ENAKMEN 5 TAHUN 2004 ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2004
BAHAGIAN II - PELAKSANAAN WASIAT
Seksyen 11. Cara-cara pewasiatan.
(1) Sesuatu wasiat boleh dibuat dengan cara–
(a) memberikan harta atau mana-mana bahagiannya yang akan menjadi hak benefisiari untuk mewarisinya, kepada benefisiari; atau
(b) memberikan pinjaman kepada benefisiari sejumlah yang tertentu daripada pusakanya tetapi tidak melebihi satu pertiga, melainkan dengan kebenaran semua waris.
(2) Tertakluk kepada subseksyen 26(2), seseorang boleh menentukan bahagian masing-masing warisnya daripada harta pusaka dan jika bahagian salah seorang daripada waris itu melebihi kadar yang kepadanya dia berhak, harta yang lebih itu hendaklah dianggap sebagai wasiat.
No comments:
Post a Comment