuai oleh Majlis Agama Islam Selangor.
(Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 5 September 2006)
FATWA KEBANGSAAN
Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam.
(Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007
di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu)
di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu)
Pengertian Wakaf
Wakaf adalah berasal dari perkataan wakafa yang bermaksud berhenti atau tertahan. Wakaf diertikan sebagai satu amalan menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan atau manfaat orang ramai. Wakaf merupakan satu cabang ibadah kerana tujuan asas amalan wakaf adalah untuk mendekatkan diri dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dengan cara membelanjakan harta ke jalan Allah.
Contoh amalan wakaf adalah seperti seseorang mewakafkan tanah seluas seekar yang dimilikinya untuk dibina masjid di atasnya bagi kegunaan orang ramai beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan. Wakaf boleh dilaksanakan dengan harta yang berbentuk kekal seperti tanah, bangunan, rumah dan juga wang tunai.
Mekanisme wakaf merupakan satu ibadah yang mempunyai asas agama yang mendalam. Para fuqaha' berpandangan bahawa amalan wakaf mempunyai dua objektif asas iaitu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan pewakaf akan menerima ganjaran pahala yang berkekalan dan berterusan hingga ke hari akhirat.
Tuesday, November 6, 2012
Pembahagian Harta Pusaka
Panduan SOP : Pusaka Kecil
Takrif Harta Pusaka Kecil
Tafsiran yang diberikan dibawah seksyen 3(2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 menerangkan harta pusaka kecil sebagai harta peninggalan simati mengandungi kesemuanya atau sebahagiannya adalah harta tak alih terletak dimana-mana negeri dan jumlah nilai keseluruhannya tidak melebihi RM 2 juta pada tarikh permohonan dibuat (Mulai 1 September 2009). Tanpa terikat kepada batasan nilai yang dinyatakan, sebarang harta simati orang-orang bukan Islam yang mengandungi wasiat dibawah Ordinan Wasiat No. 38 Tahun 1959 bukan lagi ditakrifkan sebagai pusaka kecil. Ia dianggap sebagai pusaka besar dan menjadi tanggungjawab Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun peruntukan tersebut tidak boleh dipakai bagi kematian seorang Islam kerana ianya bertentangan dengan syarat dan peraturan pewasiatan dalam Islam.
Cara Membuat Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil
Setiap permohonan untuk pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat dalam borang khas iaitu borang A. Setiap permohonan mestilah disertakan dengan:
1.Bukti Kematian
- Salinan surat perakuan kematian / permit menguburkan; atau
- Surat sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan ( bagi kematian semasa pendudukan Jepun / sebelumnya); atau
- perintah anggapan kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi dalam keadaan seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun, Tragedi 13 Mei 1969, tragedi Muassem, dan
- perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya kejadian.
2.Salinan Hakmilik
- Salinan hakmilik yang diakui sah oleh pejabat tanah atau perakuan carian rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati, surat perjanjian jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan;
3.Salinan Dokumen Harta-Harta Alih:
- Seperti salinan sijil saham, salinan buku simpanan, salinan penyata kwsp dan sebagainya (jika ada).
Siapakah yang berhak memohon? Di antara mereka yang berhak memohon adalah seperti berikut:
- Waris-waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak laki-laki atau perempuan, ibu atau bapa, majlis agama Islam (Baitulmal) dan sebagainya;
- Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
- Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
- Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
- Amanah Raya Berhad.
Menghadiri pembicaraan
- Semua dokumen asal seperti bukti kematian, hakmilik tanah, kad pengenalan, surat beranak, surat nikah, bukti-bukti harta alih dan lain dokumen yang difikirkan perlu hendaklah dibawa semasa pembicaraan
- Semua pihak yang diminta hadir adalah dikehendaki hadir di hari pembicaraan.
- Semua keterangan semasa pembicaraan hendaklah diberi secara bersumpah atau berikrar.
rujukan:www.kptg.gov.my
Wednesday, October 31, 2012
Dengan Sedekah Rezeki Berlimpah
Anda ingin tahu cara menjadi kaya ? Banyak orang yang memiliki keinginan seperti Saudara tetapi tidak kunjung menjadi orang kaya!. Padahal ada cara yang sangat mudah untuk mewujudkannya, yakni bersedekahlah dengan apa yang ada di tangan Anda saat ini.
Cara mudah menjadi kaya adalah kita yakin bahwa dengan apa yang dijanjikan oleh Yang Maha Kuasa. Yakinlah bahwa sesuatu yang ada dalam genggamannya jauh lebih besar dibandingkan dengan harta yang kita miliki saat ini.
Ada sebuah kisah menarik membuktikan bahwa cara mudah menjadi kaya adalah dengan bersedekah. Pada suatu ketika, Imam Ali Bin Abi Thalib didatangi oleh seorang pengemis. Kemudian, beliau memerintahkan kepada putranya untuk mengambilkan wang yang disimpan isterinya. “Kemarin kita menyimpan wang enam dirham. Ambil dan berikan wang tersebut untuk pengemis ini,” ucapnya.
Tidak berapa lama kemudian, putranya datang untuk memberitahukan bahwa wang tersebut akan digunakan oleh ibunya untuk membeli tepung. Namun, Ali bin Abi Thalib RA menolak alasan ini. “Iman seorang hamba belum benar-benar mantap sehingga ia lebih menyakini apa yang ada dalam genggaman Allah SWT daripada apa yang berada dalam genggaman kedua tanggannya, Katakan kepada ibumu sekali lagi, “berikan wang enam dirham tersebut,” tegasnya.
Setelah itu, putra beliaupun kembali lagi ke ibu mereka. Tidak lama kemudian, mereka membawa wang enam dirham dan memberikannya kepada pengemis tersebut. Tidak lama setelah wang tersebut diberikan, Imam Ali bertemu dengan seorang laki-laki membawa seekor unta yang akan dijualnya.
“Berapa harga unta ini?” tanya Imam Ali.
“Seratus empat puluh dirham,” jawab laki-laki tersebut.
“Bolehkah aku beli? Tetapi wangnya aku berikan belakangan?” tawar Imam Ali.
“Seratus empat puluh dirham,” jawab laki-laki tersebut.
“Bolehkah aku beli? Tetapi wangnya aku berikan belakangan?” tawar Imam Ali.
Laki-laki tersebut menyetujuinya dan ia pun pulang. Tidak lama setelah Imam Ali membeli unta tersebut, tiba-tiba datang seorang laki-laki dan bertanya, “Apakah unta ini akan dijual?”
“Ya,” jawab Imam Ali.
“Berapa harganya?”
“Dua ratus dirham.”
“Berapa harganya?”
“Dua ratus dirham.”
Tanpa banyak kata, laki-laki tersebut langsung membelinya seharga dua ratus dirham. Kemudian, Imam ALi memberikan seratus empat puluh dirham kepada penjual unta pertama. Sisanya, enam puluh dirham diberikan kepada Fathimah, isterinya.
“wang apa ini?” tanya Fathimah ketika menerima wang sebesar itu dari Imam Ali.
“Ini adalah janji Allah SWT sebagaimana pernah disampaikan oleh Rasulullah SAW. Saat itu, beliau membaca, “Barang siapa berbuat satu kebaikan, ia akan mendapat balasan sepuluh kebaikan yang serupa dengannya,” (QS. Al-An’am:160).
Jadi, cara menjadi kaya mudah bukan ?
Subscribe to:
Posts (Atom)


