COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Saturday, July 7, 2012


Imbas Apa itu Upah Haji

Apabila seorang itu mati, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan selain daripada kewajipan menguruskan jenazahnya.
Antaranya, adalah membayar hutang si mati kepada Allah seperti hutang puasa, haji, zakat, wasiat, nazar, dan lain-lain serta membayar hutangnya kepada orang yang hidup.
Jika si mati meninggalkan harta maka wajib pemegang hartanya membayar hutang Allah dahulu kemudian hutang sesama manusia. Jika si mati tidak meninggalkan harta maka sunat atas warisnya tolong menjelaskan kedua hutang tersebut.
Jika si mati meninggalkan harta dan belum sempat menunaikan haji maka wajib digunakan harta itu bagi mengupah kerja hajinya iaitu waris menggunakan wang itu bagi mengupah seseorang yang lain untuk mengerjakan haji bagi pihak si mati. Jika si mati tidak ada harta yang ditinggalkan maka sunat atas para warisnya tolong mengerjakan haji untuknya dengan sukarela.

Thursday, July 5, 2012

Salam Nisfu Sya'ban




Nisfu bererti pertengahan. Nisfu Sya'ban bererti pertengahan bulan Sya'ban, iaitu 15 Sya'ban.

Nabi bersabda, "Allah swt melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)

Kita dianjurkan agar banyak beribadah, berdoa, bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt pada malam Nisfu Sya'ban.

Tuesday, July 3, 2012

Cara-cara menutup Aurat yang dituntut oleh Islam





is

Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Sabda Baginda Nabi Muhammad SAW: “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R Abu Daud)