COMPARE, BOOK, SAVE. TOO EASY!

Save on your hotel - www.hotelscombined.com

Best Hosting Service

Affiliates Network

Wednesday, September 18, 2013

Bagaimanakah pembahagian harta pusaka isteri yang meninggal dunia?

Menurut hukum pembahagian harta pusaka, waris-waris yang berhak mendapat harta pusaka simati (isteri) ialah :
  1. 5/12 bahagian adalah untuk ibu,
  2. 1/6 bahagian untuk bapa,
  3. 1/6 bahagian untuk suami dan
  4. anak lelaki 5/12 bahagian baki Asobah (lebih daripada pembahagian di atas).
Harta-harta berbentuk aset perlu dinilai dan dibahagikan mengikut bahagian faraid mengikut nilaian semasa aset.
Walaubagaimanapun, perakuan keputusan faraid boleh diperolehi melalui permohonan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah berkenaan.

Monday, September 9, 2013

ENAKMEN 5 TAHUN 2004 ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2004

BAHAGIAN II - PELAKSANAAN WASIAT

Seksyen 11. Cara-cara pewasiatan.














(1) Sesuatu wasiat boleh dibuat dengan cara–

    (a) memberikan harta atau mana-mana bahagiannya yang akan menjadi hak benefisiari untuk mewarisinya, kepada benefisiari; atau

    (b) memberikan pinjaman kepada benefisiari sejumlah yang tertentu daripada pusakanya tetapi tidak melebihi satu pertiga, melainkan dengan kebenaran semua waris.
(2) Tertakluk kepada subseksyen 26(2), seseorang boleh menentukan bahagian masing-masing warisnya daripada harta pusaka dan jika bahagian salah seorang daripada waris itu melebihi kadar yang kepadanya dia berhak, harta yang lebih itu hendaklah dianggap sebagai wasiat.

Wednesday, August 21, 2013

Tawaran Harga Wasiat SYAWAL SPECIAL!

Promosi harga tawaran Wasiat Amanah Raya RM330 ( Harga Biasa RM350). Tawaran Terhad ini sah sehingga 31hb. Ogos,2013. Mereka yang berminat boleh menghubungi e-mail ini aroslan@operamail.com untuk keterangan lanjut.
Rebutlah peluang ini secepat mungkin.

Thursday, July 18, 2013

Segera Uruskan Pusaka?















Kita yang masih hidup, justeru peluang bagi kita yang masih hidup ialah dapat mengurus serta merancang pusaka. Bagi mereka yang telah pun meninggal dunia, maka mereka sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Mungkinnya mereka sedang menanti doa, pahala amalan dan harapan di barzakh sana. Maka malanglah andai mereka sedang merana disebabkan harta pusaka yang ditinggalkan tidak diurus dengan sebaiknya.

Menyesal di dunai tidak mengapa!

Kita masih boleh mengurus serta merancang pusaka. Tetapi, jangan sampai kita menyesal di barzakh sana.

Mari kita renungi firman Allah SWT:

" Lalu mereka tidak bolrh membuat suatu wasiat pun dan tidak pula dapat kembali kepada keluarganya ".
(Surah Yassin:50)

Ayat di atas menggambarkan penyesalan orang yang telah mati. Salah satu puncanya ialah kerana mati tanpa meninggalkan sebarang wasiat atau pun sebarang bukti bertulis atau lebih khususnya ialah Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka. Akhirnya, harta pusaka yang ditinggalkannya telah dimanupulasi atau diguna dan diuruskan sewenang-wenangnya oleh ahli waris yang tidak amanah lagi tidak bertanggungjawab. Lebih buruk lagi apabila harta pusakanya itu langsung tidak diuruskan oleh warisnya sedang dalam masa yang sama, tuan harta sedang merana di alam barzakh.

Dibulan yang mulia ini rebut lah peluang melaksanakan tugas ini, buatlah wasiat!
Masih ada masa lagi. Hubungi kami bagi mendapatkan perkhidmatan!

Wednesday, July 3, 2013

Moga Selepas ini......























Moga selepas ini terdetik dalam diri kita untuk segera berpakat sesama adik-beradik untuk menguruskan dan menyelesaikan pusaka peninggalan arwah ibu bapa!

goo.gl/G3K3m