Bersiap sedialah dengan 'Dokumen Wasiat' kerana ia adalah satu DOKUMEN YANG "PASTI AKAN DIGUNAKAN" satu hari nanti!
http://bit.ly/1fysEze
Maklumat selanjutnya silalah layari http://warisanmukmin.com/?ref=9 atau hubungi kami di : ( En.Roslan ) H/P +6016-4125989 / +6013-5106010 atau fax ke : +604-3972792 PENYERTAAN ANDA AMAT KAMI ALU-ALUKAN! KAMI BERSEDIA MEMBERI PERKHIDMATAN YANG TERBAIK!
Monday, March 3, 2014
Thursday, February 27, 2014
PENTADBIRAN HARTA PUSAKA
Mungkin ada yang bertanya, apa perbezaan di antara ‘Pentadbiran Harta Pusaka Tanpa Wasiat’ dengan ‘Pentadbiran Harta Pusaka Dengan Wasiat’?
Apabila berlaku kematian, pelbagai aktiviti terhenti secara tiba-tiba, antaranya pembekuan akaun-akaun di bank, unit amanah saham, saham-saham syarikat, perlindungan insuran, takaful, Tabung Haji, urusan hartanah tergendala, penjualan kereta tidak boleh dilakukan, termasuk timbulnya persoalan bila pengeluaran KWSP boleh dilakukan.
Hanya apabila Surat Kuasa (Letter of Administration) diperolehi daripada badan-badan tertentu, barulah proses pembahagian asset dapat dilakukan. Untuk mendapat Surat Kuasa tadi, ia adalah satu proses yang rumit dan memakan masa yang agak lama (antara 1 – 2 tahun). Ini tidak termasuk masa untuk pembahagian yang bergantung kepada bentuk harta (antara 1 – 15 tahun lagi). Sekiranya tiada wasiat, proses permohonan dan pembahagian membawa kepada pelbagai akibat dan boleh menggendalakan pelbagai urusan waris yang hidup.
Di Malaysia, tempat permohonan untuk mendapat Surat Kuasa bergantung kepada bentuk dan jumlah aset simati iaitu:
Amanah Raya Berhad: Untuk jumlah aset yang kurang dari RM600,000 DAN bentuk aset simati sama sekali tiada mengandungi hartanah (Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad 1995); atau
Pejabat Tanah Bahagian Pusaka Kecil: Untuk jumlah aset yang kurang dari RM600,000 dan aset simati mengandungi hartanah (Akta Pembahagian Harta Pusaka Kecil 1955); atau
Mahkamah Tinggi: Untuk semua bentuk aset di mana nilainya melebihi RM600,000 (Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980).
Mahkamah Syariah: Untuk orang Islam sahaja iaitu di mana Sijil Faraid dikeluarkan dahulu dan dikepilkan bersama semua permohonan di atas.
Di dalam proses meluluskan permohonan untuk mendapatkan Surat Kuasa kepada pentadbir aset simati, Mahkamah Tinggi akan meminta dikemukakan dua orang penjamin yang setiap seorang mempunyai nilai aset bersamaan dengan nilai aset simati. Setelah memperolehi Surat Kuasa, tugas pentadbir yang seterusnya ialah untuk mentadbir (jual aset sekiranya perlu) dan membahagikan aset-aset simati. Jumlah masa menguruskannya bergantung kepada bentuk harta dan kerjasama waris-waris.
Untuk orang bukan Islam, pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1959 di mana telah ditentukan menurut undang-undang sivil. Bagi orang Islam, pembahagian adalah mengikut hukum syarak iaitu menurut hukum Faraid, tetapi sekiranya semua waris yang layak bersepakat atau bermuafakat maka pembahagian boleh mengikut persetujuan bersama.

PENTADBIRAN HARTA PUSAKA DENGAN WASIAT
Sekiranya wasiat telah dibuat oleh simati maka proses pentadbiran adalah lebih pantas di mana Geran Probet akan terus diberikan oleh Mahkamah Tinggi. Ini adalah mengikut Akta Probet dan Surat Pentadbiran Pusaka 1959 yang terpakai untuk semua orang, tidak kira Islam atau tidak. Permohonan Geran Probet boleh dipohon oleh wasi yang dinamakan di dalam wasiat simati (pewasiat). Di dalam permohonan ini, Mahkamah tidak memerlukan sebarang penjamin lagi.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat. – Hadis riwayat Ibnu Majah

Bagi wasiat orang Islam ianya adalah mengikut hukum syarak. Setakat ini, hanya Selangor dan Negeri Sembilan sahaja yang mempunyai enakmen mengenai wasiat untuk umat Islam iaitu Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 dan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004. Walaupun begitu, format wasiat Islam ini secara umumnya diterima pakai di negeri-negeri lain di Malaysia.
Menurut prinsip Wasiat Islam, pembahagian sehingga 1/3 daripada aset bersih simati boleh diwasiatkan kepada bukan waris atau waris yang terdinding, dan bakinya hendaklah dibahagikan kepada waris mengikut hukum faraid atau melalui permuafakatan semua waris mengikut seperti pesanan pewasiat.
Dengan wasiat yang disediakan, pentadbir yang dinamakan hanya perlu memperolehi Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah dan menyertakannya bersama dokumen lain seperti surat mati dan wasiat kepada mahkamah untuk diberikan Geran Probet dan membolehkan pembahagian diteruskan. Tempoh penyelesaian adalah lebih cepat antara 6 bulan ke setahun berbanding tanpa sebarang wasiat.
Saturday, February 22, 2014
Jangan Ambil Mudah
Pengurusan harta pusaka di kalangan umat Islam di Malaysia masakini
SEMAKIN JAUH KEBELAKANG dan
SEMAKIN MEMBIMBANGKAN
berbanding dengan apa yang dituntut dalam agama!

Isu-isu berbangkit berkaitan Pengurusan Harta Pusaka sepertiBERBILION HARTA BEKU, HARTA YANG TIDAK DAPAT DIBANGUNKAN, PERTELINGKAHAN WARIS, HUTANG TIDAK BERBAYAR serta HUKUM FARAID YANG TIDAK DILAKSANAKAN ialah di antara isu yang melanda umat Melayu dan Islam SEHINGGA KE HARI INI!
HARUS DIINGAT, isu ini telah BERLANJUTAN SEJAK BERPULUH-PULUH TAHUN YANG LALU dan telah melalui dari Satu Generasi ke Satu Generasi SEHINGGALAH KE HARI INI!
Sedangkan dalam Islam, yang DISEBUT DI DALAM AL-QURAN DAN HADITH NABI, SECARA JELAS DAN TERPERINCIBAGAIMANA UMAT ISLAM SEHARUSNYA BERTINDAK & BERAMAL dalam menguruskan Pentadbiran Harta Pusaka Ini!
Dalam hal ini, Islam mempunyai pelbagai instrumen yang sudah cukup lengkap dan terperinci seperti FARAID,WASIYYAH, WISOYAH, HIBAH, AMANAH, WAKAF, HARTA SEPENCARIAN dan banyak lagi instrumen muamalah yang boleh digunakan, namun APA SUDAH JADI? Semuanya sebabSIKAP orang kita yang SUKA AMBIL MUDAH dan MALAS NAK BELAJAR walaupun dalam ILMU-ILMU YANG SEBEGINI PENTING!
APA TINDAKAN KITA? Bilakah perkara ini dapat dihentikan?
Ya.. Selagi kita, khususnya Orang-Orang Melayu dan Islam mengambil SIKAP SAMBIL LEWA dan AMBIL MUDAH atau TAK AMBIL KESAH dalam soal-soal perancangan seperti ini danTIDAK MENGUBAH SIKAP UNTUK BERTINDAK, SELAGI ITULAH ISU-ISU INI AKAN BERTERUSAN TANPA HENTIMALAH SEMAKIN BERTAMBAH BURUK!
JOM! BERSAMA WARISAN MUKMIN…
KALI INI KITA UBAH SIKAP!
KALI INI KITA UBAH SIKAP!
Friday, February 7, 2014
TAHUKAH ANDA?
SENARIO PENGURUSAN HARTA PUSAKA
DI MALAYSIA MASAKINI

JIKA ANDA PERIHATIN DI ATAS PERKARA-PERKARA TERSEBUT TERUSKAN USAHA UNTUK MENDAPATKAN INFO TERPERINCI DI http://bit.ly/1fysEzehttp://bit.ly/1fysEze
Tuesday, January 28, 2014
[ Langkah BIJAK! ] MENANTI WUJUDNYA UNIVERSITI WAKAF PERTAMA DI MALAYSIA
Posted by Mohd Rosli Bauk on Jan 1, 2014 in artikel, Utusan Malaysia, wakaf | 0 comments
PENULIS begitu teruja dengan titah Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah semasa merasmikan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) pada 19 Disember lalu seperti yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Baginda bertitah mengenai peranan dan kepentingan sistem wakaf dalam membina institusi pengajian tinggi seperti mana di negara-negara Islam yang lain.
Baginda memberikan contoh yang mana di Turki, sebanyak 62 daripada 166 universiti di sana dibina dengan menggunakan harta wakaf. Di bandar raya Istanbul sahaja, sebanyak 33 daripada 42 universiti dibiayai secara wakaf.
Apa yang membuatkan penulis berasa lebih bangga ialah apabila Raja Dr. Nazrin telah mewakafkan kawasan seluas 100 ekar untuk tapak kampus pengajian KUISAS. Sikap dan perbuatan ini wajar diteladani oleh setiap umat Islam lain yang berkemampuan.
Peranan wakaf dalam penyediaan pendidikan di Malaysia adalah sangat besar. Sebagai contoh institusi wakaf pendidikan seperti institusi pengajian pondok, pengajian madrasah, persekolahan aliran perdana, Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) sebahagiannya dibiayai oleh harta wakaf.
Sehingga tahun 2005 dianggarkan terdapat sebanyak 174 buah institusi wakaf pendidikan di Malaysia. Namun, kebanyakan institusi ini tertumpu kepada tahap pendidikan peringkat rendah dan menengah. Penubuhan institusi pendidikan wakaf peringkat tinggi masih kurang menggalakkan.
Justeru, penulis berharap agar suatu hari nanti akan terbina universiti wakaf pertama di Malaysia. Ini kerana dengan penubuhan universiti ini, banyak agenda kemajuan ummah dapat direalisasikan.
Dalam sejarah Islam, semua sedia maklum bahawa Universiti al-Azhar di Mesir terbina dengan biaya harta wakaf. Ia bermula dengan sebuah masjid yang kemudiannya dilestarikan sehingga menjadi sebuah universiti tersohor di dunia. Universiti yang dibina sejak 1,000 tahun lalu ini telah menyediakan peluang pendidikan kepada semua pelajar Islam secara percuma. Pelajar-pelajar yang datang dari pelbagai negara telah menjadi duta Al-Azhar untuk membimbing umat Islam ke arah penghayatan Islam di seluruh pelosok dunia.
Selain al-Azhar, banyak lagi institusi pendidikan lain di dunia dibiayai harta wakaf. Sebagai contoh Universiti Cordova di Andalus, Madrasah Nizamiyyah di Baghdad, al-Qurawiyyin di Fez, Maghribi, Al-Jamiah al-Islamiyyah di Madinah, Pondok Pesantren Darunnajah di Indonesia dan Madrasah Al-Juneid di Singapura.
Sejarah dan kecemerlangan universiti-universiti ini wajar dicontohi oleh negara-negara Islam di dunia termasuklah Malaysia. Sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam, sudah pasti pelaksanaan strategi bagi memajukan ummah di negara kita dapat dilaksanakan secara komprehensif melalui penubuhan universiti wakaf.
Asas penubuhan universiti ini boleh diambil daripada model Universiti al-Azhar, namun penambahbaikan dengan sedikit tambah nilai baru wajar disuntik agar bersesuaian dengan acuan kita sendiri.
Dari segi kuasa, penulis merasakan bahawa universiti wakaf harus diletakkan sama ada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan atau diserahkan kepada sebuah badan pengurusan bebas. Jika diletakkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, segala urusan berkaitan pengurusan dan pentadbiran seperti pengiktirafan kursus yang ditawarkan akan menjadi lebih mudah dan sistematik.
Ini tidak bermaksud untuk menafikan bidang kuasa institusi wakaf negeri-negeri. Ia lebih bersifat sebagai pelengkap kepada penyatuan institusi wakaf negara tanpa menafikan kuasa institusi wakaf negeri.
Jika dirasakan bahawa tidak sesuai diletakkan di bawah Kerajaan Persekutuan, maka penubuhan institusi bebas yang diwakili oleh tokoh-tokoh ilmuwan Islam boleh dilakukan. Dengan diuruskan oleh sebuah badan bebas dan diberikan kuasa autonomi, universiti wakaf dapat berkembang dengan lebih pesat.
Dari segi prasarana dan kemudahan universiti, pembiayaannya haruslah seratus peratus berasaskan wakaf. Umum menyedari bahawa banyak tanah wakaf di negara kita tidak dimajukan. Justeru, tanah-tanah ini boleh dijadikan sebagai kampus universiti wakaf.
Dalam konteks pelajar, universiti wakaf boleh menumpukan kepada usaha menyediakan peluang pendidikan kepada anak-anak orang fakir dan miskin dan anak-anak yatim di seluruh negara. Sebagai contoh, keutamaan boleh diberikan kepada anak-anak asnaf zakat untuk diterima masuk ke dalam universiti ini.
Jika boleh, jangan ditetapkan syarat kemasukan kepada mereka. Beri sahaja peluang kepada mana-mana pelajar miskin yang berkeinginan untuk belajar memasukki universiti ini.
Kos kemasukan para pelajar ini haruslah dibuat secara percuma. Kelengkapan asas dan alatan pembelajaran disediakan sepenuhnya oleh universiti. Ini sudah pasti dapat menyuntik semangat dan motivasi untuk mereka belajar dengan bersungguh-sungguh.
Dari segi staf akademik dan pentadbiran, seharusnya peluang dibuka kepada semua masyarakat yang berkelulusan untuk bersama-sama menyumbang tanpa mengharapkan balasan wang ringgit.
Sebagai contoh, universiti wakaf boleh mempelawa mana-mana pensyarah sama ada di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang ingin mewakafkan masa dan tenaga untuk menjadi tenaga pengajar. Penulis sendiri jika mempunyai peluang seperti ini akan bersama-sama membantu menjadi pengajar di universiti ini.
Begitu juga halnya dengan staf yang akan menguruskan hal-hal pentadbiran. Penulis berkeyakinan ramai masyarakat di luar sana akan bersama-sama mewakafkan tenaga dan masa kepada universiti ini.
Jika tidak pun mengharapkan seratus peratus staf-staf akademik dan pentadbiran mewakafkan tenaga mereka, mungkin beberapa orang staf boleh dilantik secara sepenuh masa bekerja di universiti wakaf. Upah dan gaji pekerja ini boleh diambil daripada dana wakaf tunai dan kos gaji atau upah tersebut mestilah pada kadar paling minimum.
Dari segi kursus-kursus yang akan ditawarkan, penulis percaya bahawa satu komiti yang terdiri daripada pakar-pakar akademik boleh dibentuk. Ahli-ahli komiti ini juga diharap dapat menyumbang tenaga dan buah fikiran secara percuma. Tugas komiti ini adalah bertanggungjawab merangka kursus-kursus yang ditawarkan dan memacu hala tuju universiti.
Justeru, adalah menjadi harapan penulis agar suatu hari nanti akan tertubuhnya universiti wakaf pertama di negara kita. Kewujudan universiti ini bukan sahaja dapat menyumbang kepada kemajuan agama dan ummah, malah ia dapat memperkasakan ekonomi umat Islam.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140101/re_07/Menanti-wujudnya-universiti-wakaf-pertama-di-Malaysia#ixzz2qR2A7ozf
Sumber: Utusan Malaysia
Tarikh: 01/01/2014
ARKIB : 01/01/2014
Daftar sebagai RAKANMUKMIN di http://
bit.ly/1fysEze

Subscribe to:
Posts (Atom)